Masak dah pandai, try menjahit pulak

*Salam Sejahtera*


Bab memasak rasanya kebanyakan perempuan sejak azali ada skills memasak tu. Asalkan rajin ke dapur dan kenal semua benda dalam dapur kan. Tapi kalau mereka yang tak pernah petik dapur gas, tak kenal beras, tak kenal senduk dan kuali sudah tentu lah payah nak memasak kerana yang mereka tahu cumalah makan aje...Aduyai malang kalau perempuan macam tu kan?

Zaman sekarang lelaki lagi terrer dari kita bab memasak. Sampaikan artis muda Fizo Omar pun dah buat buku masakan berjudul 'Air Tangan Fizo Omar'. Hatta bab menjahit pun, kekadang golongan lelaki juga lagi kedepan dari kita. Tak begitu?
namun bukan semua perempuan lahir je pandai menjahit. Kekadang nak masukkan benang ke dalam jarum pun tak lepas Mana taknya, masuk benang ke dalam jarum peniti memang sampai kiamat takkan masuk!


Macam akak ni haaa, peralatan menjahit semua kenal. Bahkan mesin jahit pun pandai gerakkan dan tekan tapi skills tu tetap tak dapat. Kena masuk kursus dulu, berguru dulu barulah pandai agaknya kan? So, sesiapa yang minat dan teringin belajar menjahit tapi tak de skills dan tak mampu pergi kursus, ini ada buku yang menunjukkan cara-cara belajar membuat baju dengan cara yang paling asas. Pada peringkat awal, penulis buku, Yasalma memperkenalkan cara menjahit baju kurung untuk anak patung. Kemudian, diikuti dengan langkah seterusnya menjahit baju kurung yang sebenar.


Ya, inilah buku tersebut.
Oh Mudahnya Buat Baju Kurung

Hari tu ada nampak buku ni kat MPH. Tapi, tak sempat menyelaknya. Hari ini ada pulak promosi di program Nasi Lemak Kopi O. Dengan penerangan dan model-model baju (testimoni dari pembaca buku) yang ditunjukkan oleh penulis di tv terasa teringin pulak nak memiliki buku tersebut. Yelah kan, kalau pandai buat baju sendiri kan senang. 

So, for those yang berminat, silalah cari di kedai buku MPH yang berdekatan anda atau layari Karangkraf Mall. Kena beli dan try buat baru tahu kan? All the best!

*Pppssstt: My sister sangat pandai menjahit, tetapi sebab cara dia buat baju guna pola macam-macam tu pening kepala akak tengok jadi macam susah nak belajar. Sebenarnya itu hanya alasan akak MALAS belajar. Harini baru menyesal sebab tak belajar dengan dia....tapi masih belum terlambat kan. Kalau mampu banyak kelas menjahit yang boleh kita follow. Macam kawan akak si Najwa. Sekarang dah pandai menjahit pelbagai baju, kain tudung, langsir dll. Boleh buat duit tau:) Tahniah beb:)

2 comments:

Anonymous said...

haha tina mmg tak reti langsung menjahit ni, kekadang rasa rugi tapi tahlah, penah gak belajar dgn mak dulu tapi sebab tak minat kot, semua pun jadi susah

Imah ;D said...

blajo..jgn x blajo...:D