Rumah Terbuka: Terima Kasih dan Maaf

Syawal masih berbaki lagi dan ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Tahun ini banyak pula aku mendapat jemputan untuk rumah terbuka. Alhamdulillah dan terima kasih untuk semua sahabat yang sudi menjemput kami sekeluarga. Tapi, terdahulu aku nak minta maaf kepada semua kerana tidak dapat memenuhi undangan tersebut kerana terdapat masalah pengangkutan untuk bergerak.

Terutama kapada Laily, McJa, Syafa, Nopai, Has dll Insya Allah lain tahun aku beraya ke rumah korang ok. Jangan lupa jemput pulak tahun depan tau:)

Maaflah, kerana tak ramai yang tahu masa bulan Ramadhan yang lepas my hubby eksiden kat MRR2. Kereta yang dia bawa habis remuk teruk kerana melanggar divider. Tapi, Alhamdulillah, paling penting dia selamat. Cuma ada buat sedikit minor operation pada lidah. Seminggu kemudian dia dah sehat, cuma kereta Saga kami tu masih terbengkalai di workshop sampai hari ni. Entahlah bila akan siap, kerana di pihak bengkel dan insuran masih bersoal jawab dalam beberapa hal...Harap-harap tak lah sampai Aidil Adha. Nanti kena berjemput balik kampung untuk beraya dan berhantar pulak nak balik KL sepertimana raya puasa baru ni...

Nak tengok gambar kereta kami yang remuk tu tak??? Aku kene mintak izin dari hubby dulu untuk upload. Hari tu dia mengeluh sedih sebab bila tengok kereta orang elok cantik tapi kereta dia dah jahanam. Yelah nak buat cam ne benda dah jadi. Kena redha jelah....Insya Allah ada hikmah disebaliknya.

Oklah kalau dia bagi nanti aku upload bagi korang tengok. Tunggu yaaa...:)

*Kereta tu remuk lebih kurang macam Fairlady Shahir..tapi yelah Saga kami murah je banding Fairlady tu. Jadi, dia mesti lagi sedih kot?? Pada aku sama je sbb kete tu harta kita, hasil titik peluh kita sendiri kumpul duit dan usaha nak beli dan bayar loan yang dibuat. Tak kira mahal/murah, kecik/besar....Sabarjelah kan.

0 comments: