*Salam Sejahtera*
Ingatkan boleh kembali blogging macam biasa...tapi 1 rumah tak berapa sehat. Rasa macam nak demam pun ader ni. Mula-mula Addin dan Almustofa demam sejak dari kampung lagi. Addin dah sehat tapi Almustofa masih lagi demam. Mungkin ditambah dengan sebab giginya sakit. Ajak cabut tak nak. Takut lah tu. Kalau esok still demam, mungkin akan dipaksa untuk ke klinik. Have to!
Harini ibu, abah dan abang Aman pulak sambung berjangkit. Asyik duk bersin dan hidung pun asyik bunyi jer...Adooiii..
So, ampun banyak-banyak yer, sebab tak boleh nak update dan upload gambar raya. Kepada adinda-adinda kat kampung tu sabar lah ye. Tak sabar kan nak tengok pic hokmeh posing cunlah tu yer. Har..har..har..
Tangkap satu dulu okeh. Pic dalam kereta. Demam sangat-sangat lah Almustofa tu sampai mata pun kuyu..Addin tekap tuala basah di kepala sepanjang jalan. Masing-masing tak mo tampal cool fever kat dahi, tapi nak tampal kat belakang badan jer..huhu
*Pssstt: Tahniah buat Hasnita Hassan dan Norfaizuryana yang sama-sama beroleh baby boy pada Syawal ini....sekufuklah kita yer. Hehe...Alhamdulillah, moga semua jadi anak soleh dunia akhirat. Amin.
0 comments:
Post a Comment