Salam
Sudah rancang menu berbuka puasa hari ini? Apa kata cuba cendol pulut? sangat best. Cuma tanak pulut macam biasa. Selepas masak, senduk pulut dalam mangkuk dan campurkan dengan cendol, jagung dalam tin dan lain-lain bahan yang anda suka. Contohnya, kacang merah, cincau, sagu dll. Ada juga yang suka ais, letak ais di dalamnya.Kalau tak suka ais hanya pastikan kuahnya sejuk di dalam peti ais sebelum dituang ke atas cendol pulut.
Untuk kuah boleh gunakan santan(+secubit garam). Untuk pemanis gunakan gula merah atau gula kabung yang dimasak terlebih dahulu hingga pekat.
Selamat mencuba!
Konsisten itu mahal harganya !
-
Ada yang tanya camana aku boleh tak makan nasi bertahun ? Camana aku boleh
berhenti minum kopi walhal kopi tu kegemaran aku satu tika dulu ? Begitu
juga...
10 hours ago

0 comments:
Post a Comment