*Salam Sejahtera*
Entri sebelum ni (Hidung berlari)ada tunjuk pic anak-anak demam. Almustofa demam panjang dari yang lain sebab dia juga kena sakit gigi. Gusinya bengkak jadi terpaksa makan ubat tahan sakit dan antibiotik. Naseb baik tadika dia cuti panjang sampai hari Rabu. Jadi tak perlu ponteng sekolah.
Masa hari balik ke KL, Ahad tu dah bawa ke klinik. Tapi Klinik Nooriah dan Klinik Zalinda ditutup pada hari tersebut. Nasib baik ada 1 lagi klinik gigi yang berdekatan dibuka. Klinik Pergigian Hazwan & Alia. Terletak di blok bangunan bersebelahan, sebaris dengan Klinik Pusrawi Taman Permata dan selari juga dengan kedai Hari Hari. Haaa...senang je kalau nak cari kan?
Haaa ini signboard klinik. Kat sini doktor lelaki ada...lagi 2 klinik, doktor perempuan sahaja...
Klinik Hazwan & Alia ni dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Jumaat cuti.
Hari Isnin - Khamis, Sabtu buka pagi sampai 8.30 malam tapi hari Ahad sampai 6 petang.
Jadi bila hari Rabu tu masih demam, akak pun bawaklah dia ke Klinik Nooriah pula. Saja nak dapatkan 2nd opinion sebab doktor cakap gigi dia mesti dicabut kalau tak boleh diselamatkan. Tapi untuk usia 6 tahun, doktor tak galakkan untuk mencabut gigi tersebut. Gigi susu kanak-kanak biasanya akan tercabut sendiri kelak. Almustofa ni advance sikit dari abang Amannya. Luqman masa darjah 1 baru tercabut 1 gigi. Almustofa pulak, 6 tahun dah tercabut 2 batang gigi.
Serba sedikit pemandangan di Klinik Nooriah sempena lebaran ni cantik dengan hiasan gantungan ketupat dan kad ucapan hari raya.
Penat, sejam lebih menunggu giliran
Doktor Nooriah ada, tapi hanya merawat pesakit yang membuat temujanji sahaja...Ada 1 patient tu masuk buat pendakap gigi
Puas pujuk baru nak jumpa doktor gigi sekali lagi. Takut kena cabut gigi macam mak tam dia...
Kami masuk bilik rawatan di mana Dr. Nurul Aqmar kot kalau tak silap baca tag nama pada pintu. Alhamdulillah nasihat beliau sama dengan doktor di Klinik Hazwan. Doktor suruh continue dengan antibiotik dan tambah ubat demam yang baru sahaja. Later Dr. Nurul minta datang lagi untuk buat tampalan pada gigi tersebut. Doktor akan masukkan ubat pada gigi rosak dan menampalnya....Lega Almustofa.
Keluar klinik terus pergi Giant. Banyak benda dia request since ibu dah janji nak bagi apa saja yang dia minta kalau pergi klinik gigi. Alahai....
0 comments:
Post a Comment