GST? Semua orang sebut pasal GST..apa GST? Tetiba aje orang nak marah kerajaan, aku pun nak marahlah! Aku pun nak bantah GST!
Boleh?
Sebenarnya saya sendiri ada kekeliruan tentang GST atau goods and service tax ini. Sebelum ini saya sebut G=government, rupanya goods. Maksud dalam melayunya, cukai barangan dan perkhidmatan. Bukan cukai kerajaan. Nampak? Kat situ pun dah nampak ada yang kurang pengetahuan. Macam sayalah tu... Ia kerana kurang membaca atau kerana tiada penjelasan kepada umum? Err..saya kurang membaca kot
Jadi, bila kerajaan sudah memutuskan untuk melaksanakan pada 1 April 2015, ada yang bangkit membantah. 6%, banyak tu... Sudahlah harga gula ditarik subsidi, sekejap lagi harga barang naik dan ditambah dengan cukai baru tentu sahaja ia menekan rakyat marhaen macam kita kita, awak awak dan saya. Kalau awak masih meminta duit dengan mak ayah, mungkin tak tahu perasaannya penat lelah mengerah titik peluh dan otak sampai stress mencari sesen duit. Bagi yang sudah bekerja sudah tentu lebih faham, lebih-lebih selepas dapat gaji, semua duit akan dihabiskan untuk membayar hutang PTPTN, sewa rumah, lone kereta dll. Jika sudah berkahwin dan ada anak, duit nak membeli lampin anak, susu anak, bayar sekolah anak dll. Pendek cerita semua orang ada tanggungan masing-masing.
Sebenarnya kenyataan di atas ialah salah. Ya salah tentang GST. Rasanya bukan saya seorang berfikir demikian. Maka kita masih ada tempoh setahun lebih untuk difahamkan apa GST itu dan akhirnya menerima dengan rela... atau terpaksa rela.Jadi apa yang betul atau salah kefahaman kita tentang GST?
1- GST tidak dikenakan ke atas semua jenis barang. Barang tertentu sahaja. Jadi jelaskan apa barang yang ada GST dan tak. Kalau sesiapa yang tak mahu membayar GST bolehlah dia mengelakkannya. PM sudah memberitahu bahan makanan asas dan perkhidmatan awam tidak akan dikenakan cukai. Tapi, apa lagi?
2- GST bukan cukai baru dan tambahan terhadap cukai sedia ada. GST ialah cukai yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan pada masa kini.
Berapa ye cukai jualan dan perkhidmatan sekarang? Sampai tak 6%? Haa...kalau ia kurang dari 6% dan GST nanti 6%, maka terbebanlah kita! Tapi, kalau cukai jualan dan perkhidmatan sekarang lebih 6% dan digantikan dengan cukai baru iaitu GST sebanyak 6% sahaja, maka ia mungkin membantu.
Itu apa yang dijelaskan oleh PM semalam. Rakyat sebenarnya perlukan lebih pencerahan dan banyak penerangan supaya boleh menerima maksud kerajaan untuk melaksanakan GST ini dan kami akan lebih bersedia apabila masanya tiba.