Korang ada moyang?

*Salam Sejahtera*

Memiliki keluarga yang besar memang menyeronokkan kan? Alhamdulillah famili saya besar terutamanya sebelah mak. Selepas moyang saya bercerai mereka berkahwin lain, jadi adik beradik aki saya pun banyak. Hubungan kekeluargaan tersebut tidak pernah terputus dan sentiasa erat sampai sekarang. Ketika saya  di alam sekolah, saya bangga sangat sebab mempunyai ramai 'datuk' yang muda belia semuanya...hehe

Kalau terjumpa di tengah khalayak, kami akan bersalaman macam biasa. Kalau orang tak tahu mesti pelik kenapa bersentuhan dengan bukan mahram. Masa usia lebih muda dari itu saya pernah diusik. Ketika nak solat datuk muda akan sentuh dan mengatakan batal wuduk saya. Aduhai...kompius masa tu. Kena amik wuduk sekali lagi??? Dia pulak gelak-gelak dan cakap tak batal lah! Lama-lama baru saya faham hubungan kami...

Ini 'Tok We' saya...Berdiri pakai baju hijau. We pangkat dia di sebelah kami. Kalau belah dia dan adik beradiknya, kalau tak silap pangkatnya lain pulak. Gambar ini diambil ketika beraya di rumahnya baru-baru ini di Taman Amalina Raub. Tok we saya seorang guru pendidikan khas (cacat pendengaran). Sampai sekarang dia masih berkhidmat untuk kerajaan. Anak-anak saya panggilnya moyang We...

Korang ada moyang lagi?

Alhamdulillah saya sempat mengenali arwah moyang-moyang saya. Kenangan dengan moyang lelaki saya tak berapa ingat. Kalau dengan moyang perempuan memang jelas dalam ingatan. Walaupun usia masa tu di bangku sekolah rendah, masih ingat bagaimana setiap kali ada peluang ke rumah moyang kami akan mandi manda di sungai bersama. Hatta dengan moyang (mak tiri aki) kami pun tetap rapat.

Ini ialah ahli keluarga moyang(mak tiri aki) saya. Tok We saya paling kanan tu. Kacak kan? Hee..Masa beraya rumah tok we baru ni, dia tunjukkan pic ni. Down memory lane....

Moyang perempuan ni anaknya semua lelaki. Sebenarnya ada perempuan seorang tetapi meninggal dunia ketika usia muda. Allahyarhamah meninggalkan sepasang anak. Yang perempuan yang pakai baju merah tu, Nda(bonda) Aini. 


Ketika moyang saya sakit, Tok Kechik yang jaganya. Tok Kechik anak lelaki paling bongsu, tetapi dia tak de dalam gambar di atas. Setiap kali ke rumah moyang, saya melihat sendiri Tok Kechik mendukung moyang setiap kali ke bilik air untuk mandi dan sebagainya. Kagum saya. Sampai akhir hayat moyang dia berkhidmat. Moga anak-anak lelaki saya pun boleh diharap macam dia juga...Insha Allah, Amin.

0 comments: