Bias nya paper tu...

Ada satu online paper tu kan...saya suka baca. Selalu refresh page sebab ia selalu updated. Akhbar ni bukan akhbar politik tau.

Alkisahnya kan...
Semalam, selepas habis perlawanan suku kahir bola sepak Piala Malaysia, sedang-sedang time cenggini lah, saya pun masuk situ untuk check keputusan final, Pahang vs PKNS dan sepatutnya ada juga keputusan ATM vs LIONs...tak de pun keputusan!

Maka saya pun, melompat-lompat cari paper yang ada keputusan terkini. Akhirnya jumpa dekat utusan online.

Malam ni bila JDT vs TRW kemain cepat diorang update. Separuh masa pertama pun dah bagitahu result. Cit, tak adilnya awak...Keputusan Sarawak vs Sime Darby pun tak de. Memang awak tak aci tau!

Suami saya cakap, "Biarlah, diorang peminat tu..."

Ok, oklah...taulah JDT dengan TRW tu pasukan pilihan. Pasukan kami underdog je...

Hehe... sorry, sebenarnya bukanlah emo sangat. Saja nak luah perasaan je. Dah lama perasan tau...

Next time check kat sini je. Very good punya tayang keputusan perlawanan. Thumbs up:)

2 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

kalau dkt negara kt nie mmg sellau mcm tu..
kalau berita2 bab sukan @ politik mmg selalu bias...
yg dirasakan popular atau dpt rating tinggi atau sangat berpengaruh akan lebih diutamakan...

Aina said...

Lepas tu kan sya, esoknya penuh gambar team merah tu kat slide dia tau...

sepatutnya paper arus perdana kena adil dan saksama kan...
:)