Sabarkan ajalah

Kata orang udara pagilah paling nyaman dan menyegarkan. Elok bersenam di waktu pagi atau petang, sambil menghirup udara segar yang menyihatkan badan. Kalau nak rezeki masuk, bangun Subuh tu bukalah pintu dan tingkap. Selepas Subuh juga jangan tidur. 

Kalau udara pagi menyegarkan, adakah segar lagi menyihatkan kalau buka tingkap sahaja sudah ada bau busuk mencucuk hidung. Kebetulan rumah saya berdekatan kolam kumbahan. Nak buat macam mana, sabarkan ajalah. Belum lagi rumah-rumah orang lain yang terlibat masalah akibat dari kilang dan kawasan penternakan atau ladang yang menyebarkan bau dan habuk yang memudaratkan kesihatan.

Saya sangat terganggu dek asap pembakaran yang dibuat secara terbuka. Kalau bukan waktu pagi, waktu bila lagi mereka nak membakarkan. Waktu petang? Malam? Waktu mana sekalipun pasti mengganggu juga, kerana bukan suatu yang sihat kalau terpaksa menyedut asap. Sabar ajalah, tutup tingkap dan buka kipas kuat-kuat. Mungkin rumah siapa-siapa yang ada penghawa dingin mereka lebih selesa hidup 'terkurung' macam tu. 

Sabarkan ajalah...

P/S : Dalam rumah saya ialah kawasan larangan perokok merokok :)

Jangan layan nombor ni

Saya memang tak akan angkat panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali. Tapi baru-baru ni telefon saya rosak. Banyak nombor yang hilang. Jadi, orang dikenali menelefon pun namanya tidak akan keluar. Saya memikir panjang sama ada nak tekan butang terima atau cancel. Malas melayan panggilan yang berbentuk perniagaan - memujuk kita terima/beli produk/perkhidmatan yang ditawarkan. Ya, ya, ya, itu memang tugas mereka. Dan, hak saya pula untuk tidak mahu melayannya!

Semalam saya terima panggilan masuk dari nombor 03 20544670. Panggilan dibuat sudah lewat petang, iaitu hampir 7 malam. Mulanya saya fikir apa salahnya jika saya terima kerana sudah habis waktu kerja. Disebabkan lama berfikir, panggilan tersebut terputus. Saya langsung meng'google' nombor tersebut di Internet. Guesss what...
Klik untuk besarkan imej

Nasib aku tak angkat!

Bukan niat memburuk-burukkan pemanggil dari nombor berkenaan. Cuma berhati-hatilah. Sekiranya korang betul-betul hendak membeli insurans, buat urusan kad kredit, pergi melancong, membuat pelaburan dll silalah pergi sendiri ke syarikat/outlet/agen sah yang berkenaan. Jangan main cakap dalam telefon. Bersemuka lebih baik supaya kita dapat melihat sebarang dokumen/produk/broucher/muka agen tersebut.


Kes culik di Sabah VS kes culik oleh makhluk halus Villa Nabila

Minggu lalu orang sibuk bercerita tentang teguran Dato' CT terhadap Khairi Jamaluddin.  Isu dalaman FAM yang turut masuk campur tangan oleh penyanyi wanita no.1 dan menteri Belia dan Sukan itu mewujudkan kumpulan-kumpulan yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan isu terbabit. 

Sampai ada yang tak sedar, minggu lalu juga terjadi satu kes culik seorang wanita warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna Sabah. Dalam kejadian berkenaan, suami wanita berkenaan telah dibunuh. Pihak polis masih lagi menyiasat dalang terbabit dan siasatan menyeluruh telah dilakukan termasuk melibatkan pihak di negara Taiwan. Puak Abu Sayyaf dikaitkan sebagai penculik.

Pada masa baru hendak memberi perhatian pada kes ini, sekali lagi perhatian rakyat Malaysia tertumpu kepada suatu kejadian culik lain. Malah lebih hangat dan luar biasa. Sekumpulan remaja yang terpengaruh dengan filem Highland Tower aktiviti paranormal, bertindak untuk melakukan tinjauan sendiri di lokasi yang dikatakan menjadi tumpuan makhluk halus. Pada suatu malam, kumpulan remaja terbabit masuk ke rumah rumah tinggal yang bernama Villa Nabila Huda. Setelah masuk, berlaku kejadi histeria terhadap remaja perempuan. Setelah keluar dari Villa Nabila, mereka kehilangan jejak seorang daripada mereka. Laporan polis kemudian dibuat, tapi hebohlah satu Malaysia kononnya remaja itu ghaib di villa berhantu. Makhluk halus menjadi suspek utama. 


Alhaamdulillah, remaja 'diculik hantu' itu sudah kembali ke pangkuan keluarganya. usahlah menunding jari salah siapa-siapa di dalam kejadian ini. Remaja bernama Izzat itu juga tidak menyangka tindakannya bermalam di rumah kawan menyebabkan dirinya menjadi 'popular' dalam satu hari. Nasib baik dia tidak betul-betul diculik oleh makhluk halus. Jika tidak, bukan senang kita hendak menjumpainya semula.

Semua pihak harus menjadikan kejadian ini sebagai satu teladan. Jangan mudah sangat percaya kepada benda ghaib. Sampai jem jalan di Danga Bay disebabkan sekalian penduduk Johor/luar Johor hendak bertumpu di Villa Nabila. Kepada ibu bapa, kita harus lebih memantau tingkah laku anak-anak remaja. Jangan biarkan mereka berkeliaran di waktu malam lebih daripada waktu sepatutnya. Media massa/sosial juga mensensasikan cerita ini. Kita pula percaya! Maka salahkan diri sendiri jika telah terpedaya dengan khabar angin yang bertebaran itu. 

Mari kita kembali kepada kes culik yang benar-benar real dan terjadinya di Sabah. Seorang warga emas dari Taiwan telah diculik dan suaminya dibunuh. Mari kita doakan semoga beliau selamat dan akan kembali ke pangkuan keluarganya secepat mungkin. Bagi orang awam yang punya maklumat sila salurkan kepada pihak polis untuk membantu.
Ahli Keluarga Mangsa Culik, Bunuh Di Semporna Tiba Di Sabah
PETALING JAYA: Ahli keluarga mangsa culik dari Taiwan, Chang An Wei dan suami beliau yang dibunuh Hsu Min Li telah tiba di Sabah.
Abang An Wei, Chang Da Gong Hsu dan abang Min Li, Hsu Li Ren dan dua anak saudara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 11.30 pagi Selasa.
Mereka bertemu dengan wakil-wakil dari Malaysia dan Taiwan dan kini terbang ke Tawau.
Kumpulan ini datang dengan bagasi minimum dan kelihatan muram. [Berita penuh]

Villa Nabila: Budak 'kena sorok' dah jumpa pun

Berita terikini tak rasmi - Dah jumpa pun.

Apapun tunggu laporan rasmi dari pihak polis ye...


Kemain lagi sensasi berita remaja hilang di Villa Nabila.

Villa Nabila: Hanya seorang gagal pulang
Peristiwa pelik ini dikaitkan dengan fenomena paranormal di kediaman dikenali Villa Nabila.

Ia sudah menjadi viral di laman sosial dalam pelbagai versi, sekali gus mengundang rasa ingin tahu dalam kalangan penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, bagaimanapun, menafikan dakwaan kehilangan sekumpulan remaja berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 39 tahun dari Majidee, di sini, yang mengatakan anaknya gagal pulang ke rumah, sejak Sabtu lalu.

Menurutnya, pengadu itu menyatakan pada Sabtu lalu, jam 3.30 petang, anak lelakinya, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, keluar bersama rakan ke bandar raya ini.

Kemain ramai orang menyerbu Danga Bay.

Rupa-rupanya, budak Izzat tu 'menyorok' kat lain...

Lain kali hati-hati menyebar berita.

Lain kali jangan mudah terpedaya.

Walaupun faktanya, makhluk halus itu benar-benar wujud. Tapi tak sesuka hati hendak menyorok orang. Gelak dalam hati.
Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

“Kebiasaannya rumah yang sudah lama ditinggalkan akan dihuni jin dan syaitan. Sekiranya benar mangsa pernah memasuki villa tersebut, tidak mustahil dia kini disorokkan makhluk ghaib.

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. [berita penuh]


Obesiti itu satu penyakit?

Insaf sekejap bila baca berita ini.

Yang kita tahu obesiti punca segala penyakit. Kenapa pula, obesiti itu sendiri ialah penyakit?

Sharing is caring.

Baca ini...

Sumber.
Obesiti Kini Masalah Besar Di Malaysia
Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk kedua-duanya; obesiti dan kencing manis. -foto AFP
PETALING JAYA: Obesiti perlu ditonjolkan sebagai satu penyakit bagi menunjukkan betapa ia boleh membahayakan kesihatan seseorang.
Dua persatuan kesihatan mahu kerajaan melakukan sesuatu bagi mewujudkan kesedaran awam berhubung perkara ini.
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia Prof Dr Mohd Ismail Noor berkata situasi masa kini menunjukkan bahawa langkah perlu dimulakan segera kerana terdapat juga kanak-kanak yang mengalami masalah berat badan.
"Mereka tidak menyedari bahawa ia (obesiti) adalah penyakit. Jadi, tiada siapa peduli dan berfikir bahawa gemuk itu OK. Apabila kita menganggapnya sebagai satu penyakit, ia akan menyedarkan orang ramai," katanya.
Beliau berkata obesiti merupakan faktor asas bagi penyakit kronik seperti kencing manis.

Badan naik

Semasa menghantar anak menunggu van sekolah, seseorang memanggil saya dari belakang.

Saya menoleh. Owwh, Kak Su rupanya. Lama tak jumpa.

"Tulah, nak panggil tadi takut salah orang. Panggil jugaklah..."kata Kak Su.

"Perasan tak badan awak ni dah naik, kan?" Amekkaw, soalan cepun emas di pagi hari.

"Aahlah, Kak Su," Saya iyakan jelah. Takkan kata tidak kalau timbang jarum penimbang makin ke kanankan. Langsung Kak Su bercerita dia berjaya mengurangkan berat badan.

"Akak dah 3 bulan tak makan nasi. Tengah hari akak makan sayur, sup dan ikan panggang je."

Wah kagum saya pada Melayu tipika yang berjaya menukar menu hariannya tanpa nasi. Tak tahu lah kenapa diri ini tak boleh. Bukan sebab tak kenyang-kenyang, tapi tangan akan menggigil...hehe

Konvo

Malam tadi abah telefon saya.

"Awak tak pergi ke konvo anak saudara awak?"

Hah??? Anak saudara mana pulak yang saya ada nak berkonvo bagai...

???
???

Abah gelak.

"Siapa lagi, Muhammad Aqil la..."

Saya gelak. Kami gelak.

Ingatkan konvo siapa tadi. Ia adalah majlis penyampaian hadiah aka hari anugerah aka konsert akhir tahun. Budak tadika pun kemain grand majlis akhir tahun sekolah. Sebut 'konvo' lagi. Haha..

Aqil anak saudara saya baru je berumur 3 tahun. Belajar di tadika-playschool. Pakai baju pinky lagi:)

\


Abah saya teruja kerana Aqil cucunya yang paling lama duduk dengannya di kampung. Saya bagi tahu abah saya tak dapat pergi kerana esok nak bawa Salahuddin duduk ujian diagnostik kemasukkan darjah 1. Adik saya yang lain akan pergi ke konvo Aqil. Haa, nasib baik tak de rombongan mak engku sekeluarga ke konvo tadika.

Kantoi

Anakku hendak bersolat. Umurnya 6 tahun.

'Ambil wuduk dulu', pesan saya. Dia berhenti bermain komputer lalu masuk ke toilet.

Dia masuk bilik solat. Selepas takbir, saya terdengar bunyi ....poot!


Saya kalih kepala ke arahnya. Boleh pulak dia senyum kepada saya semasa tengah solat. Kantoi!!!

Dia faham makna pandangan saya - kena ambil wuduk semula!

Kalau ibu tak nampak, sah dia teruskan sahaja solat sampai habis.  Sudah berulang kali saya berpesan, 'Solat betul-betul. Ibu tak nampak, tapi ALLAH nampak'.

Bukan senang nak mendidik anak-anak. Lebih-lebih kalau anak-anak 'menurun' perangai kita dahulu.

Sabar jelah...

Yang boring, yang tak boring

Tak pernah tonton drama Diandra. Malam  ni episod akhir. Tertengoklah sikit tadi sebab nak tahu endingnya. Sangat boring....tak sabar nak tunggu tamat.


Mungkin jiwa saya sudah tak sesuai dengan drama romantika dengan ayat jiwang yang sudah kedengaran sengal di telinga... Tua sangatkah saya? lalu tukar channel, menonton 7th Grade Civil Sevant....Boleh pulak saya senyum- senyum dan tergelak sorang-sorang...

Musim Anugerah

PEPERIKSAAN akhir tahun di sekolah dah habis, sampai masa keputusan pula diumumkan. Kemudian sekolah akan mengadakan hari anugerah untuk pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Setakat hari ini anak-anak saya belum ada rezeki memanjat tangga pentas Hari Anugerah untuk mendapat hadiah. 
Memang besar harapan ibu bapa melihat anak-anak berjaya. Namun kita tidak boleh meletakkan syarat kejayaan itu ialah apabila kamu menang anugerah dan berapa kali kamu mendapatnya. Anak-anak ke sekolah untuk belajar. Mereka bukan artis yang mengukur kejayaan bidang nyanyian dan lakonan berdasarkan jumlah trofi yang dimenangi. Maka, walaupun tidak berjaya, anak-anak masih ada ruang untuk belajar lebih rajin dan terus berusaha sehingga ke peringkat tertinggi.

Saya pernah menampal keputusan peperiksaan anak-anak yang cemerlang di media sosial. Walaupun tidak layak ke pentas anugerah, mereka tetap cemerlang di mata saya sebagai ibu yang banyak mendorong dan membebel supaya mereka rajin belajar. Jadi saya gembira untuk berkongsi rasa kebahagiaan itu. Namun, suami saya menegur dan meminta supaya saya membuang tampalan gambar-gambar tersebut. Untuk apa katanya? Menunjuk-nunjuk? Kecil hati saya masa itu. Dia asyik bekerja di luar, manalah tahu susah payah saya mengajar dan memotivasikan anak-anak di rumah. 

DI SEBALIK pandangan seorang ayah dan kebanggaan seorang itu, ada pro dan kontra di situ. Suami saya memberitahu supaya jangan menekan aspek peperiksaan kepada anak-anak. Kalau anak tak lulus peperiksaan hari ini, jangan anggap seolah-olah nanti gelaplah masa depannya. Jangan ukur nilai kualiti anak dengan peperiksaan. Banyak cabang lain yang mesti kita ketengahkan selain peperiksaan. Jika belajar semata-mata untuk peperiksaan, maka hilanglah kualiti ilmu yang dipelajari. Saya terdiam.

Kita seiras ibu atau ayah kita?

SAYA memberitahu anak-anak saya, bahawa mak njang mereka bakal mendapat baby. Sebab itu dia nampak 'gemuk', kerana ada baby dalam perutnya. Mereka nampak teruja mendengarnya. Anak lelaki saya itu berumur 10 dan 8 tahun.

"Mari kita bayangkan" kata si adik. Abangnya tersenyum.

"Bayangkan apa?" saya yang berada tidak jauh dari mereka bertanya.

"Bayangkan anaknya nanti ikut muka mak njang atau pak njang." Jawab si adik.

"Ya betul tu. Rasanya kalau lelaki mesti ikut muka pak njang..."jawab si abang. Mereka berdua ketawa. 

Itu pendapat mereka berdua. Saya langsung menerangkan.

"Tak semestinya. Contoh awak berdua. Ikut muka ibu atau abah?" tanya saya.

Keduanya mengatakan muka mereka ikut saya. 

"Betul ke?Kalau Abang tengok muka adik ni, agak-agak ikut siapa?" saya bertanya kepada abangnya.

"Muka abah!" Jawabnya. Si adik tersenyum. Saya menyambung penerangan.

"Tak semestinya muka sebijik macam ibu atau abah. Mungkin iras-iras sahaja. Kalau serupa, maknanya kita kembarlah!" Kata saya. Mereka berdua gelak.

Anak lelaki tahu buat kerja rumah

Alhamdulillah...

Seronok saya sebab anak-anak saya sudah tahu macam mana nak tolong buat kerja rumah. Mereka dah reti mengemas, basuh kasut sekolah, sapu sampah, mop lantai dan jemur baju.

Kira oklah tu. Bab membasuh pinggan belum disuruh lagi. Tapi setiap pinggan makan masing-masing wajib hantar ke sinki, dan sisa buang dalam plastik sampah. Bukan mereka tak reti nak basuh, cuma saya yang tak beri izin lagi sebab takut berkencah dapur. Kalau memasak dan menggosok baju, saya takut nanti melecur tangan pula. Kesimpulannya yang merbahaya belum lagi dapat lesen walaupun yang besar tu dah sibuk nak buat itu ini.

Dengan seronoknya saya bercerita dengan adik. Almaklumlah anak-anak saya semua lelaki. Jadi terujalah sedikit. Kalau anak perempuan, tu memang dah fitrah kut si perempuan akan pandai buat kerja rumah. Tinggal lagi rajin atau malas sahaja.

Ingatkan adik saya sama teruja. Jawapannya menyedihkan hati ini...

"Hemm eloklah tu. Anak awak rajin, banyak berehatlah awak. Makin gemuklah..."

Ihiks...hiks..betul kut kata adik saya tu. Patut bila timbang berat, jarumnya makin ke kanan. Mesti penimbang dah rosak!

Fizo dan Mawar saling berbalas hantaran motorsikal

WOW... jarang kita dengar atau lihat orang bagi hantaran motorsikal. Pihak lelaki dan perempuan saling memberi motorsikal. Malah pihak Mawar juga menghadiah plat yang bernombor MF 120.

Bak kata orang, kalau mampu apa salahnya...

fizo omar dan mawar fareeda
Foto dari blog Beautifulnara
Apa lagi yang menarik pada hari perkahwinan Fizo yang disiarkan secara langsung di TV9 dalam program Nasi Lemak Kopi O?

Sementara itu, pihak pengantin lelaki telah membawa tujuh buah dulang hantaran kepada pengantin perempuan iaitu mas kahwin, jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, sebuah motosikal dan jongkong emas seberat 1.011 kilogram.
Manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang iaitu tas tangan lelaki, jam tangan, kaca mata hitam, kasut, dua buah naskah Al-quran, komputer riba, cincin, plat motosikal MF120, topi keledar dan sebuah motosikal berkuasa tinggi.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.
Menariknya mengenai majlis berkenaan, sebanyak lapan selebriti lelaki terkenal iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As'ari, Karl Shafek dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Selain itu rombongan pengantin lelaki turut diiringi dengan konvoi 30 buah motosikal berkuasa tinggi.
Berita penuh dekat sini.

[UPDATED] Tahniah PDRM, pembunuh Norazita ditangkap!

Akhirnya pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai AmBank beberapa minggu lalu berjaya diberkas pihak polis. Tahniah PDRM! Semoga keadilan dapat ditegakkan.

Foto: ROHAIZAT MD DARUS/THE STAR.
Tragedi yang telah berlaku walaupun menyedihkan, namun berjaya membuka mata banyak pihak tentang kehadiran ramai pengawal keselamatan warga asing yang tidak layak bekerja di negara kita. Penyelewengan oleh pihak syarikat keselamatan dan isu mykad palsu turut diselongkar, dan pemantauan yang giat mula dijalankan bagi membanteras penyelewengan ini.

Moga kejadian yang sama tidak berulang lagi pada masa depan. InshaALLAH.

[Gambar] LOL

Hujung minggu menonton filem Highland Tower?

Saya pun mula-mula teringin nak menonton. Nama 'Highland Tower' pun dah terpahat dalam sejarah. Tapi ceritanya, bukan cerita tentang tragedi yang berlaku, tetapi sebaliknya cerita seram yang kononnya terdapat di sana pada masa sekarang.

Saya baca tentang filem ni dekat sini. Ada yang nak pergi menonton? Tengok trailer dekat tv pun dah jadi tak minat. Padahal saya memang peminat filem seram. Tapi bukan yang ini. Sorry...

Kensel. Bukan suruh korang kensel, tapi saya dah lama kensel hajat hati menonton filem ni. Kalau bagi free pun tak mau lah.  Lebih baik cuti hujung minggu begini dihabiskan dengan aktiviti lebih menyihatkan minda dan fizikal. Dok gitu?

Memancing menyemai sifat sabar...

Ini pengalaman pertama kali anakku mengikut Pak Njang dia memancing di Banting. Alhamdulillah dapat ikan siakap.

Pertama kali makan jambu botol





Terima kasih kepada Encik Khairul yang sudi memberikan sedikit kepada kami hasil dari pokok jambu botol dari kampungnya di Jeram. Rasanya kelat dan masam. Saya tak suka kalau dimakan begitu sahaja. Tapi kalau dicicah dengan kicap+lada+gula sedikit memang kecur air liur. Sedap.



Saya nak kensel

Sebulan ni rasa duit macam mengalir deras dari biasa...

Bila saya semak semula surat tadika anak saya yang meminta duit rm50 untuk hari graduasinya, baru saya perasan tarikhnya sama dengan hari ujian diagnostik kemasukan ke darjah 1. Masa pun sama.

"Yahoo... tak payah bayar!" Punyalah saya suka giler sebab tak payah bayar rm50. Duit tu boleh digunakan untuk beli hadiah untuk dia sebab dapat nombor 1. Itu rancangan saya. 

Elok-elok saya plan, dia balik sekolah bawa surat lagi. Aduh, lagi lagi surat! Surat amenda lagi ni???

'Hari Penyampaian Hadiah ditukar kepada hari Jumaat malam pukul 7 hingga 11 malam'

Berderai rancangan yang saya atur dalam kepada. Hiks...hiks..

"
"
"
"
"
"
Jeng...jeng...jeng...

Duit mengalir macam air

November - bulan terakhir persekolahan sebelum mula cuti panjang. Horey!!!

Tapi sebelum horey  horey, saya nak menjerit dulu...
Arghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aghhhhhh!!!!!!!!!

Hari tu Salahuddin bawa balik surat dari tadika dia...
"Ibu, cikgu bagi surat"
"Ooo tidakkk...ni mesti nak duit untuk sesi bergambar, kan?"
"Eh macam mana ibu tahu"
Mestilah ibu tahu. Abang-abang kau dulu macam itulah juga.

Beberapa hari kemudian...Salahuddin:

Pisang goreng tepi jalan bahaya?

Semalam teringin nak makan pisang goreng. Maka saya pun membeli dari mak cik tepi jalan. Bila saya lihat dia ialah orang kita, maka saya membeli banyak sedikit. Selepas sudah memesan, saya ternampak dia mengisi minyak ke dalam kuali. Minyak paket!

Sebagaimana telah didedahkan sebelum ini oleh kementerian kesihatan, juga oleh Persatuan Pengguna Islam tentang bahaya minyak masak yang dikitar semula. Minyak yang dikitar semula ialah minyak yang sudah kita guna untuk memasak, tetapi diproses semula untuk dijual. 

Menurut PPIM, terdapat pihak yang mengutip minyak-minyak masak terpakai dari kedai-kedai makan. Jika dahulu minyak terpakai atau kita sebut sisa minyak akan diproses menjadi lilin dan minyak biodiesel. Tapi sekarang ada yang memprosesnya menjadi minyak masak yang boleh diguna semula. Jika asalnya sisa minyak berwarna perang atau hitam, tapi selepas diproses ia bertukar lebih cantik dan nampak bersih seperti minyak yang baharu.

Minyak kitar semula biasanya dipaketkan tanpa label yang betul dan tepat. Ia bukan dari jenama yang kita semua sudah kenal di pasaran. Harganya juga lebih murah berbanding minyak berjenama. Jadi untuk untung lebih, kebanyakkan peniaga lebih memilih minyak paket berbanding minyak dalam botol plastik. 

Bagaimana memilih minyak masak yang sihat?
 - lihatlah pada label pada minyak masak. Ia mesti mempunyai maklumat pemakanan/nutrisi supaya penggguna mengetahui isi kandungan minyak yang akan digunakan. Oleh itu, pengguna dapat membuat keputusan untuk memilih antara harga yang murah dan nutrisi yang baik untuk kesihatan. 
 - minyak masak yang mempunyai kandungan lemak tepu paling sedikit lebih elok dan pilih minyak yang kandungan lemak tak tepu lebih tinggi. Lemak tak tepu dicatat sebagai Monosaturated fat dan Polyunsaturated pada label. Saturated ialah lemak jahat yang boleh menyebabkan obesiti dan masalah jantung.
 - minyak masak seperti minyak zaitun adalah yang terbaik untuk kesihatan. Namun harganya adalah paling mahal berbanding minyak yang lain. Tapi, kita juga boleh memilih minyak jangung atau bunga matahari.
 - mempunyai logo halal yang sah yakni logo halal oleh JAKIM.

Jebon kini pengarah, tahniah!

Bila saya membaca berita di Mstar Online pasal anak perempuan Dato' Lat yang ingin menjadi pengarah bukan berasaskan pengaruh/nama ayahnya barulah saya tahu, dia rupanya ialah Junad, aka Nik dalam drama Impian Ilyana dan Impian. Orang lain dah lama tahu, maaflah saya baru tahu. Jarang nampak Junad berlakon drama. Mungkin dia banyak bekerja di belakang tabir. Dan lagi baru saya tahu nama penuh Junad ialah Junaidah Mohd. Nor. 

PETALING JAYA: Pengarah filem baharu Junaidah berasa bimbang sekiranya orang ramai meletakkan harapan tinggi terhadap sesebuah karya yang dihasilkan hanya kerana dia adalah anak kepada kartunis terkenal Datuk Mohd Nor Khalid (Lat).
Junaidah, 30, berkata, keadaan itu akan menyukarkan dirinya untuk berkarya kerana risau hasil kerja yang diusahakannya itu tidak seperti yang diharapkan masyarakat.
"Kalau boleh saya enggan dikenali hanya bersandarkan nama bapa saya. Dan kerana itu saya cuba mengelak untuk dikaitkan dengan ayah.
"Jangan salah faham pula. Bukannya apa, saya risau orang meletakkan harapan yang terlalu tinggi sekiranya saya muncul dengan sesebuah karya
"Saya tidak mewarisi bakat ayah pun, tidak pandai melukis tetapi sifat suka berlawak tu adalah," katanya kepada mStar Online.  [berita penuh sini]
Memang dia lawak. Bacalah blog dia, 'Blog Anak Mat Nor'. Follower pun ramai, tapi sayangnya sudah lama tak update blog tu.

Selamat berkarya Nik eh Junad! Moga dapat menghasilkan karya berkualiti macam Mamat Khalid. Kasi pecah panggung:)


Polis mohon Rozita Awang menyerah diri

Susulan kes dera kanak-kanak di sebuah taska di Taman Melati, pemilik taska berkenaan yang bernama Rozita Awang diminta menyerah diri di balai polis untuk membantu siasatan. Kes penderaan tersebut mendapat perhatian ramai apabila seorang bapa membuat laporan polis dengan bukti sebuah rakaman video yang menunjukkan pengasuh di TASKA Harapan itu memukul kanak-kanak sehingga lebam. Hemm... memang bijak kerana bapa kanak-kanak itu meletakkan kamera video di dalam beg anaknya bagi merakam perbuatan keji tersebut. Harap Puan Rozita silalah menyerah diri. Berani kerana benar...
Pemilik Taska Permata Harapan, Taman Melati Diminta Serah Diri
KUALA LUMPUR: Polis pada Rabu meminta pemilik Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati dekat sini, yang didakwa mendera kanak-kanak yang diasuhnya, supaya menyerah diri secepat mungkin bagi membantu siasatan.
Wanita itu yang dikenali sebagai Rozita Awang, 35, telah menghilangkan diri selepas seorang bapa membuat pendedahan itu kepada media pada 1 November lepas.

Feeling ala-ala Green Arrow@Oliver Queen

Bila menonton drama bersiri The Arrow di TV3, Selasa 11 malam mesti tertarik dengan watak Oliver Queen yang handal memanah. Alangkah seronoknya kalau dapat peluang memanah. Boleh eksen ala-ala Green Arrow gitu.

Kini angan-angan saya boleh jadi kenyataan bilaStar Archery dah buka cawanganya di Aeon AU2. Dekat dengan tempat tinggal saya.

Sila lawati Facebook Star Archery Sdn. Bhd untuk info lanjut.

Harga sangat berpatutan. Jadi, masa lapang nanti saya sudah ada aktiviti baru untuk dicuba. Yang juga tinggal berhampiran jom kita sama-sama memanah nak?

Gambar dari Facebook Star Archery :)

Tahniah Pahangku!

Alhamdulillah, hujan awal petang tadi umpama rahmat. Saya sempat berdoa ketika hujan turun supaya Pahang akan mendapat kemenangan kali ini walaupun ramai yang meramal TRW yang menang.

"Kenapa kena menjerit?"

Itu soalan yang ditanya oleh anak saya apabila melihat ibu dengan abahnya ini sama-sama menjerit dan bersorak di depan kaca televisyen. Dia tak tahu betapa stressnya kami melihat pasukan Pahang mengasak bertalu-talu dan akhirnya dapat menghasilkan satu gol. Kemudia Kelantan pula bertalu-talu mencuba namun cubaan Fakhri dan Farhan tak menjadi juga. Akhirnya tersurat dalam sejarah tahun ini, Pahang juara Piala Malaysia 2013.

Please jangan salahkan hujan dan keadaan padang punca serba tak kena malam ini ok. Pahang lebih menguasai dan layak untuk menjadi juara tahun ini. Kekalahan 4-0 pada peringkat kumpulan sebelum ini tertanya bukan ukuran untuk meletakkan nasib sebagai penyebab Piala Malaysia 2013 ini bertukar tangan.

Jangan sedih, jangan kecewa kepada peminat Kelantan. Aokme cuba lagi tahun depan yer...Puisi 'This is Pantai Timur' ini khas untuk peminat semua!

Terima kasih Dollah Salleh, Zainal Abidin dan seluruh pasukan. Sungguh manis kerana pada 1992 Dollah dan Zainal menjadi tonggak kepada kejayaan Pahang ketika itu dan hari ini mereka adalah jurulatih pasukan Pahang. Kemenangan manis juga buat kapten, Jalaluddin Jaafar yang mungkin bakal bersara tahun depan kerana usianya masakini sudah 38 tahun. Syabas!

Kalau tanya saya, saya pilih Khairul Azhan, yakni penjaga gol Pahang sebagai pemain terbaik keseluruhan. Apapun Alex @Azamuddin Akil tahniah kerana terpilihsebagai pemain terbaik perlawanan akhir kali ini. 

Syukur...syukur... syukur Ya ALLAH atas anugerah ini.