Anak motivasi ibu

Sudah lama saya tidak berjogging. Kalau saya rajin, saya akan ambil masa sejam pusing dari rumah (AU3) sampai Setiawangsa dan balik ke rumah semula. Biasanya saya jogging sorang-sorang sahaja sebab kalau bawa anak-anak, sejam tak cukup.

Anak-anak cukup bersemangat pagi ni. Mereka plan berjogging dekat gelanggang bola keranjang di taman permainan di perumahan kami. Masa diorang nak pergi, tak patut pula saya biarkan mereka sahaja yang pergi. Isu keselamatan anak-anak tengah hot sekarang. Jadi saya patutnya lebih aware dan tidak berlepas tangan.

Yang bestnya, saya join mereka saya juga dapat mengeluarkan peluh. Kasi lelemak terbakar sket :)

"Berapa kali kita nak pusing ni Almustofa?"
"20 ibu," jawabnya. "Hah, matilah ibu!"
"ok, ok, kita buat 10 je. Lepas tu kita rehat minum air. Kemudian sambung balik," 

Hehe, sangat bertoleransi anakku. Untuk esok dia cakap nak round 10 lagi dan kalau saya tak larat, boleh tengok dari tepi sahaja. Malu pula saya, ada anak yang cukup bersemangat itu. Memotivasi ibunya yang malas...

Lepas berjogging, kami bermain badminton. sama-sama.


Habis 10 round , rehat sambil minum Yakult

Yakult the best!




Dah pandai sepak bola, belajar servis badminton pulak

Bismillahirrahmanirrahim...



Gelanggang sebelah, pelajar tahfiz beriadah juga...

0 comments: