"Apa dosa Mat Yo pada awak?"

Soalan pada tajuk itu sangat menyentap hati saya. Ia ditanya oleh suamiku beberapa hari lalu ketika kami berborak pasal keputusan perlawanan Malaysia lawan Bahrain pada perlawanan pertama kelayakan Piala Asia. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia seri 1-1 dengan Bahrain. 

Mengejutkan juga kerana saya sangka kita pasti akan kalah kepada pasukan Bahrain. Jadi, jaringan Mat Yo atau Nur Shahrul dikira menyelamatkan maruah Malaysia dan masih ada peluang untuk menang di Bahrain pada pusingan kedua. Harap-harap. Ya, harapan masih ada selagi wisel penamat belum berbunyi.

Berbalik pada cerita...

Suamiku bertanya, " Siapa score?"

"Emm menyampah." Jawab saya acuh tak acuh.


Terus dia boleh meneka siapa penjaring gol tunggal Malaysia tersebut.

"Siapa? Nur Shahrul ke?" Ha, nama betul pulak dia sebut tu. Hehe... Sambil mimik muka saya mengiyakan. 

"Nasib baik, dia tak buat aksi jelir tu," kata saya sambil beraksi tak puas hati. Suami gelak sambil cakap,

"Laaa, awak ni, apalah dosa dia pada awak?" terus saya sentap. 

Ya, memang Mat Yo tak salah apa-apa pun terhadap saya. Cuma kontroversi yang lepas tu sedikit 'mengusik' hati ini. Saya yakin, kejadian itu turut menyentuh hati semua rakyat Malaysia. Malah turut mendapat komen beberapa tokoh terrnama. Apapun, saya tak de lah mengumpat atau memaki dan mengeluar kata-kata tak elok pada dia suami isteri. Hanya tak puas dalam hati dan simpan dalam hati. Bila suamiku bertanya, automatik keluarlah aksi tak puas hati itu...

Sentap? Ya, mungkin saya yang berdosa sebenarnya sebab marah/kutuk dalam hati. Huk...huk...Inilah akibatnya banyak membaca komen negatif, jadi kita dapat input negatif. Bak kata Prof Muhaya, banyak keladak. Keladak tak keladak dalam hati/diri kita boleh dilihat pada apa kita lihat, baca, dengar... Input negatif melahirkan output negatif... 

Banyakkan zikir dan selawat!



0 comments: