Siapa 14 artis/selebriti yang akan 'berlakon' dalam BOLA KAMPUNG?

 
KUALA LUMPUR: Siri animasi televisyen popular terbitan tempatan iaitu Bola Kampungyang telah ditayangkan di 16 buah negara bakal diangkat sebagai sebuah filem dengan meminjam 14 suara selebriti terkenal bagi mendukung watak dalam filem itu. 
Pengarah Urusan Animasia Studio, Edmund Chan berkata, dia terharu dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh kesemua selebriti terlibat dan menganggap ia adalah satu petanda baik dalam memajukan lagi industri perfileman dalam bentuk animasi di negara ini. 
"Sejujurnya setiap pelakon, penyanyi, pelawak dan penyampai radio yang kita undang untuk berganding dalam pembikinan filem ini tiada seorang pun menolak. 
"Mereka benar-benar teruja apabila diberitahu siri yang popular di kalangan kanak-kanak ini akan diangkat sebagai sebuah filem," ujarnya semasa berucap di majlis pelancaran filem Bola Kampung - The Movie di sini pada Selasa. [berita selajutnya..]
Kolaborasi para selebriti ini pasti menarik walaupun sekadar menyumbangkan suara emas mereka untuk watak-watak animasi tersebut. Bagi yang dah biasa menonton series, pasti agak janggal sedikit telinga apabila ke filem suara Iwan, Santokh dll tetiba jadi lain kan...

14 selebriti tersebut ialah:

  1. Aizat Amdan
  2. Mamat (Sepah)
  3. Steven Tan
  4. Baki Zainal
  5. Noh (Hujan)
  6. Douglas Lim
  7. Rahim Omar
  8. Deanna Yusoff
  9. Adila Shakir
  10. Harun Salim Bachik
  11. Harris Alif
  12. Aznil Nawawi
  13. Ezlynn
  14. Afdlin Shauki.


0 comments: