Mimpi buruk

Doa bangun tidur..

Alhamdulillah pagi ni dapat lagi melihat matahari terbit di Timur kan? Sangat indah...Segala pujian buat Tuhan kami yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami (tidur). Dan, hanya kepada-Nya kami akan kembali (maksud doa bangun tidur di atas).

Mimpi tak malam tadi? atau sekadar tidur mati? Haha jangan 'Subuh gajah'  sudahlah kan. Maklumlah hari cuti ini saja melambat-lambatkan bangun sebab sayang sangat bantal peluk di tilam.

Mimpi buruk? Ya, mimpi apa malam tadi ek....mmm kekadang mimpi ni bila bangun tidur terus lupa jalan ceritanya. Kekadang ingat juga sikit-sikit, tapi ending pula lupa. Tapi, Kak Aina ingat pula mimpi malam tadi. Mungkin sebab ia mimpi yang menyakitkan hati kot....hahahaha

Nasib baik juga Kak Aina dapat mimpi buruk. Terus mata terbuka luas luas dan hati tu 'bengkek' seketika....mimpi suruh encek somi kahwin lain.. Kalau mimpi indah-indah, mesti sayang nak buka mata sebab nak sambung dan sambung dan sambung mimpi tersebut. Walaupun sebenarnya mimpi tu dah tak nak bersambung, mata punyalah kesian dipaksa untuk pejam dan dalam hati berkata-kata "sambunglah balik..sambunglah...."

Apa jua mimpi kita, baik atau buruk ia sekadar mainan tidur. Itu kata orang yang tak percayakan mimpi. Bagi yang percayakan mimpi bagaimana pula ye? Itulah bahanya orang jenis ini. Ada yang terlalu taksub sampaikan mimpi itu hendak dinyatakan dalam realiti. Contohnya orang yang mendakwa jadi nabi, mendakwa pandai mengubat orang, dan membuat ramalan mengikut apa yang dia mimpikan.

Kemungkinan juga mimpi-mimpi kita terjemahan hidup kita. Buku karya Ibnu Sirin mengenai mimpi menjadi panduan setengah orang mentafsir mimpi mereka.  Namun jangan kita jadikan ia sebagai panduan penuh dalam kehidupan. Hidup dan mati kita di tangan Allah dan bukan di tafsir melalui mimpi. Namun, ada setengah mimpi berulangan harus juga dijadikan panduan untuk menilai diri sama ada ia 'peringatan' dari Tuhan kita. Contohnya mimpi dunia kiamat, dan mimpi mengalami azab kubur. Sebab itu ramai yang kembali ke jalan Allah setelah mengalami mimpi-mimpi berkenaan.

Selain itu ada tanda-tanda mimpi yang menjurus kepada gangguan makhluk halus iaitu jin dan syaitan. Contohnya mimpi anak kecil dan menyusukan mereka [baca sini]. Bagaimana kalau mimpi ular? wah wah kalau anak dara mimpi ular mesti seronok kan?kot kot tak lama lagi nak dipinang orang. Sebenarnya mimpi ular juga satu tanda gangguan syaitan di dalam tidur. Patutlah masa zaman anak dara dulu Kak Aina selalu tidur aje mesti kena 'himpit' dan 'tindih' dalam tidur. Asal nak tidur aje mesti ajak roomate tidur sekatil atau akak terujun katil tumpang di katil member. Huuuu...itu pengalaman masa duduk asrama lah..

Apapun pasal mimpi jangan kita taksub membuta tuli. Jangan juga kita tak endah dan pejam mata. Mimpi kita hanya kita yang tahu. Bercerita pada orang lain mesti waspada. Kalau tersilap orang yang dicerita akan menyesatkan kita dengan tafsirannya yang merosakkan akidah. Jumpalah ustaz/ustazah yang arif.

0 comments: