Bunga-bunga syurga



Slot Zehra, TV3 menampilkan siri baru berjudul Bunga-bunga syurga, hasil karya penulis hebat Sharifah Abu Salem. Kalau hasil bukilan beliau, pastilah bersamanya produksi aktor tersohor Rosyam Noor, Suhan Movies.

Siapa menonton malam tadi? Episod pertama ni ok juga....Pengenalan kepada semua watak utama. Kak Aina berkenan sangat tengok Wawa Zainal bertudung melakonkan watak Safiyyah. Sebenarnya ini kali pertama akak menonton lakonan beliau. Sebelum ini hanya tahu namanya disebut di dada-dada akhbar dengan pelbagai kisah kontroversi dan disebabkan itu malas nak ambil tahu siapa empunya diri tersebut.

Namun, di dalam siri ini penampilan Wawa sangat ayu di sebalik hijab. Boleh celen Cik Lofa dan Cik Ta gitu:) hehe...yelah yelah, cantik atu subjektif. Lain orang lain pandangan matanya.

Apapun, bagi yang terlepas episod 1 ini sila ke tonton.com.my untuk siaran ulangan. Sinopsis cerita ini baca di sini.  Bunga syurga? Apa agaknya ye? mungkinkah merujuk kepada anak-anak? Jangan lupa tonton sampai episod akhir untuk tahu jawapannya...

KAK AINA: suka ending drama Suhan Movies mesti ada tag 'Terima Kasih Allah' ...

0 comments: