Sebagai suri rumah,memasak merupakan aktiviti rutin wajib. Kalau bekerja ada juga alasan untuk beli makanan siap atau makan di luar. Setiap kali sebelum mula ke dapur, kepala mesti buntu memikirkan apakah menu untuk hari ini. Semua bahan telah siap sedia di dalam peti ais, namun nak masak ape? kalau hari-hari masak jenis masakan dan lauk yang sama sahaja mesti boring. Kalau bertanya pada suami mesti jawapannya "ikut lah.." atau "apa-apa lah"... kalau didesak juga untuk memberikan pendapat barulah terpacul dimulutnya apa yang boleh saya masak..
Hari minggu macam ni, bangun pagi-pagi kusut pula kepala memikirkan sarapan pagi yang nak dimasak. Nasi Lemak?Jemput bawang?atau ajak anak makan biskut cicah air milo sahaja? mihun pun ada. Eemmm...saya rasa mesti ramai suri rumah yang juga berfikiran seperti saya. Memasak memang senang, tetapi ada perkara lain yang turut diambil kira seperti

- ia makanan yang berkhasiat (takkan hari-hari nasi lemak kan),
- semua ahli keluarga mesti menggemarinya (supaya tidak perlu masak lebih 1 jenis untuk mengikut citarasa setiap orang) atau
- masakan itu mesti dapat dihabiskan supaya tidak membazir. Kalau hanya ikut citarasa tukang masak, alamatnya gemuklah dia, sebab kalau orang lain tak mau makan terpaksa lah dia makan kesemuanya untuk mengelakkan membazir. Macam itu ke?
0 comments:
Post a Comment