Kembali ke normal

*Salam sejahtera*

Alhamdulillah selamat kembali ke laman usang yang kutinggal lebih seminggu beraya...gembira dapat bersua kembali dan harapnya semua sehat dan ceria memulakan hari pertama minggu ini. 

Monday blues?
Kat rumah ni, aktiviti akak sebagai ibu tetap berjalan sama seperti biasa. Kalau ada pun yang melekat simptom Monday Blues tu ialah anak-anak sebab harini terpaksa ke sekolah sudah....sejak malam tadi malas je mood memasing. 

Macam mana raya korang?
Raya tahun ni giliran di rumah mertua dahulu. Raya kedua baru balik ke Raub, di mana kampung halamanku bertapak. Alhamdulillah syukur sebab tahun ni perjalanan kami di jalan raya amat lancar tanpa diganggu oleh kesesakkan melampau. Mungkin pengguna semua semakin bijaksana dalam menyusun jadual perjalanan masing-masing. Sisa 2-3 orang yang 'bodoh sombong' tu yang suka hati  memotong secara merbahaya dan melanggar aturan lalulintas memang masih ada. Macam diorang seorang sahaja yang nak cepat sampai.

Yang bersuka dan yang berduka
Tak dapat dinafikan ada yang mengalami kesedihan dalam masa kita bergembira. Itulah lumrah alam. Dalam apa jua keadaan kita mesti bersyukur pada-Nya supaya di dalam apa jua situasi suka atau duka kita tidak akan lupakan-Nya.

Rumah terbuka?
Selamat meneruskan hari raya kita di banda pulak yer. Rumah terbuka mesti banyak serata ceruk setiap hujung minggu kan? Selamat menternak lemak dan kolesterol lah yer..hehe

4 comments:

Sya_Merpati Putih 88 said...

selamat kembali berbloging..=)
smoga kak aina sihat sejahtera dan ceria2 selalu..

dayahdayah papejerlah said...

hidayah says:biler nyerr nak upload pic raye???dah tak sabar nie...pic yah jgn lpe ambek

Pak Pis said...

Jom berblogging balik kak huhuhuhu...cuti sudeh habis..

Raya saye Ok ok aje..Happy gak

Aina said...

hurm tengah tak sehat pulak.mood pon malas jerk.so sorry guys:(