PTPTN: caj 1%

Dalam tahun ni aje, 2 kali saya terima surat supaya menjelaskan bayaran tunggakan pinjaman. Masa surat pertama sampai, rasa pelik juga kenapa sampai surat sedangkan saya membayar bulanan RM100-200 walaupun tidak bekerja. Tanpa surat permohonan penangguhan bayaran dan memberitahu status 'TIDAK BEKERJA' saya sekadar menghubungi pegawai di perbadanan berhubung hal ini. Menurut beliau, saya tidak konsisten dalam soal bayaran. Selepas menyemak penyata secara online, terdapat 2 bulan yg pernah saya skip bayar. Itu pun bukan secara berturutan, mungkin ketika itu hubby terlepas pandang membuat bayaran kerana banyak bayaran dia lakukan secara online dalam satu masa.

Baru-baru ini sampai surat kedua di mana tajuknya masih sama, cuma jumlah tunggakan sudah meningkat dari 6k ke 8k ++....emmm setelah menyemak penyata dan memahami masalah sebenar timbul kerana :

1 - saya lambat 3 tahun membuat bayaran semula pinjaman kerana pada masa itu bekerja tidak tetap. Sehinggalah tahun 2005 baru saya mula bayar. Walaupun kita tidak bayar, caj perkhidmatan 3% itu tetap dikenakan setiap bulan...(kira-kira 50hengget mesia)
2 - tak ikut jadual pembayaran yang sebenar. Main bayar ikut suka. (Kalau ade rezeki lebih, bayar lebih, kalau bulan tu banyak tanggungan En. Sopie akan bayar ikut kemampuan dialah. (terima kasih banyak- banyak hubby walaupun awalnya u tak nak terlibat subahat)

Jadinya, kepada adik-adik yang baru grad dan merancang nak bayar lambat tu, eloklah batalkan niat anda kerana nanti jadi macam akak ni yang start bayar hutang 19k tu dengan jumlah 21k++...jenuh laki akak nak tolong dik...

Satu perkara lagi, pihak perbadanan membuat penjadualan skedul bayaran untuk tempoh 10 tahun. Ini bermakna akak ada 2 tahun lebih lagi nak tamat tempoh. Setelah membuat kiraan, akak perlu bayar 600++ sebulan. Adussss marah laki akak!!!!!! akhirnya akak membuat surat permohonan untuk melanjutkan tempoh kepada 5 tahun lagi. Barulah dapat kadar bayaran minima yang mampu untuk dibayar. Huhuhu akibatnya, elaun bulan akak kena potong lah dik oiii...

Pengajarannya, kalau anda TIDAK BEKERJA, jangan tunggu lama-lama untuk menganggur atau memilih pekerjaan. Carilah apa juga pekerjaan asalkan dapat income bulanan untuk bayar pinjaman anda. Walaupun ptptn bukan ah long, kita sendiri mau ingatlah, hutang memang wajib dibayar!! dan paling penting, kalau anda tidak bekerja sekalipun jangan pikir, ptptn baik hati tak minta hutang kat kita kerana dalam diam, caj perkhidmatan dikenakan!!!

Dengan 'baik hati' jugalah caj 3% tu dah dikurangkan jadi 1%. Beberapa hari lepas baru je tanya seorang pegawai perbadanan tentang hal ini....ini saya quote emel beliau:

" Selamat Sejahtera,

Tuan

Buat masa ini kos pentadbiran masih dikira 3%.Pihak PTPTN telah melaksanakan Perjanjian Ujrah 1% tersebut tetapi dilaksanakan untuk peminjam yang menandatangani perjanjian pada tahun 2008 terlebih dahulu. Bagi peminjam yang sebelumnya akan dilaksanakan secara berperingkat. Apabila peminjam menandatangani perjanjian tersebut pihak PTPTN akan melaras semula(backdated) kos pentadbiran bermula pada tahun Jun 2008. Jika pembayaran penuh dibuat lebihan bayaran akan dipulangkan kepada pihak tuan. Segala maklumat terkini akan dimaklumkan melalui laman web kami di www.ptptn.gov.my.

Maaf diatas kesulitan,terima kasih."


Semalam pula menteri pengajian tinggi mengumumkan:

SINTOK: Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.

"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah
salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.

"Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang
pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

Malah kata Mohamed Khaled, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke
atas peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah
sedia ada.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan menetapkan gaji minima bagi membolehkan pemotongan dibuat.

Baru-baru ini PTPTN dilapor akan melaksanakan pemotongan gaji secara
wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat
demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said dilapor berkata semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui LHDN.

Sementara itu, mengenai rungutan sesetengah peminjam bahawa mereka masih
menanggung kos pentadbiran sebanyak tiga peratus walaupun PTPTN mengurangkannya kepada satu peratus, Mohamed Khaled berkata langkah penyeragaman tersebut akan mengambil masa.

Ini kerana katanya, PTPTN terpaksa menyemak satu persatu dokumen lebih 1.5
juta peminjam.

"Setiap peminjam buat bayaran tak sama, ada yang lebih ada yang kurang, jadi
kita kena kira satu-satu sebab tu ambil masa sikit nak tukar dari tiga peratus
kepada satu peratus.

"Yang penting jangan risau sebab caj satu peratus itu memang dilaksanakan," katanya.

Mohamed Khaled sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum
persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia dan University of Nottingham,
Malaysia Campus. - Bernama


Kalau nak buat skedul bayaran balik pinjaman sila ke sini ok. Selamat berkhidmat untuk negara dan selamat melunaskan hutang piutang! :D

0 comments: