Duit mengalir macam air

November - bulan terakhir persekolahan sebelum mula cuti panjang. Horey!!!

Tapi sebelum horey  horey, saya nak menjerit dulu...
Arghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aghhhhhh!!!!!!!!!

Hari tu Salahuddin bawa balik surat dari tadika dia...
"Ibu, cikgu bagi surat"
"Ooo tidakkk...ni mesti nak duit untuk sesi bergambar, kan?"
"Eh macam mana ibu tahu"
Mestilah ibu tahu. Abang-abang kau dulu macam itulah juga.

Beberapa hari kemudian...Salahuddin:
"Ibu, ni surat"
'Lawatan ke Taman Burung - bayaran RM35'
"Alahai, oklah..." Sebab sebelum ni tak pernah ikut lawatan sekolah.

Kemudian, Luqman bawa balik surat:
"Ibu Aman nak pergi lawatan, ni surat"
'Lawatan ke Pusat Sains Negara, bayaran RM55
"What?" sambil jengil biji mata. 

Ingatkan itu sahaja. Ada lagi daripada tadika Salahuddin.
"Ibu, nanti ada konsert (hari penyampaian hadiah)"
"Ok"
"Tapi, bayar 30 ringgit"
"What???" pengsan. Ok tipu, tapi memang macam nak pengsan.
'Eh, tahun lepas kena bayar ke?' Lupa ingatan sekejap...

Semalam Almustofa pula bawa balik surat.
'Jemputan ke Masjils Hari Anugerah Cemerlang', Alhamdulillah rasa nak menangis jap. Yang ni tak perlu bayaran. FOC.

Demi untukmu anak-anak, ibu dan abah berkorban segalanya:)

Tiba-tiba telefon saya pula meragam. Rosak lagi. 
"Abang, fon rosak lagi."
"Beli sahajalah yang baru"
"Aduiii...duit lagi! Takpe, saya nak hantar pergi kedai je."
"Ikut awaklah..."

Saya sayang telefon saya. Harap dapat bertahan beberapa bulan lagi, atau setahun lagi. Tapi kalau rosak lagi... saya dah berangan nak transfer jadi lumian, hehheee... 

0 comments: