iPhone 4 dari Digi memang berbaloi dan plan yang ditawarkan sangat menarik. Oleh itu, pengguna boleh memilih mana yang terbaik buat diri masing-masing KERANA tak semestinya yang saya suka itu awak pun suka dan tidak semestinya yang awak pilih itu, saya mampu membayarnya. TAPI!!! Walaupun seorang suri rumah, ada pakej yang sesuai dengan kemampuan saya.
Kalau mahu lebih, kena tanya Mr. Hubby lah kot kot dia mahu support kan...(huk huk dia dah geleng kepala).
Bak kata pepatah, 'biar kalah membeli, menang memakai'...maksudnya, lebih elok beli barang yang mahal asal dapat menggunakannya dalam tempoh yang lama, berbanding beli barang murah, baru sekali guna dah rosak..Saya setuju, kerana yang penting kepuasan maksima. Di Digi, setiap tawaran hampir memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Harga bagi setiap tawaran juga sangat berpatutan. Klik pada jadual berikut:
Saya akan pilih pakej RM58/sebulan. Sebab apa? Jawabnya tentulah kerana ia paling murah dan terendah. Maknanya saya mampu. Jika dibandingkan dengan lagi 2 pakej, walaupun kadar caj untuk setiap sms, mms, dan panggilan nampak lebih 'sen'nya tetapi ia masih ok kerana berdasarkan kepada penggunaan semasa saya sekarang. Dengan 1GB bagi Internet, saya tidak sabar untuk mencuba dan merasai sendiri kehangatan dan kehebatan iPhone 4.
Kesimpulannya....
Saya sangat suka tawaran ini. Saya berharap dapat merasakan kepuasan apabila memiliki iPhone 4 dari Digi nanti. Hahaha ayat berangan lagi. Jangan marahhhh...
Anda bagaimana?
0 comments:
Post a Comment