Polis mohon Rozita Awang menyerah diri

Susulan kes dera kanak-kanak di sebuah taska di Taman Melati, pemilik taska berkenaan yang bernama Rozita Awang diminta menyerah diri di balai polis untuk membantu siasatan. Kes penderaan tersebut mendapat perhatian ramai apabila seorang bapa membuat laporan polis dengan bukti sebuah rakaman video yang menunjukkan pengasuh di TASKA Harapan itu memukul kanak-kanak sehingga lebam. Hemm... memang bijak kerana bapa kanak-kanak itu meletakkan kamera video di dalam beg anaknya bagi merakam perbuatan keji tersebut. Harap Puan Rozita silalah menyerah diri. Berani kerana benar...
Pemilik Taska Permata Harapan, Taman Melati Diminta Serah Diri
KUALA LUMPUR: Polis pada Rabu meminta pemilik Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati dekat sini, yang didakwa mendera kanak-kanak yang diasuhnya, supaya menyerah diri secepat mungkin bagi membantu siasatan.
Wanita itu yang dikenali sebagai Rozita Awang, 35, telah menghilangkan diri selepas seorang bapa membuat pendedahan itu kepada media pada 1 November lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan awal mendapati wanita itu mempunyai enam anak dan suaminya, pemandu teksi.
"Wanita itu diminta tampil memberikan kerjasama di mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.
Beliau berkata polis telah menahan dua pengasuh wanita tempatan yang bekerja di taska itu, masing-masing berumur 22 dan 31 tahun, pada Isnin lepas dan mereka direman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a)Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera kanak-kanak.
Ku berkata setakat ini, polis menerima lima laporan berhubung insiden itu di Balai Polis Sentul dan Balai Polis Wangsa Maju antara 29 Oktober dan 4 November lepas.
"Berdasarkan laporan itu, dua kanak-kanak telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana adanya kesan lebam pada tubuh mereka manakala tiga lagi mendakwa anak mereka ketakutan ketika berada di taska itu," katanya.
Kes berkenaan dirujuk kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk tindakan lanjut.
Pada Ahad lepas, menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyiasat dakwaan penderaan seorang kanak-kanak oleh pengasuh di taska berkenaan, setelah aduan dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
Menurut laporan media, penderaan itu dikesan apabila seorang bapa merakam perbuatan wanita itu menerusi kamera yang disembunyikan di dalam beg anaknya. - BERNAMA

UPDATE: Pemilik taska dikatakan sudah menyerah diri  ke balai polis. Semoga kes dapat diadili dengan saksama...

0 comments: