Nikmat kentut

Jangan marah ek pasal aku tulis tajuk ni. Sebenarnya bukan nak cerita panjang, pendek je...betul pendek je...teruskan membaca.

Time raya, memang macam-macam juadah tersedia depan mata. Walaupun perut dah rasa kenyang, tapi nafsu lapar bila melihatkan makanan yang dihidang tuan rumah jarang-jarang kita jumpa kecuali di hari raya atau keraian aje. Namanya je sama iaitu lemang, rendang, kuah kacang dan ketupat. Tapi, kalau 3 buah rumah pergi (tak termasuk rumah sendiri) mesti semua nampak lain. Lain rasa dan lain rupanya. Almaklumlah air tangan pembuatnya juga berbeza. Ciri-ciri kelainan itulah yang selalunya menggamit hati nak cuba try je, nak jamah je, nak makan sikit je, tapi makan...dan makan...dan terus menambah...Adik aku suka menempelak, itu bukan makan namanya, tetapi melantak! Huhu pedas..tapi ada benarnya. Diam. Tak mau gaduh pasal baru bermaafan pagi raya...

Lepas makan macam-macam yang kesiannya ialah sang perut. Tiba malam je, mesti angin sepoi-sepoi bahasa akan datang menjelma. Paling perit, kalau terus bergelora sampai jadi tsunami. Akhirnya semua orang berlumba lari. Coppp nak ke bilik termenung! Nama je bilik termenung, masa ni memang dah tak sempat nak termenung pun sebab azabnya sakit perut kalau kene CB...
(cerry berry)

Aku pulak jarang kene CB, tapi angin tu memang selalulah nak menghembuskan nafasnya. Almaklum aku ni seorang yang beradap sopankan, jadinya nak lepas angin pun ditahankan. Kiri kanan depan belakang semua ada orang. Almaklum famili besar, rumah penuh. Azab betul, kadang tengah syiokkk borak santai angin mengetuk pintu. Tahan,,,,tahan,,,,, sampai perut naik kembung..Aduhai sabar jelah. Sesiapa yang tak malu tu main lepas jelah! Kalau tak berbau oklah, tapi kalau bau hampeh semacam, yang azab orang sekeliling ler... Paling tak baik, main batu sembunyi tangan. Dah melepas, buat-buat tak tau...

Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau sape kentut tak mengaku kami akan buat teka-teki dengan lagu. Mesti korang tahu lagu ni;
Tang tang tut,
Keladi wan we...
Siapa terkentut,
Dia anak che na tua.......*tukar sikit

Bila dah balik rumah sendiri, suatu kebebasan aku rasakan. Wakakakaa....betul...tersangat aman,, damai,, tenang,, selesa....sebab tak yah nak control ayu atau simpan-simpan kentut sampai basi. Ternyata kentut itu walaupun baunya busuk ia suatu nikmat yang amat sangat sebab bila dah dilepaskan terasa lega..hoho.. Kadang timbul rasa dengki bila dengar orang lain senang je mengentutkan diri mereka..kononnya dalam kotak fikiran naif aku ni kalau kentut sokmo-sokmo tu badan bulih mengempis kot..ceh! hehe..(nak kurus, tapi makan banyak)

Sori ek rupenya panjang gak entry ni, tapi tak de bau busuk kan. Maaflah kalau terdapat unsur-unsur negatif coretan kali ini...Terima kasih kerana sabar membacanya:D. Kalau nak baca fakta yang tepat dan penuh kebenaran tanpa prejudis tentang asal usul kentut dan kejadiannya korang tanyalah kat pak cik gugel ok....

Selamat menjamu selera di rumah terbuka. Hati-hati di jalan raya:) Memandulah dengan berhemah, makan dengan berhemah dan sayangi perut anda!
*pesanan khas dibawa oleh laman cahayamata*wink*wink*

Lazat kan.... sumber

0 comments: