Lepas ni siapa pulak?

*Salam Sejahtera*

Segala pujian dan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hidayah-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih.  Sebagaimana firmannya.....


A082
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (Yaa Siin 36:82)


Saya merujuk kepada kisah Diana Amir. Pelakon yang masih muda, yang genit, cantik, berpotensi menjadi lebih popular dan mencari lebih banyak wang peluang berlakon....

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama
"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.
"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.
Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.
"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.
Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.
Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang. [SUMBER]
Selepas Irma Hasmi, Raja Farah, kini giliran Diana Amir pula. Agak-agak siapa pula selepas ini ye? Hanya Allah yang tahu....Sesungguhnya semua ini atas kehendak Dia kerana Dia yang memberi dan Dia juga akan mengambil balik apa yang dipinjamkan kepada kita di dunia ini. 


ayat-seribu-dinar
Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Berkaitan dengan kerjaya lakonan, jika ada rezeki Insha Allah tidak kemana Diana. Walaupun ada sesetengah pelakon bertudung mengeluh susahnya nak dapat job, itu semua ialah dugaan yang hadir untuk menguji keimanan. Insha Allah semoga lebih ramai wanita akan bertudung selepas ini....dan bukannya membuka atau merendahkan tudung mereka untuk keselesaan diri, fesyen dan tuntutan duniawi....
Mereka sudah berhijrah .....

......kita bila lagi???? (peringatan untuk diri sendiri terutamanya)

0 comments: