Walaupun agak lambat, nak jugak buat entry raya untuk tahun ini. Firstly saya nak ucap Selamat hari raya dan maaf banyak-banyak-banyak jika ada salah silap sepanjang perkenalan dan blogging. Moga kita semua dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang, Insya Allah.
Tahun ini saya banyak beraya di rumah sahaja kerana Encik Sopie aka my hubby kena demam teruk. Kesian dia..., nasib baik anak-anak tetap enjoy beraya di rumah sebab walaupun camtu still dapat duit raya dan bermain dengan sepupu sepapat yang ramai dan menghabiskan masa mengadap komputer, tengok tv dan juga aktiviti luar rumah termasuk memanjat pokok rambutan. Kebetulan tahun ini mentua dapat lagi 2 orang cucu lelaki(no.10 dan 11), jadi pada hari raya ke 5 kami mengadakan kenduri akikah di Jengka14. Alhamdulillah, habis kenduri malam itu juga kami balik ke KL dengan selamat.
Syawal ke 6 Luqman sudah memulakan persekolahan. Begitu juga hubby dah mula bekerja. Tinggallah aku di rumah berdua dengan Alfatih....Sementelah cuti sekolah masih berlangsung bagi sesetengah sekolah yang mengambil cuti tambahan (tidak termasuk yang memontengkan diri mereka). Oleh itu, Almustofa dan Salahuddin masih berada di kampung. Luqman pula ke sekolah dengan bersemangat tetapi malangnya hanya dia seorang murid di kelas 1K. Akibatnya dia bergabung dengan pelajar di kelas 1S untuk belajar bersama-sama pelajar di kelas 1M....Inilah beberapa keping gambar raya tahun ini yang aku amik dari FB adik dan sumbangan my SIL, kak Amah. Mekasih ye semua....
0 comments:
Post a Comment