Kita seiras ibu atau ayah kita?

SAYA memberitahu anak-anak saya, bahawa mak njang mereka bakal mendapat baby. Sebab itu dia nampak 'gemuk', kerana ada baby dalam perutnya. Mereka nampak teruja mendengarnya. Anak lelaki saya itu berumur 10 dan 8 tahun.

"Mari kita bayangkan" kata si adik. Abangnya tersenyum.

"Bayangkan apa?" saya yang berada tidak jauh dari mereka bertanya.

"Bayangkan anaknya nanti ikut muka mak njang atau pak njang." Jawab si adik.

"Ya betul tu. Rasanya kalau lelaki mesti ikut muka pak njang..."jawab si abang. Mereka berdua ketawa. 

Itu pendapat mereka berdua. Saya langsung menerangkan.

"Tak semestinya. Contoh awak berdua. Ikut muka ibu atau abah?" tanya saya.

Keduanya mengatakan muka mereka ikut saya. 

"Betul ke?Kalau Abang tengok muka adik ni, agak-agak ikut siapa?" saya bertanya kepada abangnya.

"Muka abah!" Jawabnya. Si adik tersenyum. Saya menyambung penerangan.

"Tak semestinya muka sebijik macam ibu atau abah. Mungkin iras-iras sahaja. Kalau serupa, maknanya kita kembarlah!" Kata saya. Mereka berdua gelak.

SEBENARNYA bukan hanya anak-anak, malah orang dewasa selalu menilai muka anak - ikut muka ayah atau ibunya. Sejak mengandung, ibu akan sentiasa berdoa supaya anak akan lahir dengan sihat dan selamat. Cantik atau tidak persoalan kedua. Lahir sahaja mereka dan tatkala dengar suara tangisannya bergema, hati ini langsung bersyukur ke hadrat Ilahi. Lega.

Tidak dapat dielakkan, kalau bukan kita ada orang lain akan menilai.

"Ni ikut emaknya" - Orang cakap masa anak sulung saya lahir. Bukan merujuk muka tetapi kulit gelap macam saya. Bila dah besar sikit, jelas dia memang ikut muka saya pun.

"Ha, ni baru ikut abahnya!" - Ayat masa anak kedua saya lahir. Merujuk kulitnya yang lebih cerah.

"Eh, ikut siapalah ni ye?" - Masa anak ketiga lahir, sebab kulitnya putih gebu.

Alahai ada macam-macam lagi...Kalau tak ikut muka ibu atau ayah, mungkin ikut muka nenek moyang, kan?

ADA sahabat saya menegur anak seorang kenalan kami. 

"Muka anak ko tak macam ko lah." Kenalan kami itu hanya diam sahaja. Pada saya anak itu putih gebu macam emaknya juga. Bahkan ayahnya juga putih. Saya no komen masa tu. Tak berapa lama kemudian, barulah sayamendapat tahu bahawa anaknya itu hanya anak angkat.

ALKISAH di negara China. Daripada wajah juga rahsia seorang isteri terbongkar selepas suaminya mengesyaki isterinya ada berlaku curang disebabkan anak-anak yang lahir berwajah tidak secantik ibu dan sekacak ayahnya. Hasil ujian DNA menunjukkan anak-anak yang dilahirkan sah anak si suami. Rupa-rupanya isterinya dahulu seorang yang tidak cantik tetapi menjadi cantik selepas pembedahan plastik. Kesudahan cerita mereka, si suami menyaman isteri disebabkan menyembunyikan 'identiti' wajah sebenar dan dia menang kes saman tersebut dengan alasan si isteri telah menipu.

BUKAN salah ibu mengandung jika anak dilahirkan tidak sempurna atau secantik diharapkan. Anak-anak ini sebenarnya sangat istimewa. Lihat pada suatu kisah yang berlaku di zaman nabi. Ada seorang lelaki yang bernama Saad Assulaimi. Beliau dilahirkan sehitam-hitam manusia daripada ibu bapa yang berkulit putih. Walaupun kulitnya hitam, dia memiliki hati yang sangat putih (baik). Apabila bila dia dewasa, tiada seorangpun wanita yang sudi menerima lamaran dari Saad disebabkan warna kulit yang sangat hitam itu. Akhirnya, Saad telah mati syahid di medan perang fisabilillah. 

Diceritakan bahawa, saat wafatnya Saad Assulaimi, baginda Rasulullah SAW meletakkan Saad dipangkuannya. Kemudian, banginda memberitahu bahawa Saad, insan berkulit hitam yang tidak dipandang oleh mana-mana wanita di dunia telah menjadi rebutan bidadari-bidadari syurga. Baginda telah diperlihatkan (oleh ALLAH) bidadari-bidadari itu turun ke bumi melihat Saad ketika itu.

Waallahua'lam...

Penyeri Dunia Merah Jambu saya..:)

0 comments: