DiGi iPhone 4 Life



Jika saya tanya, apa yang anda mahu dalam kehidupan ini? Kekayaan? Kebahagiaan? Cinta? Kalau dapat semuanya dalam satu masa tentu kitalah orang yang paling bertuah dalam dunia kan?

Setiap orang sudah ditentukan rezeki masing-masing. Usaha dan terus berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian dalam kehidupan. Kemudian kita akan berserah kepada Tuhan semoga apa yang kita telah usahakan akan tercapai.

Dalam setiap usaha dan pekerjaan yang kita lakukan akan lebih mudah jika mendapat bantuan dan sokongan moral orang yang tersayang. Jika anda seorang ketua, anda akan bertuah jika memiliki pekerja yang berkemampuan, pakar dan setia untuk menguruskan syarikat anda.

Sebagai suri rumah, saya tiada pembantu. Bertuah jika saya mempunyai seorang pembantu atau setiausaha untuk menolong dalam melaksanakan urusan harian. Dengan DiGi iPhone 4, ia melengkapi kehidupan saya! Dengan pelbagai aplikasi bersedia membantu dan plan iDigi yang menarik menjadikan segalanya lebih MUDAH, LANCAR dan CEKAP dalam pengurusan rumahtangga saya.


Terima kasih semua kerana sudi membaca entry terakhir saya dalam pertandingan merebut iPhone 4 dari Digi. Kisah ditamatkan. Jumpa lagi dipertandingan yang seterusnya.

0 comments: