Majlis Pertunangan

 Hari dinanti akhirnya tiba
Majlis bertunang tradisi kita
Tanda si dara sudah berpunya
Si uda pula bernafas lega

Sireh junjung simbol adat
Hantaran bertukar janji dimeterai
Kasih disemai mencapai sepakat
Di pelamin cinta bakal dirai

 

 
Rombongan datang membawa hajat
Hajat memetik bunga di taman
Bila kata sudah sepakat
Jari dihulur, cincin disarungkan


 

 
Hati berdebar rasa gelisah
Menanti saat hari bahagia
Majlis tunang rasmilah sudah
Moga disatu dek akad pula

 
Selamat bertunang buat adinda ipar Kak Aina, Siti Mariam Daud

Meminang sudah melamar pun sudah
Bertunang dahulu nikah kemudian
Janji dikata harap dikota
Ujian dan badai sama diredah
Segala payah usahlah gundah
Inilah masa mengukuhkan cinta
Saat untuk menguji setia

 
Antara hantaran pertunangan yang mampu disiapkan

 

 
Alfatih dengan Chu


 
Next year, Nurul pulak :)
   
Bersama suku daripada anak-anak buah :)

KAK AINA: Bertunang sebelum kahwin seronok, TAPI kalau terus kahwin lagi lagi seronok :D

4 comments:

nurul said...

amiiinnnn.... mane tau betkat doa ramai..

Eyriqazz said...

wah,sirih..memang mengekalkan tradisi...

P/s : Jemput join

My Pinky Moments Contest

Aina said...

@nurul

Insha Allah, usahakan yer. Makan sireh tak aritu? hehe

@eyriqazz

Nak join tapi tak de pinky photos laa...nnt sy cuba usahakan:)

nurul said...

k.ain... siyes i x sempat nk curi? melepassss...hahahhaa