Naga terbang?

 
Naga terbang = dragon fly.

Typo error. Ejaan yang betul ialah dragonfly yang bermaksud pepatung atau sibur-sibur. [rujuk]

Masa zaman Kak Aina usia dalam lingkungan 7-9 tahun, antara aktiviti yang suka dilakukan ialah menangkap sibur-sibur. Kalau cekap, tangkap guna tangan pun boleh. Masa itu, akak tinggal dengan  Wan di kuaters JKR di sebuah kampung dalam daerah Raub. Dekat kawasan rumput tinggi tak jauh dari rumah Wan banyak sibur-sibur dan kupu-kupu kecil hidup meliar.

Alatan menangkap yang digunakan ialah sekadar plastik saiz kecil atau sederhana yang diikat pada hujung batang kayu. Kemudian gunakan secara terbuka untuk memerangkap serangga di dalamnya. Memang menyeronokkan. Kadang-kadang tanpa hiraukan cuaca panas, akak berkejaran mengejar pepatung yang pelbagai jenis yang warna dan saiz. 

Haiwan yang sangat unik dan cute

Sayapnya mudah terkoyak dan patah. Hati-hati memegangnya...

Aik, macam jinak dibiarkan hinggap di tangan...

Sangkakan ia lemah, tetapi akhirnya ia terbang laju dan pergi 


Sibur-sibur di atas, telah secara tiba-tiba melekat di jeans Kak Aina sewaktu di kampung baru-baru ini. Lalu, akak pegang elok-elok dan tunjukkan kepada anak-anak.

"kenapa dia macam patung ibu?"

Mungkin disebabkan itulah ia dipanggil juga sebagai pepatung kot. Sesekali bila sayapnya berkibas, anak-anak menjerit kerana terkejut. Dalam takut masing-masing seronok untuk mencuba mengusap Sang sibur-sibur.

Bila mengenang masa lampau, membandingkan usia anak dan saat akak sebaya mereka, begitu berbeza sekali alam pembesarannya. Banyak kekurangan masa, ruang dan peluang untuk mereka melakukan aktiviti seperti ibu mereka ini dahulu. Beredarnya masa dan zaman, bukan hanya usia yang bertukar, malah persekitaran juga menyaksikan serangga yang dahulunya hidup banyak di depan mata sudah jarang-jarang sekali kelihatan di depan kita...

Masa itu juga, zaman kanak-kanak riang akak begitu bebas tanpa dibelenggu rasa takut untuk ke mana-mana. Ibu bapa dan nenek juga senang hati melepaskan kami menjalani aktiviti harian bersama kawan-kawan. Walaupun ke hujung sungai, ke dalam paya atau semak belukar, kami bebas meneroka. Begitulah hidup seorang anak kampung kan?

Syukur pada-Mu Ya Allah.

2 comments:

Tina Othman said...

cantiklah, tapi rasanya kalau tina ngeri nak pegang tu

Aina said...

ain dah biasa dr kecik.hehe..