Berpantang zaman sekarang dah tak macam dulu

Baby Danish Amsyar sudah sebulan....5.2kg
Masa zaman mak Kak Aina berpantang (kerana melahirkan adik), akak selalu tolong panaskan tungku dan masakkan air akar kayu. Bukan sahaja mak, tetapi emak saudara juga kerana masa itu kami semua tinggal serumah di rumah peninggalan arwah wan di kampung. Uniknya, batu tungku dan air akar kayu masaknya menggunakan dapur kayu yang perlu ditiup manual untuk menghidupkan apinya. Kalau tak betul tiupnya, habis asap dan debu dapur masuk ke mata.

Teringat satu kisah kelakar, ada satu kali tu akak tersilap membuat air susu untuk adik sepupu yang masih kecil dengan mencampurkan sedikit air panas dari air rebusan akar kayu emaknya. Bila diminum, sudah pastilah tak sedap. Kesian adik sepupu Kak Aina kerana minum air susu botol dengan rasa akar kayu. Apa nak buat, anak dara baru belajar buat kerja rumah masa tu, dan ada kalanya ter'silap' langkah juga.

Berbeda di zaman sekarang. Amalan berpantang sudah kurang tegar amalannya. Tidak dinafikan masih ada yang cekal hati dan patuh dengan amalan turun temurun nenek moyang kita, namun akak percaya ramai yang ambil mudah sahaja lebih-lebih lagi kalau tempoh berpantangnya dijalani di rumah sendiri sahaja. Itulah yang terjadi bila anak ke 3 dan 4 Kak Aina hanya berpantang di rumah sendiri di KL. Memandangkan anak sudah bersekolah, jadi tak betah hendak meninggalkan mereka dengan abah mereka sahaja. 

Bila suami ke tempat kerja dan anak-anak bersekolah, akak menguruskan rumah seperti biasa. Bila emak dan mertua datang berkunjung, masa tu barulah sibuk sorok penyapu, pakai stokin dan duduk diam-diam. Kalau tidak, sediakan telinga luas-luas untuk mendengar ceramah free. Hehe..


Baru-baru ini adik ipar datang ke rumah. Sehari sebelum dia berangkat balik ke kampung halamannya di Sarikei. Dia yang masih dalam tempoh berpantang siap memasak spaghetti untuk makan bersama-sama. Dia hanya ketawa bila diberitahu masih dalam pantang, dah makan spaghetti. Tidak mengapa katanya, sebab hari-hari dia melakukan sauna dan bertangas di rumah. Tambahan pula, kelak bila sampai di Sarikei emaknya akan 'menyalai' beliau di perdiangan. Teruja juga hendak mengetahui bagaimanakah caranya amalan masyarakat iban di Sarawak itu bagi wanita selepas melahirkan anak. 
Abang adik (Alfatih) dengan adik baby

6 comments:

Tina Othman said...

org sekarag dah tak ketat sangat berpantang, tapi mana yg patut ikut, elok lah ikut

ni dulu penah nampak, anak merah lagi, yg maknya berstokin tapi bawak anak kecik berjalan ke Ikea, kalau kata ke supermarket tu tahan lah jugak, kot bapaknya tak reti nak cari barang, ini ke Ikea saja berjalan lah tu

Aina said...

ain anak 1 dan 2 ok lagi.anak lepas2 tu memang culas bab pantang...:P

Jun said...

salam ain..oooo..akak ingat ade dpt baby baru tadi, hehehe...

Aina said...

Kak Jun,

kalau ada baby baru, mesti mat p citer kat kengkawan kan. anak saudara ni..:D

chuy4 said...

lorrr terkejut tadi.. ingat aina yg bersalin...hehehe

Aina said...

hehe...kali ni nak berehat lama lama sket:D