Kita kena cari mursyid yang betul

 
Semasa Kak Aina melepak di pembaringan sambil menonton tv rancangan kegemaran, suami pula sibuk selongkar galeri Youtube mendengar kuliah agama. Lepas tu dia pasang kuat-kuat speaker, dan sangat lah mengganggu kosentrasi akak yang tengah feeling tengok drama Pelangi Kasih.... geleng kepala.

Ceramah agama, buat apa yang marah kan? Lalu, disebabkan dek kuatnya speaker, sambil mata menonton tv telinga pun turut serta mendengar ceramah ustaz. Topik tak ingat, tapi membincangkan isu kenapa ustaz-ustaz dan agamawan berceramah tetapi suka mengutuk ustaz dan agamawan yang lain.... Lantaran, sudah lama juga terbuku dalam hati ini, kenapa boleh wujud kelompok yang tidak berpuas hati di antara satu sama lain. Lebih teruk, mereka mengutuk dan memaki seolah-oleh pendapat mereka sahajalah yang betul!

Sedih. Sangat sedih lagi menyedihkan....

Bukan hanya dalam soalan berkisar politik, bahkan dalam isu-isu semasa yang tidak disepakati  menjadi pertikaman lidah satu sama lain. Ini berlanjut kepada pengikut masing-masing yang menyebarkan ke serata alam maya....elok kah begitu?

Teringat cerita seorang ustaz di dalam program Halaqah di tv9. Beliau menceritakan tentang bagaimana Imam Shafie pernah suatu ketika ditanya mengenai satu hukum, dia memberikan jawapan mengikut pandangan imam mazhab lain kerana ketika itu dia berdepan di kalangan pengikut bukan mazhab shafie. Bahkan beliau juga sendiri mengaku bahawa tidak semestinya apa yang dia kata benar itu 100% betul dan imam mazhab-mazhab lain adalah salah. Ini kerana mereka bukanlah makhluk yang maksum. Nah, ternyata Imam Shafie sangat menghormati ulamak yang tidak sependapat dengannya!

Kepelbagaian pendapat sebenarnya memberi ruang kepada kita umat Islam untuk berfikiran luas dan  melihat betapa indah Islam serta mudahnya peraturan Islam untuk diikuti. Selagi ia tidak melanggar  hukum yang sememangnya sudah nyata halal dan haram yang tersebut di dalam Alquran. Selainnya, kita boleh mengikut pendapat ijmak ulamak. 

Di sini pentingnya kita mendalami ilmu agama dengan ustaz/ustazah yang betul. Bukan sekadar membaca dan berguru melalui buku.

Berbalik kepada cerita akak dan suami tadi, akak menyusulkan rasa tidak puas hati kepadanya.

"Orang memang suka dengar ceramah yang macam tu. Yang ada kutuk-kutuk dan lawak. Kalau straight ajer orang boring dan tak minat. Sebab tu ustaz .......... popular! " Itu pendapat suami akak.

Dia sambung lagi...

"Contohnya, kalau macam ustaz Don, dia ada program dia kat tv Alhijrah, tambahan pula dia pun agak hensem la..."

Wah, wah laki akak pun kata Ustaz Don hensem. Akak tergelak dengar dia cakap macam tu.

"kiranya dia tu ada rupalah" katanya lagi bila lihat akak gelak. [baca tentang Ustaz Don di sini]

Tapi, perlukah kita nak berdakwah menggunakan cara yang umum suka sedangkan kita patut menukar minda dan cara berfikir masyarakat kita ke arah yang lebih tepat dan betul???

Entahlah, susah kot nak mengubahnya....Lebih-lebih lagi bila berbicara bab politik. Ustaz pun ada ustaz kerajaan dan ustaz pembangkang. Masing-masing seolah-olah harus mempertahankan parti daripada agama. Bila salah satu ustaz menyokong pandangan ustaz pihak lawan, maka wujud perbalahan dalam parti pula. Kata namanya ustaz, kenapa tidak menjadi teladan yang baik kepada umum?

Kak Aina pun bukan pandai sangat bab agama. Ilmu kurang dan banyak jahilnya. Tapi, walaupun wujud kelompok agamawan yang pelbagai cara dan style mereka untuk berdakwah, akak tetap mengambil kira pandangan mereka dalam sesuatu hukum. Kita ada akal untuk berfikir jadi ambillah yang elok dan manis, tinggalkan yang kurang asam tu. Tak semestinya dalam setandan pisang tu semua elok atau semuanya tak elok. Allah tu Maha Adil kepada semua makhluk. Termasuk kepada bukan Islam dan juga haiwan.

Nasihat seorang kakak yang sedang mendalami ilmu agama kepada Kak Aina,

"kita mesti cari mursyid yang betul.....ustaz sekarang ni banyak yang suka mengutuk orang. Kita mendengar pun tak best. Kemudian, banyak bercakap hal politik, daripada persoalan agama yang nak disampaikan..."

Itu pendapat dia. Cuma akak pegang kata-kata di awalnya, 'kita kena cari mursyid yang betul'.

KAK AINA: Ustaz tu kata dia 'nabi'. Kenapa ramai yang percaya dan follow ajaran sesatnya????

0 comments: