Marilah datang meriahkan Ekspo Buku Islam Selangor di AU2

Ekspo Buku Islam sedang berlangsung lagi sehingga hari Sabtu ini. Meriah dengan pelbagai aktiviti, tapi masa saya dan anak-anak datang orang ramai, tapi taklah sesesak macam Pesta Buku di PWTC. Walaupun namanya Ekspo Buku Islam, yang dijual bukan hanya buku agama dan Islamik, bahkan ada juga novel semasa, buku resepi dan majalah ilmiah yang lain. Antara penerbit yang join ekspo ini terdiri PTS, Sinergi Ilmu, Karangkraf, Telaga Biru dll. Booth penuh satu dewan, tapi tak lah sepadat masa pesta buku. Diskaun mestilah ada dan buku-buku terkini juga boleh didapati di ekspo ini. 

Apa tunggu lagi, jom semak jadual aktiviti di ekspo buku dan datang ke sana pada masa lapang anda...Saya pun merancang untuk datang lagi. Seorang. Hehe, kalau bawa anak-anak tak aman nak memilih buku sebab bila mereka penat, cepat sangat ajak kita balik. Pantang jumpa buku dia berkenan semua nak beli. Bagusnya, anak tolong pilih buku untuk saya...

"Ibu, ibu tak nak ke beli buku ni?" Tanya anak saya Almustofa. Saya pegang buku tu..saya baca tajuknya. Terkedu sekejap.
Saya tak sempat snap gambar buku tu. Ambil dari Google image.
Saya suruh dia letakkan kembali buku diraknya. Saya mengajak mereka pusing semua gerai terlebih dahulu sebelum buat keputusan nak beli buku yang mana satu. Sebenarnya tak cukup cash. Kebanyakan gerai tak menerima kad. Jadi kena beli buku yang penting-penting aja..


Salahuddin sibuk nak beli buku cerita ini ...
Buku terbaru karya Ramlee Awang Murshid pun ada - MAGIS!
Selepas masing-masing dah dapat buku dikehendaki, kami pun balik. Tadi tak sempat nak ambil banyak gambar gerai dan duduk mendengar aktiviti bual bicara di luar dewan. Anak-anak asyik nak berlari je lepas bosan menunggu saya memilih buku. Sampai main sembunyi bawah meja. Geram betul.

Sebelum balik, bergambar dulu dengan 'Ustaz Don'. Hahaha...



Disuruh beraksi, pose itu jugalah dibuatnya ...
 Buku-buku terpilih...

Pilihan ibu...
Pilihan anak-anak...hehe pilihan saya juga:) Komik macam ni lebih mendidik jiwa. Insha ALLAH

0 comments: