Bajet: Harapan adalah manfaat untuk golongan pertengahan

Pembentangan bajet tahun ini sememangnya dinanti-nantikan. Bagi penjawat awam , apa lagi kalau bukan bonus. Selain isu perumahan mampu milik, GST, hal berkaitan kebajikan rakyat  dll saya berharap adalah 'sesuatu' untuk kumpulan pertengahan seperti kami yang bekerja swata,  takde pencen, pembayar tegar cukai pendapatan, tak layak menerima BRIM dan yang sewaktu dengannya. Kalau namanya duduk bandar, gaji lebih 3k, anak ramai pastinya cukup-cukup makan. 

Alangkah best jika suri rumah pun ada mendapat habuannya. Hahaha...berangan sampai mati. 

Ok, bajet dah start kat tv. Buka ajalah channel mana sekalipun ada Datuk Najib berucap. Kalau suamiku dapat manfaat, bolehlah isterinya ini juga memohon bonus akhir tahun. Ahaks:)

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama beg berisi buku Rahsia Besar Bajet 2014 ketika di Perbendaharaan Malaysia sebelum ke Parlimen bagi membentang laporan Bajet 2014 di Putrajaya, Jumaat. Turut sama Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (kanan). -fotoBERNAMA

0 comments: