Seminggu lepas, Luqman dah beritahu sekolah agama dia nak adakan jamuan hari raya pada hari Isnin, iaitu hari ini. Dia siap request nak ibu masakkan nasi impit dengan kuah kacang kegemarannya...Ibu pun ok je lah sebab memang dah ada stok kacang untuk dijadikan kuah. Cuma, masalahnya ialah nasi impit tu nak cuba buat sendiri (tanpa direbus guna plastik).
Percubaan kali pertama agak kurang memuaskan. Nasi impit tak berapa menjadi tetapi still boleh dimakan lah. Hehe nasib baik kuahnya sedap. Memandangkan pukul 2 petang nak kena ready, aku dah tak cukup masa masak yang lain. Terus potongkan nasi impit dan masuk dalam bekal makanan. Siap untuk dibawa ke sekolah.
(maaf camera rosak untuk shoot gambar bagi tatapan semua)
Luqman siap berbaju melayu baru (baju raya tahun ni) untuk ke sekolah. Dia minta dipakaikan kain sampin dan songkok. Aku cakap tak payah nanti macam orang nak pergi kawin. Dia tersenyum malu dan tak membantah. Terus capai beg dan bawa bekal keluar rumah.
Pukul 530 petang Luqman balik sekolah, aku check bekal makanan. Masih berbaki walaupun sedikit nasi impit tadi. Dalam hati aku, "ooo banyak jugak yang dimakan". Siap Luqman solat Asar aku menyoal siasat dia.
Ibu: Ramai tak yang bawa makanan hari ini?Luqman: (berfikir) Aman tak nampak pun orang lain bawa makanan.Ibu: (pelik sebab kata hari ini kata ada jamuan).Syakir bawa kuih tak?Luqman: tak...Ibu:(dalam hati) habis sape je yang makan nasi impit aku niAman makan tak tadi? Ustaz makan tak?Luqman: makan.....Ibu: (geram betul) nasib baik dia tak pakai sampin tu.(dalam hati)Kata hari ni ada jamuan raya. Kenapa awak je bawa makanan? Entah betul ke tak awak ni...Luqman: (mendiamkan diri)
Sambil memandang nasi impit tak jadi tu, terasa gak malu sebab kalau nasi impit tu dikelilingi oleh pelbagai makanan tak de lah nampak sangat kecacatannya. Alahai anak aku. Sabar jelah.
Khamis ni sekolah kebangsaan dia pulak adakan jamuan raya. Tak pasti kena bawa makanan sendiri juga atau tak. Nasib dia tak request apa-apa....Beli aje senang citer.
0 comments:
Post a Comment