Hari ini

Alhamdulillah dapat menamatkan puasa 6 di bulan Syawal hari ni. Insya Allah harap dapat berpuasa lagi untuk tahun-tahun akan datang

Hari ni jugak aku dah aktifkan semula akaun FB, daftar Twitter dll...


Ok tu je nak kongsi. Saja nak updet kan blog ni sebab dah janji nak menulis sehari 1 posting. Insya Allah. Nampak tak badge ada anak burung kat atas? Nak tau ape dia, klik pada gambar atau baca kat blog mohdzaid dan wanmus.com ni. Penerangan ditulis dengan begitu baik sekali untuk panduan newbies cam aku. Saje nak mencuba sesuatu yang baru. Tak pasti berhasil atau tak. Usaha kena lebih kan kalau mahu berjaya?

Tahukah anda?

Tahu tak ini ape?

Itu lah rokok daun atau rokok gulung yang dibuat daripada daun pucuk nipah. Ahha..aku pun baru tahu asal kejadiannya. Ingat dibuat dari daun apa..

Aku mengenali rokok gulung ni pasal abah aku ialah perokok tegar. Macam-macam jenis rokok yang aku pernah tengok dia hisap dari zaman aku kecik sampai dah jadi mak orang ni. Alhamdulillah macam mana pun, aku bersyukur sangat kerana pada usia 63 tahun dia masih sehat walafiat walaupun dia semacam menyembunyikan penyakit-penyakit yang kian datang menjengah apabila usia meningkat.

Fakta yang tidak dapat ditolak tentang rokok ialah, walau apa pun jenis rokok, batang rokok atau sebagainya ia tetap MERBAHAYA. Menurut pakar tembakau, terdapat 2 jenis bahan kimia penyebab kanser paru-paru yang terkandung di dalam tembakau dengan memberi efek yang hampir sama bagi kedua jenis rokok ini (rokok nipah/biasa). Atas kebenaran (fakta) tersebut, perokok-perokok tidak boleh menganggap bahawa hisap rokok murah (rokok daun) akan dapat mengurangkan risiko menyedut toksik ke dalam badan(paru-paru).

Aku berharap sangat abah aku dapat berhenti jadi perokok. Tapi dah tua-tua ni susah katanya (atau dia sendiri tak nak berhenti??entahlah). Bila dah kahwin, syukur sangat sebab hubby tak merokok. Naik kereta pun nyaman sangat rasanya.

Sebut pasal rokok daun ni nak tahu tak macam mana susahnya orang yang mencari rezeki dengan membuat rokok nipah ni. Pendapatan pun bukan banyak mana pun tapi kecekalan mereka mencari rezeki sangat mengagumkan. Baca di Kosmo Online ok.

Rumah Terbuka: Terima Kasih dan Maaf

Syawal masih berbaki lagi dan ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan rumah terbuka Aidilfitri. Tahun ini banyak pula aku mendapat jemputan untuk rumah terbuka. Alhamdulillah dan terima kasih untuk semua sahabat yang sudi menjemput kami sekeluarga. Tapi, terdahulu aku nak minta maaf kepada semua kerana tidak dapat memenuhi undangan tersebut kerana terdapat masalah pengangkutan untuk bergerak.

Terutama kapada Laily, McJa, Syafa, Nopai, Has dll Insya Allah lain tahun aku beraya ke rumah korang ok. Jangan lupa jemput pulak tahun depan tau:)

Maaflah, kerana tak ramai yang tahu masa bulan Ramadhan yang lepas my hubby eksiden kat MRR2. Kereta yang dia bawa habis remuk teruk kerana melanggar divider. Tapi, Alhamdulillah, paling penting dia selamat. Cuma ada buat sedikit minor operation pada lidah. Seminggu kemudian dia dah sehat, cuma kereta Saga kami tu masih terbengkalai di workshop sampai hari ni. Entahlah bila akan siap, kerana di pihak bengkel dan insuran masih bersoal jawab dalam beberapa hal...Harap-harap tak lah sampai Aidil Adha. Nanti kena berjemput balik kampung untuk beraya dan berhantar pulak nak balik KL sepertimana raya puasa baru ni...

Nak tengok gambar kereta kami yang remuk tu tak??? Aku kene mintak izin dari hubby dulu untuk upload. Hari tu dia mengeluh sedih sebab bila tengok kereta orang elok cantik tapi kereta dia dah jahanam. Yelah nak buat cam ne benda dah jadi. Kena redha jelah....Insya Allah ada hikmah disebaliknya.

Oklah kalau dia bagi nanti aku upload bagi korang tengok. Tunggu yaaa...:)

*Kereta tu remuk lebih kurang macam Fairlady Shahir..tapi yelah Saga kami murah je banding Fairlady tu. Jadi, dia mesti lagi sedih kot?? Pada aku sama je sbb kete tu harta kita, hasil titik peluh kita sendiri kumpul duit dan usaha nak beli dan bayar loan yang dibuat. Tak kira mahal/murah, kecik/besar....Sabarjelah kan.

If you are nuffnangers, please read this

A Nuffnang Community Announcement

We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.

As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

We’ve noticed that certain groups have been engaging click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;
- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back
- asking for blog visitors’ help to click on the ads
- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them
- repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.

Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.

We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.

Thank you for your attention.

Say NO to click Fraud.

Sesaper nak baca Malay version, bole check kat umah kakinakl yaaaa....:)

Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Nampaknya amaran penyalahgunaan di kalangan nuffnangers sudah dikeluarkan. Sebagai ahli baru komuniti nuffang, perkara ini menjadi pengajaran kepada saya supaya tidak melakukan penyalahgunaan klik. Harap pengujung setia dan follower blog Cahayamata sudi melakukan 'klik' pada iklan yang disediakan dengan ikhlas hati dan betul-betul mahu melihat info produk/servis yang ditawarkan. Jika sebelum ini saya ada melakukan kesalahan, tobat dah tak mau buat. Sila abaikan jika saya ada memujuk, meminta dan memaksa anda untuk klik. Apa pun sehingga entry ini ditulis saya masih belom terima sebarang pendapatan(kesian nyer, hehe..). Sebagai orang baru belajar, saya belum terdesak dan berharap dapat yang betul-betul bersih selepas ini... Amin.

p/s Jangan marah yaaaaa...

DiGi iPhone 4 Life



Jika saya tanya, apa yang anda mahu dalam kehidupan ini? Kekayaan? Kebahagiaan? Cinta? Kalau dapat semuanya dalam satu masa tentu kitalah orang yang paling bertuah dalam dunia kan?

Setiap orang sudah ditentukan rezeki masing-masing. Usaha dan terus berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian dalam kehidupan. Kemudian kita akan berserah kepada Tuhan semoga apa yang kita telah usahakan akan tercapai.

Dalam setiap usaha dan pekerjaan yang kita lakukan akan lebih mudah jika mendapat bantuan dan sokongan moral orang yang tersayang. Jika anda seorang ketua, anda akan bertuah jika memiliki pekerja yang berkemampuan, pakar dan setia untuk menguruskan syarikat anda.

Sebagai suri rumah, saya tiada pembantu. Bertuah jika saya mempunyai seorang pembantu atau setiausaha untuk menolong dalam melaksanakan urusan harian. Dengan DiGi iPhone 4, ia melengkapi kehidupan saya! Dengan pelbagai aplikasi bersedia membantu dan plan iDigi yang menarik menjadikan segalanya lebih MUDAH, LANCAR dan CEKAP dalam pengurusan rumahtangga saya.


Terima kasih semua kerana sudi membaca entry terakhir saya dalam pertandingan merebut iPhone 4 dari Digi. Kisah ditamatkan. Jumpa lagi dipertandingan yang seterusnya.

Movie yang ditungu-tunggu....2010

Aku bukan pengkritik filem untuk menulis pasal filem. Aku menulis ini bukan juga untuk kritik dan menilai, tetapi saje nak kongsi perasaan teruja untuk filem (Malaysia) yang aku rasakan bagus untuk ditonton terutama bagi ibubapa bersama-sama anak mereka. Last year, aku tulis filem Geng Pengembaraan(Upin Ipin). The movie tat my kids like most. Tengok berulang kali pun tak pernah jemu. So do I. This Year, I like Magika...Sape nak belanja aku tengok wayang nih?? Alahai.. My Hubby tak minat wayang lah. Tak pernah sekali pun tengok wayang bersama-sama...*sob

Mengintai di KRUstudios, memang mengujakan. Itupun baru tengok secara 'maya' jer. Kagum dengan berita kutipan 1.3mil dalam 4 hari tayangan aku angkat 2 ibu jari kat Edry dan kru tyerlibat. Semestinya filem yang diilhamkan ketika dia membawa anak-anaknya menonton filem Inggeris, "Enchanted' telah berjaya mengangkat namanya sebagai pengarah box office.

Filem Magika terdiri dari barisan pelakon-pelakon hebat Malaysia dan bertaraf 5 bintang(di Malaysia jelah). Best kan dapat tengok macam-macam cerita dalam hanya 1 filem. Mana taknya ada cerita watak-watak dalam cerita dogeng Melayu seperti Badang, Pak Pandir, Nenek Kebayan dll. Sesiapa yang tak kenal terutama generasi baru (eg. anak-anak aku lah), elok pergi tonton filem ni. Nak tahu sinopsis sila baca sendiri ye. Jom layan posters...

magika_final_sheet_A_low_copy




1st Day of Cik 'Misi'

"Salam.OTW blek Sg.Buloh ni.My 1st day in ward was nice...tapi kaki mmg sakit sgt cz x ddk lgsung frm 2-9pm....harini buat prosedur mudah2 je..esk, lusa mby harder...wish me luck..pray 4me ye"
[10:25pm, 27-sept-2010]

Itu sms dari my sista Fatimah, yang juga blogger drfatimah. Telling me her 1st day as 'cik misi' at HKL. Lepas ni rasanya awak kena tukarlah title 'dr' (doktor) kat blog tu kot since u are practical for nursing course. Hehe jangan marah yek! Nobody care...

So proud of u..Takde sorang pun daripada family kita yang masuk dunia perubatan. Walaupun cita-cita awal awak nak jadi doktor dan amik medic course tapi jangan dipedulikan tanggapan orang yang mengutuk ke, mencela dan membebel tah ape tah pasal awak buat pengorbanan tinggalkan matrik sains untuk jadi nurse. So, cute and sweet kan pakai baju putih, tudung putih dan kasut putih. Emmmm sangat bersih dan suci gituw... so, pastikan kena dicuci selalu dan hindari dari kotoran dan paling penting takde bau-bau hangit. Jangan nampak je putih bersih tapi bila duk dekat patient diorang tutup hidong.....malu babe! I guess u dont have prob wif it rite? hope sooo...:D

Oklah jangan lupa segala macam pesanan dan peringatan dari our family members esp mak abah yang mengharapkan awak berjaya. Yang penting diorang akan sangat sangat berSYUKUR sebab for sure sebelum grad u sah sah dah KOMPEM ada kerja. No need to be 'tanam anggur' like others(tat was me lah). Jangan pedulikan orang kata-kata 'busuk' dan 'kolot' tentang pekerjaan sebagai jururawat ni.

Always pray for u my sis....keep smiling:)


cik misi pon banyak keje jugak..jadi, keje rajin-rajin(jangan ponteng)

ayoyyo...yo....yo...besar nyer jarum. Yakin u can do it.

layan karenah pesakit dengan sabar ok.
(PENTING: keje dgn kerajaan pls lah tingkatkan PR kakitangan awam, senyum, dan mesra alam dengan semua orang)

hati mau baik dan ikhlas, barulah senyuman tu manis dan nampak original. Orang sakit pun takde lah bertambah sakit dan tak kisah duk lama-lama kat spital. Hahaha...

LASTly...jangan nakal-nakal yaaaaaa

Luqman oooo Luqman

Seminggu lepas, Luqman dah beritahu sekolah agama dia nak adakan jamuan hari raya pada hari Isnin, iaitu hari ini. Dia siap request nak ibu masakkan nasi impit dengan kuah kacang kegemarannya...Ibu pun ok je lah sebab memang dah ada stok kacang untuk dijadikan kuah. Cuma, masalahnya ialah nasi impit tu nak cuba buat sendiri (tanpa direbus guna plastik).

Percubaan kali pertama

DiGi iPhone 4 Real


iPhone 4 dari Digi memang berbaloi dan plan yang ditawarkan sangat menarik. Oleh itu, pengguna boleh memilih mana yang terbaik buat diri masing-masing KERANA tak semestinya yang saya suka itu awak pun suka dan tidak semestinya yang awak pilih itu, saya mampu membayarnya. TAPI!!! Walaupun seorang suri rumah, ada pakej yang sesuai dengan kemampuan saya.

Kalau mahu lebih, kena tanya Mr. Hubby lah kot kot dia mahu support kan...(huk huk dia dah geleng kepala).


Bak kata pepatah, 'biar kalah membeli, menang memakai'...maksudnya, lebih elok beli barang yang mahal asal dapat menggunakannya dalam tempoh yang lama, berbanding beli barang murah, baru sekali guna dah rosak..Saya setuju, kerana yang penting kepuasan maksima. Di Digi, setiap tawaran hampir memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Harga bagi setiap tawaran juga sangat berpatutan. Klik pada jadual berikut:

Saya akan pilih pakej RM58/sebulan. Sebab apa? Jawabnya tentulah kerana ia paling murah dan terendah. Maknanya saya mampu. Jika dibandingkan dengan lagi 2 pakej, walaupun kadar caj untuk setiap sms, mms, dan panggilan nampak lebih 'sen'nya tetapi ia masih ok kerana berdasarkan kepada penggunaan semasa saya sekarang. Dengan 1GB bagi Internet, saya tidak sabar untuk mencuba dan merasai sendiri kehangatan dan kehebatan iPhone 4.

Kesimpulannya....

Saya sangat suka tawaran ini. Saya berharap dapat merasakan kepuasan apabila memiliki iPhone 4 dari Digi nanti. Hahaha ayat berangan lagi. Jangan marahhhh...

Anda bagaimana?

DiGi iPhone 4 Play

617330958
Sangat bergaya kan kaler pink ini untuk seorang wanita. Once this iPhone be mine, huh tak de sorang pun dari my heroes yang akan dibenarkan menyentuh sesuka hati. Akan ku tatang bagai minyak yang penuh, laksana my baby girl....oooooo so sweet! (errr saya belum ada anak perempuan lagi lah).

Yang menariknya dengan telefon pintar ini macam-macam ada...(aci ye pinjam tagline astro jap). Dengan aplikasi iTunes, pelbagai aplikasi sama ada percuma atau berbayar boleh digunakan....iTunes??
iTunes adalah aplikasi percuma untuk Mac atau PC anda. Ini mengatur dan memainkan muzik digital dan video di komputer anda. Seumpama sebuah store di komputer, iPod, iPhone, iPad, dan Apple TV, ia mengandungi segala yang diperlukan dan boleh diguna di mana sahaja pada bila-bila masa....
DiGi iPhone 4 Play
Sebab saya ni seorang wanita aka perempuan, jadi perkara-perkara yang selalu dikaitkan dengan golongan kami ialah suka shopping dan ingin sentiasa cantik (walaupun bukan semua perempuan macam itu tau). Sebab saya juga seorang ibu dan isteri, maka memasak itu wajib. Tambahan lagi, saya seorang suri sepenuh masa, duniaku kebanyakkannya ialah berada di dalam rumah. Tidak perlu keluar jauh untuk bersosial atau menghadap pc 24 jam sehingga mengabaikan urusan rumahtangga jika hendak bersosial atau berhibur. iTunes store memudahkan urusan dan menunaikan keinginan dalam waktu yang terhad. Tak percaya???
Hanya buat pilihan dihujung jari anda...Sambil memasak, menyusukan anak, sambil baring dan duduk di bilik termenung (huih tak pernah buat ler..), sentuh sahaja skrin dan semuanya ada!


Dalam banyak-banyak aplikasi ni, paling saya tertarik ialah aplikasi untuk wanita dan hanya jantinanya wanita sahaja;

1) iPeriod Ultimate - Ia menunjukkan kalendar bagi kitaran period(haid) dan menganggar waktu ovulusi dan masa subur. Ini membolehkan setiap perempuan menjaga kesihatan mereka dengan baik.


2) Womans Calendar - Membantu wanita yang ingin mengandung, mengelakkan kehamilan, membuat jadual kitaran kesuburan dll. Ini membolehkan mereka mengesan tempoh menstruasi dan memantau kesihatan fizikal dan aktiviti mereka secara teratur. Lebih kurang macam aplikasi iPeriod Ultimate, so, wanita boleh buat pilihan terbaik dan yang mana lebih digemari.

3)The pill - Saya memang jenis yang selalu missed makan ubat. Semasa mengandung, kekadang pil obimin yang mesti dimakan waktu pagi diambil belah petang atau malam. Dengan aplikasi ini, ia dikatakan dapat membantu. Bagus kan...hope so.

4) Pregnancy tracker - memantau perkembangan kehamilan setiap bulan sehingga bersalin.

5) Baby monitor and alarm - Tak tahulah sejauh mana praktikalnya, tapi inilah aplikasi paling best lah saya rasa! 2 thums up! Ibubapa tidak perlu risau meninggalkan anak sendirian dibilik, kerana aplikasi ini bertindak macam 'bibik' pun ye juga. Rakam sahaja suara kita mendodoikan bayi, setkan masa untuk dimainkan kepadanya dan jika kedengaran suara tangisan, telefon akan berdering. Sangat membantu bukan. Jadi, saya tak perlu lah risau untuk berada di dapur memasak, menidurkan diri sebentar dan macam-macam lagi lah...
Bertuah sungguh jika dapat memiliki iPhone 4...Senang dan mudah dihujung jari, bergaya dan hebat walaupun berada di rumah:) Let's play!

DiGi iPhone 4 Me

Cleaning
Ini lebih kurang macam sayalah. Suri rumah sepenuh masa yang sentiasa sibuk dengan macam-macam kerja rumah. Saya ada 4 orang hero(setakat inilah). Bila sebut pasal phone, my heroes ni semuanya lebih handal dan bijak dari saya. Terutama bab main games. Ibu? Fesbuk terer lah..

My 1yr old son, Alfatih paling suka main phone. Sudah berkali-kali saya punya phone kena campak ke lantai. Dulu pakai phone mahal, hari ini hanya pakai phone murah je...Nak buat macam mana, my phone just like his toys jugak lah. Marah anak kejap je, later bagi jugak diorang buat mainan...
Lately, my phone dah meragam. Terasa nak campak je kat dalam tong sampah dan beli yang baru. Tapi...nak beli jenis apa ye???? Apabila Nuffnang buat contest di mana hadiahnya ialah sebuah iPhone 4, wah terasa macam bagus je kan kalau saya pakai iPhone pulak! Tapi layak ke saya??? Ahhh ada sape-sape kesah ke??? Saya pun nak iPhone 4 dari Digi.

Persoalannya, kenapa iPhone 4 dari Digi ni? Bagus sangat ke??? Kalau baca maklumat yang ditulis kat sini, gud gud banyak bagus maa...






Tersangatlah menepati sasaran! As gud as our requirements!Haha...tapi, kalau saya ni eksekutif ke, pengurus bank ke, lawyer ke, lecturer ke bergaya jugak lah kalau bercakap tu pakai iPhone 4...Let's imagine;
Gantikan buku resepi tu dengan iPhone 4...konon-konon tengah check recipes kat Internet lah kan..kan..padahal tengah facebooking...bace emel...dan bla bla bla hiiiii.. hiiii ok ok cantek cantek. Setuju lah cam tu...
Kalau nak bagi 2, 3 dan lebih free pun lagik baik. So, everyone in the house will get one. Superb!!! For those yang nak juga tapi kena belilah ye...Check kat bawah ni
Sangat berbaloi kan. Apa tunggu lagi, shopping le sekarang! GO>>> Saya nak tunggu iPhone 4 dari Digi punya:D. Kalau sapa-sapa banyak soal, sila baca sini. Terima kasih yaaaa....

owwhhh sangat cool..ada gaya..pastinya hebat! Digi lah!