Sukarelawan Dan Media Malaysia Perlu Diberi Latihan: Akak setuju!


Sukarelawan Dan Media Malaysia Perlu Diberi Latihan
SEMPORNA: Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sudah tiba masanya sukarelawan dan media dari Malaysia diberi latihan tertentu sebelum melaksanakan tugas untuk misi kemanusiaan luar negara. 
Beliau berkata selain diberi baju kalis peluru, sukarelawan berkenaan perlu diberi latihan berkenaan sebagai persediaan menghadapi saat-saat genting. 
"Setiap sukarelawan yang akan keluar negara selain diberikan perlindungan baju kalis peluru, mereka juga harus diberi latihan terlebih dahulu untuk menghadapi saat-saat genting," katanya ketika ditemui pada satu majlis perkahwinan di sini, Ahad. 
Beliau mengulas insiden jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat terkena peluru sesat pada Jumaat ketika mengikuti misi kemanusiaan di Somalia. 
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu yang mengenali Allahyarham sebagai seorang petugas yang berdedikasi turut menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Noramfaizul. 
Katanya Allahyarham pergi sebagai rakyat Malaysia yang sanggup mengorbankan nyawa justeru setiap rakyat Malaysia menghargai pengorbanannya. - BERNAMA [sumber]

Kejadian yang berlaku di kala Syawal masih diraikan amat menyentap perasaan semua rakyat Malaysia. Namun ada pengajaran yang boleh dijaadikan iktibar. Saya sokong dan setuju dengan cadangan datuk Seri Shafie ini. Kekadang keterujaan dan semangat berkobar untuk memberikan bantuan dan membantu orang lain melangkaui rasa takut dan gentar. Saya sangat kagum kerana umpama pergi berperang mereka sanggup meredah pelbagai risiko untuk memastikan misi kemanusiaan dan Lillahi Taala itu berjaya.

Semoga kepergian alllahyarham Noramfaizul ke sisi -Nya diiringi rahmat dan redha Ilahi sebagaimana redhanya ibubapa yang melahirkannya. Moga beliau juga mendapat tempat baik baik bersama kalangan syuhada'. Naik roma dengar ucapan dan senyuman dalam tangisan ibunya yang memberitahu wajah allahyarham manis je...cantik. Subhanalllah, Masyaallah. Semoga isteri dan anak-anak allahyarham sabar dan cekal menghadapi liku hidup di masa akan datang. 

Buat sukarelawan dan pejuang misi kemanusiaan, teruskanlah melangkah dengan berani dan cekal. Jangan takut, jangan gentar! 

NORAZRINA JAAFAR menyiram pusara Allahyarham suaminya, Noramfaizul sambil mendukung anak mereka, Mohd. Naufal, 3, di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selangor semalam.

2 comments:

juanita said...

Saya sgt2 setujuuuuuu

Pak Pis said...

Saye Tumpang setuju...dan kalo nak di-ikutkan Pakain kalis peluru dan segala jenis peralatan keselamatan perang perlu untuk wartawan yang membuat Liputan di Negara2 yang sedang dalam pergolakkan