Malu bunting pelamin?

Awal bulan lepas sepupu saya selamat mendirikan rumahtangga. Dalam usia muda (24 tahun, isteri 23 tahun) dia berani untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Sebagaimana beraninya dia dalam memikul senjata di medan Lahad Datu menjaga kedaulatan negara diceroboh pengganas Sulu dahulu. Syukur tak lama selepas itu, sepupu saya yang juga 'ustaz askar' ni diberitakan oleh isterinya yang dia sudah pun hamil. Alhamdulillah... Bunting pelaminlah tu!

Memandangkan saat diberitahu hamil, usia perkahwinan mereka masih sangat muda. Mereka hanya sempat bersama beberapa minggu sebelum sepupu saya kembali bertugas di Tawau. Isterinya pula tinggal di semenanjung. Oleh yang demikian, tidak terlintas difikiran rezeki yang sampai itu, secepat ini.

Yang kelakarnya dia berasa malu pula. Malu-malu kucing lah tu... "Macam mana ni mak? Tak mengapa ke?" Itulah soalan yang menerjah ibunya di corong telefon. Saya yang mendengar cerita ibunya jadi tergelak sama. Masakan tidak, saya dahulu begitu juga. Perkataaan 'bunting' selalu kita merujuk kepada haiwan yang hamil. Untuk manusia kita guna perkataan 'hamil' atau 'mengandung'. 'Peknen' pula perkataan Inggeri yang dimelayukan ye...

Apa yang pelik? Hubungan mereka sudah halal dengan ikatan perkahwinan yang sah dan sepatutnya tiada apa perlu dimalukan. Sepupu saya malu sebab cepat sangat. Itulah rezeki namanya. Sebagaimana juga orang yang mengandung saban tahun. Kerana malu, dirahsiakan sehinggalah perut nampak barulah diketahui orang. Ada suami, apa nak kisah kan? Mulut orang bukan boleh ditutup.

Yang dah kahwin rasa malu, lagi pelik jika mengandung luar nikah tetapi tak ada rasa malu melakukan dosa. Buat adik sepupuku yag bakal menimang anak sulung ini, kakakmu ini mendoakan semoga bayi yang dikandung isterimu itu sihat sejahtera selalu dan akan lahir dengan selamat kelak. Insha ALLAH.

Mendengar orang hamil dan melihat baby yang comel sikit sebanyak mencuit hati keibuan saya. Terasa macam mahu mengandung lagi walaupun sudah merancang untuk berpencen. Haih...bagi wanita usia sudah melangkaui usia 35 tahun, jika mengandung kebiasaannya akan dijaga kandungannya sebagai berisiko. Ini kerana semakin berusia, semakin banyak masalah (penyakit) dan penat pula tu. Tetapi, tidak salah jika mahu mengandung lagi. Banyak pahala! Jika ada rezeki 50 tahun pun boleh mengandung!

Kalau umur 40+ mengandung lagi, malu juga, kan? teringat jiran saya bercerita, dia bawa anak ke klinik semasa dalam pantang ada yang menegurnya membawa cucu. Masa tu dia telah berusia 42 tahun. Sabar jelah...

Bagi wanita yang sudah lama berumahtangga atau pernah melahirkan anak dan berminat untuk mengembalikan kenikmatan dalam hubungan intimasi dan menjaga kesihatan yang baik sila klik sini.


0 comments: