Berkumpul di rumah terbuka Aidil Fitri

*Salam Sejahtera*

Terlebih dulu terima kasih kepada rakan-rakan yang menjemput ke rumah terbuka Aidil Fitri masing-masing pada minggu ini dan minggu seterusnya. Seperti tahun lepas, tahun ini juga saya tidak dapat membawa diri dan keluarga turut serta dalam majlis yang dianjurkan. Pasti makanan nan enak bakal terhidang dan paling menyeronokkan berjumpa rakan taulan yang jarang bertemu atau yang dah bertahun tidak bersua muka.

Jem di jalan raya pastinya menimbulkan kesusahan bagi ramai pihak. Namun tak dapat dielakkan. Saya nak bagi beberapa tips dan nasihat kepada famili yang beranak kecil dan bakal menghadiri lebih dari sebuah rumah terbuka. Kemudian bakal pula mengharungi jem dalam perjalanan. Okeh ni tips:

1- sediakan keperluan anak-anak selengkapnya....susu anak, bawakkan baju lebih, pampers, tisu basah, dll yang dirasakan perlu oleh anak-anak. Kemungkinan kita akan balik lewat malam. Pastikan anak mempunyai baju dan seluar panjang supaya tidak kesejukan oleh kedinginan malam dan aircond kereta.

2- sebelum bergerak dari 1 rumah ke rumah yang lain, pastikan masing-masing termasuk ibu, ayah, dan anak-anak yang tidak memakai pampers sudah membuat 'pelaburan' di bilik termenung (toilet). Kekadang dah masuk berkali pun masih terasa nak masuk. Apsal? Sebab minum banyak, lepas tu sejuk dek aircond. 

3- jangan lupa bawak 'angpau' atau duit raya...mana tahu dalam hati dah berniat awal-awal nak bagi anak-anak orang kan. Sekali, bila nak keluar rumah tertinggal pula atas meja..heeee tu contoh.

Apa lagi ek? korang pikirlah sendiri yer. Tips ini kalau korang rasa boleh diguna pakai bolehlah ikut. Sebab tips ni berdasarkan pengalaman kami masa beraya di rumah terbuka yang lebih dari 1 dalam sehari. Almaklum 1 famili ni macam-macam karenah. Jadi kalau tak nak hangin sebab dek jem, elok bersedia fizikal dan mental masa beraya. 1 more kalau dah tau perot tu jenis kelas ekonomi, jadi makan secara bijaksana dan berhemah. Kalau tak bersedialah dengan ubat dan tempah 'tiket' nak masuk bilik termenung. Heeeee...

*Psssttt: Ini citer akak masa beraya beberapa tahun lepas...

".....selepas menghadiri rumah terbuka di Taman Melawati Ulu Kelang kami meneruskan perjalanan ke Puchong pula. Sampai MRR2 jalan jem giler. Pergerakkan slow melow agak mencabar kesabaran. Tiba-tiba anak nak terkencing. Adoi...tak de exit yang boleh keluar. Nak berhenti di tepi jalan memang tak boleh sebab tiada tempat berhenti. Tambahan pula kami berada di lane tengah. Menghampiri Tesco Ampang, di sana ada 1 exit masuk ke Pandan. Tapi jauh lagi. Puas pujuk anak supaya tahan...tahan...dia memang nak terkucil sangat sangat dah. At last pakaikan dia pampers yang sudah expired untuk usianya. Mana muat! Akhirnya habis mengalir ke atas tempat duduk. Alahai sabar jelah. Lepas masuk exit ke Pandan tu cari masjid cucikan dia serba sedikit je sebab tak de baju tukar pula. Mana nak tahu jadi kes cam ni kan? Lepas settle kat situ kami patah balik ke Ulu Kelang. Apa lagi balik rumahlah.....perjalanan balik sangat sangat lancar. Memang laluan MRR2 Ulu Kelang-Ampang menghala ke Cheras memang selalu jem giler...so, jadikan kisah saya ni sebagai teladan....."

0 comments: