Yea...yea...camping time!

Wargh...akhirnya hajat anakku nak bercamping tercapai. Kalau dah namanya ahli pengakap, tak sah kalau tak bercamping, kan? Jadi, semalam sebagai ibu saya pun menjalankan misi membeli keperluan untuk camping tersebut. 

Sebenarnya cikgu dah menyediakan check list untuk senarai yang perlu dibawa. Sebagai bekas ahli pengakap, saya pun dah membayangkan keperluan lain untuk dia. Sebenarnya camping  hanya untuk dua hari (hari ini dan esok) sahaja. Memandang ini kali pertama dia bermalam di luar bersama kawan-kawan, keperluan dia tu saya lihat dari aspek sebagai seorang ibu. Jadi, barang-barang yang tidak perlu juga menjadi perhatian.

TAK PERLU BAWA:

1- bantal
'Eh, comel gak bantal kecik ni. Sesuai kalau bawak camping. Nanti anak aku tak sakit tengkuk masa tidur'
- saya tak beli, sebab masa camping lah masanya untuk kita belajar bersusah dan berdikari. Biarlah dia susah sedikit.
- kata Aman, cikgu pesan jangan bawa bantal sebab nanti 1 khemah kongsi 6 orang. Sempit. Nak tidur, gunakan beg sebagai bantal...

2- selimut
'Emm...takkan nak bawak selimut kan? Besar dan berat. Kalau belikan dia towel yang besar sikit sesuai jugak. Eh, ok tak kalau beli towel dua? kalau masa mandi hari pertama, dibuatnya towel tu jatuh dan kotor atau towel tu basah dan dia simpan dalam beg macam tu jer, nanti berpanau pulak badan anak aku!'
- saya beli tuala sederhana besar, tapi tak pasti nak bawa atau tak. Abahnya cakap, nanti berat beg. Bagi sahaja tuala kecil. 
- ibu, cikgu pesan bawa stokin lebih sebab nanti malam nak tidur sejuk! :D

3- makanan tambahan
'Aman ni bukan boleh lapar. Nanti dia menangis. Kesian anak aku! Kalau kena masak sendiri, dan nasinya mentah, macam mana? Isskkk...kalau ade biskut, dia boleh makan!
- biskut Tiger 2 pek kecil, biskut lemonad (10in1) 1 bungkus, air milo kotak 1 pek(4), gula-gula... Abahnya senyum mengejek je sebab ibu dah memberatkan beg anak. Saya cakap, nanti dia lapar malam-malam macam mana? Ada ke cikgu sediakan supper?
- Aman cakap, cikgu bagi bawa makanan sendiri tapi kena berkongsi dengan kawan-kawan. Kemudian, dilarang makan di dalam khemah sebab takut bersemut. Kalau kena tangkap makan dalam khemah, kena jadi sentri sampai Subuh :(. Alamak, baru je ibu nak ajar dia makan senyap-senyap...kensel!

Bila dah kemas beg, macam tak muat jer...sepatutnya dia boleh plan dengan kawan sekhemah supaya setiap orang bawa barang yang berbeza-beza. Jadi boleh saling berkongsi barang macam sabun, ubat gigi dan makanan. Beg pun ringan, kan? Tak pelah budak-budak. Pengalaman pertama, moga mereka belajar sesuatu yang berguna.

Paling tak boleh blah, suamiku gelak sebab saya masukkan bedak, minyak rambut..tak perlu katanya! Haih...itulah seorang ibu. Walaupun saya bekas ahli pengakap, bila kena time anakku sendiri yang nak bercamping, macam-macam hal tak sepatutnya toink toink dalam kepala. Hehe...





*** pengalaman lalu bersama rakan-rakan Kelana Siswa :)

0 comments: