Jangan berkira

Secebis perkongsian...

Dalam satu siri motivasi oleh Dr. Muhaya (maaf saya lupa tajuknya, dan dalam program apa), dia pernah menyebut ayahnya pernah berpesan supaya jangan tawar-menawar dengan peniaga kecil. Saya cuba memahami maksudnya ialah kita dalam sesetengah keadaan perlu bertoleransi dan tidak terlampau berkira dengan orang lain. Peniaga kecil juga mencari makan dengan keuntungan yang tidak seberapa. Kalau boleh jangan berkira sangat. 

Kita pula sebagai pembeli, memang hak kita untuk menawar harga beli yang sehabis murah yang mungkin. Saya pernah menawar harga pada barang yang harganya boleh dikatakan berpatutan. Fikir saya ketika itu, jika dapat lebih murah lagi bagus. Penjual tersebut menjawab, "Alahai dik, sewa lagi nak kena bayar, harga ni pun bukan saya ambil untung banyak. Sikit aje dik. Ni dah kira murah dah...". 

Saya hanya tersenyum. 'Saja je nak test. Aku ada hak untuk bertawar menawar apa...'. Biarpun tidak dapat harga lagi murah, Sekurang-kurangnya saya dah mencuba bertanya. Nanti tak delah rasa menyesal selepas membeli. Hard feeling? Adalah sikit kot masa tu sebab permintaan ditolak, kan?

Kalau naik teksi pula, saya amat berkira dengan menyediakan syiling yang mencukupi. Kadang-kadang ada driver yang sengaja buat tak tahu bahawa dia perlu pulangkan baki. Biarpun seposen, saya sangat terasa. Sudahlah aircond tak terasa dingin! Kiranya saya memang tak puas hati sungguhlah dengan service dari teksi tu. Tambah-tambah kalau drivernya tak mesra alam. Bukan suruh berborak sakan dan bermanis mulut pun, dapat senyum pun jadilah. Kalau dapat tolong masukkan barang dalam bonet lagi bagus:)

Namun, sejak saya mengingati pesanan ayah Dr. Muhaya tersebut, saya cuba amalkan. Alhamdulillah hati lebih senang dan tenang. Takde nak rasa sakit hati sebab tak puas hati dengan orang. Itulah hikmahnya kalau kita tidak berkira. Bukanlah saya ni orang kaya kerana kalau saya kaya, hari-hari pasti hari raya! Hehe, saja pinjam ayat dari lirik lagu Awi Rafael. Betul tak? Hari-hari boleh bagi duit raya kat orang :)

Kalau saya naik teksi, seposen dua tu saya halalkan. Kalau risau aircond tak kuat, pilihlah teksi yang baru. Insha Allah servicenya bagus. Kasihan pula dengan yang teksi 'tak baru' tu, tapi tak pe, ada orang lain yang nak naik, kan? Ya, sekarang saya selected kalau nak naik teksi! Bila saya dah tak berkira dengan mereka, di lain masa saya juga mendapat pemandu yang lebih baik, lebih mesra alam dan tak juga berkira. "Takpe lah dik seposen tu..."

Alhamdulillah... 

0 comments: