DiGi iPhone 4 Play

617330958
Sangat bergaya kan kaler pink ini untuk seorang wanita. Once this iPhone be mine, huh tak de sorang pun dari my heroes yang akan dibenarkan menyentuh sesuka hati. Akan ku tatang bagai minyak yang penuh, laksana my baby girl....oooooo so sweet! (errr saya belum ada anak perempuan lagi lah).

Yang menariknya dengan telefon pintar ini macam-macam ada...(aci ye pinjam tagline astro jap). Dengan aplikasi iTunes, pelbagai aplikasi sama ada percuma atau berbayar boleh digunakan....iTunes??
iTunes adalah aplikasi percuma untuk Mac atau PC anda. Ini mengatur dan memainkan muzik digital dan video di komputer anda. Seumpama sebuah store di komputer, iPod, iPhone, iPad, dan Apple TV, ia mengandungi segala yang diperlukan dan boleh diguna di mana sahaja pada bila-bila masa....
DiGi iPhone 4 Play
Sebab saya ni seorang wanita aka perempuan, jadi perkara-perkara yang selalu dikaitkan dengan golongan kami ialah suka shopping dan ingin sentiasa cantik (walaupun bukan semua perempuan macam itu tau). Sebab saya juga seorang ibu dan isteri, maka memasak itu wajib. Tambahan lagi, saya seorang suri sepenuh masa, duniaku kebanyakkannya ialah berada di dalam rumah. Tidak perlu keluar jauh untuk bersosial atau menghadap pc 24 jam sehingga mengabaikan urusan rumahtangga jika hendak bersosial atau berhibur. iTunes store memudahkan urusan dan menunaikan keinginan dalam waktu yang terhad. Tak percaya???
Hanya buat pilihan dihujung jari anda...Sambil memasak, menyusukan anak, sambil baring dan duduk di bilik termenung (huih tak pernah buat ler..), sentuh sahaja skrin dan semuanya ada!


Dalam banyak-banyak aplikasi ni, paling saya tertarik ialah aplikasi untuk wanita dan hanya jantinanya wanita sahaja;

1) iPeriod Ultimate - Ia menunjukkan kalendar bagi kitaran period(haid) dan menganggar waktu ovulusi dan masa subur. Ini membolehkan setiap perempuan menjaga kesihatan mereka dengan baik.


2) Womans Calendar - Membantu wanita yang ingin mengandung, mengelakkan kehamilan, membuat jadual kitaran kesuburan dll. Ini membolehkan mereka mengesan tempoh menstruasi dan memantau kesihatan fizikal dan aktiviti mereka secara teratur. Lebih kurang macam aplikasi iPeriod Ultimate, so, wanita boleh buat pilihan terbaik dan yang mana lebih digemari.

3)The pill - Saya memang jenis yang selalu missed makan ubat. Semasa mengandung, kekadang pil obimin yang mesti dimakan waktu pagi diambil belah petang atau malam. Dengan aplikasi ini, ia dikatakan dapat membantu. Bagus kan...hope so.

4) Pregnancy tracker - memantau perkembangan kehamilan setiap bulan sehingga bersalin.

5) Baby monitor and alarm - Tak tahulah sejauh mana praktikalnya, tapi inilah aplikasi paling best lah saya rasa! 2 thums up! Ibubapa tidak perlu risau meninggalkan anak sendirian dibilik, kerana aplikasi ini bertindak macam 'bibik' pun ye juga. Rakam sahaja suara kita mendodoikan bayi, setkan masa untuk dimainkan kepadanya dan jika kedengaran suara tangisan, telefon akan berdering. Sangat membantu bukan. Jadi, saya tak perlu lah risau untuk berada di dapur memasak, menidurkan diri sebentar dan macam-macam lagi lah...
Bertuah sungguh jika dapat memiliki iPhone 4...Senang dan mudah dihujung jari, bergaya dan hebat walaupun berada di rumah:) Let's play!

0 comments: