Kalau warga negara kau kena tembak, kau marah. Bila depa buat jahat tembak orang kami, kau diam pulak!

WANTED
WANTED

Pengawal keselamatan yang menembak pegawai bank semalam dikhabarkan adalah warga asing. Dalam kejadian rompak dan tembak mati semalam, arwah sepatutnya tidak perlu ditembak. Dia langsung tidak melawan, mengikut kata saksi yang selamat. Dengan sikap kejam pengawal keselamatan tersebut, saya agak emo bila memikirkan dia ialah warga asing yang telah diambil bekerja menggunakan kad pengenalan palsu di negara ini. Saya sokong KDN tarik balik lesen operasi syarikat keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan beridentiti palsu ini. Harap ia menjadi kesedaran keada pihak syarikat yang lain.

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, polis telah mengesan rumah suspek dan berhubung dengan isteri serta adiknya.

Adik suspek berkata, pembunuh itu berasal dari Sulawesi, Indonesia dan menggunakan kad pengenalan palsu. Mudahnya syarikat membekalkan pengawal keselamatan kepada bank terbabit dikelirukan selama kira-kira setahun. Bagaimanakah dia boleh diberikan hak untuk menggunakan senjata? Walhal syarikat menggajikan suspek, syarikat terkenal.

Suspek kini masih diburu.

Saya telah menjangkakan fakta itu dari awal, klik di sini.

Untuk pengetahuan semua, hanya warganegara Malaysia dan Nepal dengan pemit lengkap dibenarkan bertugas sebagai pengawal keselamatan di Malaysia. Warga INDONESIA berstatus penduduk tetap TIDAK LAYAK bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara kita. [sumber]
Dan lagi..
Pada hemat saya, pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor,  Norazita Abu Talib, 37 tahun, tidak perlu ditembak. Jika sekadar ingin merompak wang di dalam peti besi bilik kebal, pengawal keselamatan bank kini berstatus perompak hanya perlu mengacukan senjata pump gun digunakan ke arah beberapa kakitangan di sekitar, ambil wang dan kemudian beredar dengan segera.

Dilaporkan, ketika kejadian singkat itu berlaku, mangsa tidak melawan. 
[sumber]

Petikan berita lama di bawah:
SHAH ALAM - Penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim tampil mempertahankan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung insiden tembakan yang mengorbankan empat rakyat Indonesia, Jumaat lalu. 

Dipetik dari sebuah portal, Kamal Affendi berkata, pihak luar khususnya tidak wajar mempertikaikan tindakan yang diambil atau dilakukan sesebuah kerajaan kerana ia adalah hak negara tersebut yang tertakluk kepada undang-undang negara masing-masing. 

Justeru katanya, kenyataan 'pedas' wakil Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Moh Jumhur Hidayat yang menyifatkan PDRM sebagai pengecut kerana menembak mati rakyat mereka amat tidak wajar sama sekali.


Ini kerana katanya, mana-mana individu sekiranya didapati melanggar undang-undang walau di mana sekalipun, maka tindakan yang bersesuaian akan diambil terhadapnya, termasuklah penguatkuasaan undang-undang ataupun tindakan yang lebih ekstrem. 

"Yang mustahak di sini juga, soal kedaulatan undang-undang satu negara berkenaan tindakan yang diambil itu ialah prerogatif sesebuah negara.

"Pasukan polis Malaysia bukan satu pasukan yang 'trigger happy', sekiranya penjenayah menyerah diri seperti yang dibuktikan dalam kes Botak Chin, Geng Mamak, maka tidak ada satu tembakan yang dilepaskan.

"Kecuali penjenayah itu yang memulakan serangan terhadap pasukan polis, dan perbuatan itu juga membahayakan kepentingan awam, maka sudah tentulah masa itu tindakan untuk menyekat dilakukan termasuklah pertempuran. Dan penjenayah lazimnya yang mati kerana anggota polis ini terlatih," katanya kepada Antarapos.    

Jumhur, yang dipetik dari laman Kompas.com selain itu mempertikaikan kewajaran tindakan PDRM menembak mati keempat-empat rakyat negaranya kerana berpendapat kesemua mereka bukan pengganas.

Keempat-empat mereka yang dikenali sebagai Hafat, pemegang pasport Indonesia bernombor A0649848, Iknoriansyah (U4507980), Hery Setiawan (A4208167) dan Wahyudi (A2640273) ditembak mati Jumaat lalu di Blok B-15-7, Ampang Hilir Pinggiran, Jalan Ampang Putra, Kuala Lumpur.

Kesemua mereka dilaporkan telah merompak sebuah rumah awal pagi sebelum kejadian.

Kamal juga menasihatkan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan polis, perlu mengambil kira akibat yang diterima oleh mangsa yang dianiaya penjenayah. 

"Barangkali ada suara minoriti yang melihat tindakan yang diambil itu disangkanya sebagai jalan pertama iaitu menembak mati, walhal, seperti mana negaranya juga ia adalah pilihan terakhir yang terpaksa dilakukan bagi melindungi demi kepentingan awam dan juga mengangkat kedaulatan undang-undang itu. 

"Dalam masa yang sama saya pohon kalau ada yang berminat tentang hak asasi ni, harap di hati mereka dapat juga perjuangkan hak asasi mangsa-mangsa penjenayah ini, atau keluarga mereka yang terkorban akibat perbuatan jenayah," katanya lagi.

Maaf kerana emo. Mungkin saya rakyat marhaen yang 'tak tahu apa-apa' tapi kami punya hak unntuk menyuarakan pendapat. Kalau tak nak dengar dan tak nak terima sudahlah. Bukan sekali, tapi banyak kali pihak sana bersuara lantang bila dengar aje berita rakyat kesayangan mereka disakiti di negara Malaysia yang kucintai. Kalau sayang sangat, silalah kutip dan bawa balik rakyat mereka yang sudah dicop penjenayah di negara ini. Simpan kemas-kemas dan jangan bagi mereka datang buat jenayah di negara kami. Hanya yang ikhlas mencari duit halal dialu-alukan di tanahair kami!

Maafkan saya, barangkali dalam situasi ketengan kita dapat merenung saat-saat suah senang yang dikongsi bersama oleh dua-dua negara. Kau tsunami, kami datang tolong. Kau gempa kami juga membantu. Kau sedih kami juga mendoakan. Ikhlas. Dalam urusan undang-undang marilah kita sama-sama menghormati kedaulatan undang-undang yang ditetapkan oleh sesebuah negara. Dalam bahasa kasar 'jangan sibuk' dan dalam bahasa sopan, 'hormat menghormati'.

Maaf sekali lagi. Saya bukan anti warga asing. Saya berkawan baik dengan bibik-bibik, cleaner dan mak cik tukang sapu di tempat saya. Orangnya baik, ramah dan berbudi bahasa. Datangnya dari Lombok, Jawa, Madura dan Acheh. Saya respek dan tabik warga asing yang hormat orang lain dan pandai 'bawa diri' di tempat orang. Bak pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'.

Semalam saya ada menyampai pesan supaya jangan sebar gambar mayat arwah Norazita. Dalam sinarharian online pun ada disiarkan. Harap semua pihak bertoleransi. Cukup-cukuplah untung semalam. Ada rezeki lain, tak kemana...

Suami minta henti sebar gambar kematian Norazita
  • tembak pegawai AmbankSuami mangsa, Irwan Kamarudin mententeramkan anak bongsunya, Muhd Hazimy ketika menunggu mayat isterinya dibedah siasat. - Foto Sinar Harian oleh NUR FARHANA ABDUL MANAN
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Suami kepada pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, yang ditembak mati dalam kes rompak dan bunuh semalam, meminta semua pihak memadam dan menghentikan sebaran gambar dan video kematian isterinya demi menghormati sensitiviti keluarga. 
Irwan Kamarudin, 37, berkata penyebaran gambar itu akan lebih menyedihkan keluarga kerana gambar itu memperlihatkan keadaan tidak elok mangsa. 
"Saya harap semua dapat memadamkan gambar dan video insiden kematian isteri saya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini selepas pengebumian isterinya di kampung halaman Allahyarham di Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak. 
Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan bank itu sendiri selepas Norazita membuka pintu bilik kebal bank itu di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam. Susulan kejadian, gambar dan rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. 
Pagi ini, Irwan bersama dua anaknya, Nurnisa Nabilah, 12, Muhd Hazimy, 8, serta saudara maranya hadir di Bilik Mayat Hospital Serdang untuk pengecaman mayat isterinya. Suasana pilu menyelubungi bilik mayat itu dengan Irwan cuba ditenangkan anggota keluarganya sambil menangis setelah beliau membuat pengecaman jenazah isterinya.

"Kita sepatutnya mempunyai sifat seperti manusia lah. Kalau nak rompak, rompak jer lah duit. Tapi jangan lah sampai membunuh," 
Berita penuh di sini.

Heyyy there's something different about the TheNewChurp2 

5 comments:

Tina Othman said...

Adoi tak thk pun klip cctv tu wlupun ada org share, tak sanggup kesian sangat

Klu ikut ic dia kt org msia kan rupanya pendatang hemmm alfatihah

Aina said...

Aina pun tak tengok Tina. Kalau nampak org share,pesan lah kat dia... kesian.sedih baca cite hubby arwah pasal perbualan akhir mrk sejam sebelum kejadian...semoga roh arwah ditempat dikalangan mukminah yg dijanjikan syurga.amin,

Gombug said...


Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Gombug said...

Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...


Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

Gombug said...

Sukandaily | Sport images at its best
www.sukandaily.com.my

Portal Sukan Ragbi Malaysia | Berita | Kalendar Acara Ragbi | Foto Kejohanan | Video