Kita di Malaysia lebih beruntung

Nenek mati berbaris 12 jam

MOSCOW 24 Sept. – Seorang wanita Rusia berusia 74 tahun meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung selepas lebih 12 jam berbaris untuk menjalani pemeriksaan kastam ketika melintasi sempadan dari China.Ketika kejadian, wanita berasal dari bandar Borza di Siberia itu beratur di tempat pemeriksaan kastam di bandar Zabaikalsk selepas melancong ke China. 
“Dia tiba-tiba rebah dan pengsan. Pemeriksaan ke atasnya mendapati jantungnya tidak lagi berfungsi,” kata pegawai di agensi pelancongan, Roza Vetrov kepada Interfax. – AFP
Yelah sudah ajal dia meninggal cara tu...tapi syukur kan, di Malaysia golongan warga emas dilayan dengan baik. Selalunya mereka mendapat laluan yang mudah berbanding golongan muda/sehat/sempurna....
Alhamdulillah. Saya sayang Malaysia dan bangga menjadi anak Malaysia. Semoga Malaysia kita terus aman makmur dan sejahtera di bawah lembayung rahmat Allah.

Amin.

0 comments: