*Salam sejahtera*
Padah kalau buat jahat. Sama ada dibayar cash di dunia, atau diterima kelak ganjarannya diakhirat. Sempat bertaubat, Alhamdulillah...tapi kalau mati dalam kesesatan...hurmmmm...hanya Allah yang tahu balasannya. Nauzubillah. Oleh itu, nak buat jahat fikirlah banyak kali! Kesan buruk atau balasannya kelak bukan hanya jatuh ke atas diri pelaku sendiri bahkan tempias kepada orang yang di sekelilingnya. Sama ada keluarga dia yang akan menanggung malu atau masyarakat yang turut merasa kesannya.
*Psstt: kekadang nak buat baik pun terpaksa berpada-pada dan fikir panjang. Almaklumlah banyak sangat orang mengambil kesempatan pada masa sekarang ni. Tambahan dengan sifat berdengki khianat dan busuk hati sesama manusia. Haihh...
Inilah kejadiannya....
Mangsa dibunuh penyamun mabuk
JOHOR BAHRU – Dua penjenayah masing-masing bersenjatakan parang bertindak kejam apabila menetak sampai mati seorang kontraktor sebuah syarikat perkapalan manakala isteri kontraktor itu pula dicederakan dalam kejadian rompakan di Jalan Tasek 24, Bandar Seri Alam dekat sini kelmarin.
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan kedua-dua penjenayah itu selepas mereka berang apabila gagal masuk ke bilik pasangan itu untuk mencari barangan berharga.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, mangsa yang terbunuh, S. Vijayaratnam, 47. Vijayaratnam meninggal dunia di Hospital Pakar Regency di sini pada pukul 12.04 pagi akibat mengalami kecederaan teruk di belakang kepala.
Isteri Vijayaratnam, G. Vijayalakshmi, 45, pula cedera di dahi dan belakang badan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama. Wanita itu dilaporkan stabil.
Seolah-olah menerima balasan, seorang penjenayah yang berusia 39 tahun turut ditemui terbunuh apabila kereta Proton Perdana milik Vijayaratnam yang dilarikan penjenayah itu terbabas lalu merempuh sebatang pokok.
Seorang lagi rakan penjenayah itu yang berusia 31 tahun pula cedera parah dalam kemalangan itu. Kedua-dua suspek itu merupakan warga tempatan dan semasa kejadian mereka disyaki berada dalam keadaan mabuk.
Kemalangan itu berlaku kira-kira satu kilometer dari rumah teres dua tingkat milik pasangan itu. [sumber] [baca kat sini juga]
0 comments:
Post a Comment