Hanya logo halal JAKIM diiktiraf

*Salam Sejahtera*


Usaha kementerian untuk meletakkan hanya 1 logo sebagai tanda halal amat dialu-alukan. Akak sangat menyokong usaha baik ini sebab dapat membantu umat Islam dalam memilih produk makanan yang betul-betul bersih tanpa rasa keliru dan stress.


Tapi, korang termasuk dalam kumpulan pengguna yang sebelum membeli check tanda halal dulu tak?

Bukan nak kata orang lain, akak ni pun kekadang alpa jugak lebih-lebih kalau nak cepat, capai je depan mata barang yang diperlukan, dan bayar dekat kaunter. Bila balik rumah barulah sedar logonya bukan logo halal Jakim. Tak pun logo halal tu logo dari badan/persatuan Islam negeri atau negara luar (untuk produk luar). So, cemana tu? Korang akan buang or tibai aje?

Untuk makluman, berkuat kuasa Januari 1, 2012 semua orang tiada alasan lagi untuk berasa keliru bila melihat produk yang berlogo bukan logo halal Jakim. Sebab mulai dari sekarang(entri ini ditulis pada September 2011), semua pihak sama ada pengeluar barang makanan, barang pakai, kosmetik, premis makanan, hotel, restoren dll mestilah memohon sijil halal dengan logo halal Jakim sahaja.  


Jika masih terdapat pengusaha yang menggunakan logo halal lain di premis atau atas label produk mereka, maka mereka ini boleh dikenakan tindakan didenda. Pengguna boleh membuat aduan atas kesalahan tersebut.

Tapi ada produk yang terkecuali dari diletakkan label halal. Jadi janganlah takut nak guna atau beli:
Ringkasnya kesemua bahan asli yang tidak melalui proses pengubahsuaian, penambahan dan pemeraman adalah bahan yang tidak tersenarai bagi permohonan halal. Selain itu ke semua obat-obatan atau keluaran farmaseutikal tidak termasuk dalam pensijilan halal ini kerana ia keperluan darurat kepada pesakit. Begitu juga sesuatu pengeluar jenama produk yang sudah dikenali tidak halal adalah tidak akan diproses permohonannya walaupun produk yang akan dikeluarkan tersebut masih tidak bertentangan dengan syarak. Tindakan ini untuk mengelakkan kekeliruan dan keraguan kepada masyarakat umum. Seterusnya makanan binatang khususnya yang tidak halal seperti kucing .

Ini adalah kerana binatang tidak dikenakan sebarang taklif dosa-pahala seperti manusia. Sebagai jaminan keselamatan pengguna, logo halal tidak dibenarkan dicetak pada bahan gunaan yang berisiko seperti bahan cecair pencuci dan sijil halal hanya dikeluarkan kepada pemohon sahaja. 

Secara ringkasnya antara beberapa katogeri produk yang tidak layak membuat permohonan halal ialah :
  1. Bahan asli atau nature,
  1. Ubat-ubatan,
  1. Jenama produk yang memang terkenal tidak halal,
  1. Makanan untuk binatang(pets) kalau ternakan untuk dimakan wajib halal sebab kita nak makan dagingnya kan...
  1. Pewarna rambut. [Sambung baca kat sini....]
Tanggungjawab kita sebagai pengguna. Gunakan KUASA kita!

Bagi merealisasikan usaha kementerian dan pihak berkuasa ni, rasanya kita sebagai pengguna mestilah lebih cakna dan berani bersuara jika terdapat pengeluar yang degil dan tidak menukar logo halal lama mereka. Bagaimana kita nak bersuara? Kalau pergi kedai mamak, hotel tu silalah lihat, baca dan tanya sebelum makan. Kalau malu nak tanya janganlah pergi makan kat situ. Kita tak mati kalau tak makan kat kedai tu kan? Pengusaha itu yang rugi sebab pelanggan tak datang makan nanti...

Kalau membeli tu kita kena baca dan semak label dulu. Lihat ada tak logo halal Jakim padanya? Kalau ada baru beli. Kalau tak de letak balik. Boleh tanya pada pihak kedai atau juru jual adakah produk baru. Mana tahu depa letak stok lama kan. Kebanyakan produk dalam tin tarikh luput lambat lagi. Kalau produk yang dikeluarkan hari ni, mungkin 3 tahun lagi baru expired. Tapi logo di atasnya logo halal yang lama. Cemana nak buat tu? Kalau korang tak nak rasa was-was better tak payahlah beli....

Since benda ni dah nak dikuatkuasakan, maknanya mungkin tak wujud kepincangan dan salah guna logo halal? Jalan selamat, pilihan di tangan kita dan hanya kita boleh buat keputusan. Tiada siapa yang paksa pun...




UPDATE  MEI 2012: Logo halal luar negara akan ditentukan kemudian statusnya oleh Jakim boleh disemak dekat sini (pdf) >> SENARAI BADAN ISLAM / LOGO HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF OLEH JAKIM 

Di Malaysia, logo halal Jakim yang SAH!!! 

Yang ini semua KANSEL!!
Beware!!!!

Berita di akhbar Utusan Online:
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 28 Sept. - Berkuat kuasa 1 Januari 2012 hanya logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahaja yang boleh diguna pakai dan diiktiraf di seluruh negara. 
Serentak itu, semua sijil halal sedia ada terbatal pada malam 31 Disember dan semua pihak perlu mengemukakan permohonan baru kepada pengeluar tunggal iaitu Jakim.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu sejajar dengan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 dan Persijilan Halal yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 11 Julai lalu bagi menggantikan Akta Perihal Dagangan 1972.
"Untuk logo halal ini, pihak kita akan menguatkuasakannya pada 1 Januari 2012, bermakna selepas itu tidak ada lagi logo halal lain selain Jakim boleh digunakan, terutamanya di premis makanan dan restoran.
"Kalau ada yang gunakan logo lain, kita boleh ambil tindakan iaitu denda RM250,000 dan tiga tahun penjara bagi syarikat atau kedua-duanya sekali, manakala bagi individu denda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusof.
Menurutnya lagi, 53 logo sijil halal dari luar negara juga akan ditentukan statusnya oleh Jakim.
Ismail Sabri menjelaskan, semua Jabatan Agama Islam negeri akan memproses permohonan peniaga dan pihak industri sebelum dihantar ke Jakim untuk tujuan pengeluaran sijil logo halal.
"Saya nasihatkan para pengusaha restoran yang sijil halalnya akan tamat sekarang atau tahun depan memohon secara 'dalam talian' dengan Jakim tanpa perlu menunggu sehingga akhir tahun kerana proses kelulusan kira-kira sebulan,'' katanya.
Sementara bagi pihak industri pula, jelas beliau, Jakim bersetuju menangguhkan selama setahun kerana ada yang telah membuat cetakan dalam jumlah yang besar.
Menurutnya, penguatkuasaan itu akan melibatkan lebih 1,500 pengusaha premis makanan dan industri.
Bayaran permohonan untuk memperbaharui sijil logo halal ialah RM100 untuk kedai makan, RM400 untuk industri kecil dan sederhana manakala RM700 buat syarikat multinasional.
KAK AINA: Pesanan buat adik-adik semua ya, biasakan merujuk dengan Jakim (check kat website rasmi Jakim) tentang apa sahaja beritta mengenai halal/tak halal sesuatu produk/premis/syarikat. Jangan 100% percayakan emel berantai, message foward dan cakap mulut orang sebarangan. Untuk mempercayai suatu kes/kejadian kita perlukan bukti/fakta kes. Pasal susu keluaran Abbott tak halal, akak semak dekat direktori halal jakim tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengenai produk/syarikat berkenaan. Ini kerana sijil halal diperolehi dari luar negara. Korang try check dekat ifanca pulak....Yo..ada status halal kat situ!logo sebagaimana yang tertera pada tin...

War-warkan...

0 comments: