Tema baru








Apa khabar semua? Lama tak bersua di alam maya kan? Moga korang semua sehat dan ceria hendaknya di tahun baru 2012.

Maafkan akak sebab lama tak meng'update' kan blog ini. Kata blog kesayangan, tetapi dibiarkan bersawang kan? Apakan daya, aral melintang di tengah jalan.....

Sempena tahun baru ni, akak pun ingin tumpang sekapal ambil mood baru dengan menukar layout blog. Kalau ada yang tak berkenan atau tak suka, akak minta maaf sebab akak dah jatuh suka. Biasalah lain orang, lain taste masing-masingkan. Tak perlu nak paksa orang lain untuk suka apa yang kita suka dan kalau sesuatu hal itu kita tak suka, jangan pula dikejikan minat mereka itu.

Contohnya kan, kalau korang tak de azam baru tahun ini, jangan dikutuk orang yang bersemangat nak tunaikan azam lama tak tertunai di tahun-tahun lepas. Yang penting, bagi yang ingin menunaikan azam tahun-tahun sudah tu, teruskan berusaha dan jangan putus asa kan? Pedulikan pada kata-kata orang yang hendak melemahkan semangat juang korang tu...

Jangan pandang belakang, maju ke hadapan!

KAK AINA: Tak ada azam baru. Azam lama pun tak ada. Yang ada cuma angan-angan, hajat hati dan harapan. Hopefully, tercapai. Eh, bukan ke sama maknanya dengan azam????? (lain kan..kan..kan..) :D

4 comments:

chuy4 said...

layout cantik.. tpi mata berpinar baca sebab ada shadow huhuhu.. ke mata saya yg da spedo ni

Aina said...

Chuya,

a'ah memamng ada shadow...default font mcm tu.tapi akak dah tukar yer. hehe thanks:)

nurul said...

yes i like.. especially bhagian atas,
tulisan tajuk entri pon ok..tp nape byk ngat jenis tulisan.eheheh

Aina said...

nurul,

masa pilih template ni, dia memang dah ada tulisan yang siap setting (default).apapun dah selongkar script tukar mana yg patut.

thanks atas komen membina:)