Jom mengaji Alquran

SUMBER
(DepaN dari kiri) Dr. Abd. Raufi Hassan, Hassan Azhari, Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd., Dr. Zahazan Mohamed dan Subhi Ba’i selepas lawatan ke kilang percetakan Times Offset, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
ALANGKAH baiknya jika terdapat sebuah al-Quran yang dapat memberi panduan untuk seseorang itu memberhentikan bacaan (wakaf) dan memulakan bacaan (ibtida’) pada ayat-ayat yang panjang yang tidak terdapat tanda-tanda wakaf."
Itulah luahan rasa yang menjadi cetusan idea pensyarah Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Abd. Rauf Hassan lewat solat Subuh, kira-kira tiga tahun lalu.
Malah ilham itulah yang telah membawa kepada terhasilnya Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’ yang dijangka berada di pasaran awal Julai ini.
Uniknya lagi, Al-Quran al-Karim dengan Panduan Waqaf dan Ibtida’ itu juga merupakan al-Quran yang pertama diterbitkan di Malaysia malah ia merupakan al-Quran yang pertama seumpamanya di dunia.
Tegas Dr. Abd. Rauf, belum terdapat penerbitan seperti itu sebelum ini, sama ada di dunia Arab mahupun di Nusantara.
Malah akui, anak kepada pakar ilmu tajwid dan tarannum terkemuka, Tan Sri Hassan Azhari itu, fikirannya terus melayang memikirkan idea tersebut sepanjang hari itu.
“Sewaktu dalam kereta ke tempat kerja, saya mula membayangkan satu sistem warna yang mudah dan menarik yang dapat memberikan panduan kepada pembaca al-Quran dalam waqaf dan ibtida'.
“Kemudian saya mula mereka dan mencipta mengunakan tiga warna dan saya letakkan dalam al-Quran bagi 20 ayat dalam surah al-Baqarah.

Trick penjual

Pada masa kecil saya dahulu, jurujual yang datang sangat mudah dikenali. Sampai aje depan pintu rumah, terus mereka akan bertanya.

"Mak cik nak beli?" Tanpa berselindung di sebalik kemunculan mereka di rumah kami. Kekadang kedatangan mereka dalam kumpulan dan kemudian mereka berbahagi rumah untuk dikunjungi. MO sebegitu sudah sedia diketahui.

"Mak..mak ...ada van putih. Orang nak jual-jual kot sebab ramai yang turun dari van tu" jelas saya dalam lingkungan usia di bangku sekolah rendah.

"Eh, cepat..cepat...cepat masuk! Tutup pintu!" Arah emak kalau malas nak melayan jurujual.

Kami juga ketakutan selepas emak bagitahu kalau tak tutup pintu nanti orang jual tarik masuk van bawa lari. Kalau tak dan nak tutup pintu, dan jurujual lebih pantas menjengah rumah, terpaksa jugalah emak melayan dengan terpaksa... Untung, kalau abah yang ada di rumah sebab dia lebih tegas untuk mengatakan TIDAK atau TAK NAK. Tambahan, mungkin wajah garang abah menyebabkan jurujual mati akal untuk terus memujuk. Syukur sangat sebab jurujual tidak berjaya masuk ke rumah. Hemmm...jangan tak percaya, ada juga setengah dari mereka yang belum sempat cakap tak nak terus menanggalkan kasut dan bersila dalam rumah untuk 'membentangkan' produk jualan langsung.

Emak saya sendiri pernah terlibat dengan jualan langsung ini. Saya tidak pernah pula melihat dia mempromosi produk seperti jurujual tersebut yang berjalan dari rumah ke rumah. Dia sekadar menunjukkan katalog barangan dengan jiran dan saudara mara yang datang bertandang ke rumah. Mak pemalu dan agak pendiam orangnya. Mungkin sebab itu dia tidaklah menjadi agen jualan yang berjaya. 

Bukan maksud saya merendahkan kemampuan emak, tetapi saya rasa dia terpedaya dengan pujuk rayu jurujual untuk menjadi agen. Saya masih ingat, di rumah kami dulu ada satu fail keras yang tertera jenama produk, nama emak sebagai agen. Dalam fail itu terkandung katalog-katalog barangan dan borang tempahan untuk pelanggan. Emak langsung tidak kisah saya dan adik-adik usik. Akhirnya, fail dan segala isi kandungannya menjadi barang mainan kami. Hehe...

Dalam banyak-banyak jurujual, paling best kalau 'orang gendong'  yang datang. Orang gendong ialah orang Pakistan atau Myanmar yang datang menjual pakaian tetapi dengan menggendong jualannya di dalam kain dan dijunjung atas kepala. Ada juga benggali yang menjual karpet menggunakan motor. Kalau kumpulan ini datang, pasti emak atau wan (nenek) akan membeli baju untuk kami juga. Suka sangat masa tu sebab dapat baju baru.

Zaman sekarang, jurujual semakin bijak melaksanakan modus operandi mereka. Tiada juga lagi jurujual yang berani masuk ke rumah kecuali dibenarkan. Kalau ada masuk juga, memang sikap kurang ajarnya itu akan mendapat pembalasan pada masa itu juga. Mungkin mereka sudah belajar dari kesilapan dan kelemahan masa lalu. Tiada juga lagi jurujual yang berniaga secara menggendong barangan berat-berat ke rumah-rumah. Mungkin ada, tapi susah nak jumpa.

Beberapa tahun lalu rumah saya di datangi seorang jurujual.

"Kak, kak tadi ada tak orang datang hantar air? Air bersih boleh diminum, diguna untuk masak..." bla...bla... Saya tidak mensyaki niat sebenarnya pun.

Siapa Profesor Dr. Muhaya Mohamad?

Jom kenali lebih dekat siapakah sebenarnya Prof. Muhaya... Artikel ini ditulis wartawan Kosmo dan dipapar secara online di sini.

RENCANA UTAMA

Mohamad perancang kejayaan Muhaya




JIKA tangan seorang ibu yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia, ketegasan seorang bapa pula mampu membentuk negara. Kalau syurga terletak di telapak kaki ibu, reda golongan ayah juga tiada tandingnya.
Sekeras manapun hati seorang bapa, mereka tidak pernah rela menyaksikan kegagalan anak-anak. Riak tenang pada wajah mereka sebenarnya menanggung seribu perit demi membimbing zuriat ke tempat tertinggi.
Hal itu disedari Profesor Dr. Muhaya Mohamad, 54, sejak beliau kecil. Arwah bapanya, Mohamad Busu, diibaratkan sebagai perancang kepada keseluruhan kejayaannya hari ini. Selaku seorang askar berpangkat leftenan, bapa Muhaya mengawal ketat setiap pergerakan anak-anak.
"Setiap hari, saya dan adik-beradik hanya dibenarkan bermain di luar rumah sehingga pukul 6 petang. Tiba waktu itu, kami semua wajib mandi dan siap sedia untuk solat Maghrib berjemaah.
"Siapa ingkar pasti tidak terlepas daripada dirotan ayah. Saya sendiri pernah beberapa kali dihukum tetapi disebabkan bijak memberi alasan, saya kerap terlepas," imbau Muhaya yang memanggil bapanya dengan gelaran bak.
Tambah pakar mata yang bertugas di Pusat Mata dan Lasik, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur itu: "Walaupun dipukul dengan tali pinggang, namun ayah hanya memukul anak-anaknya di bawah lutut. Sewaktu hukuman itu, dia tidak henti-henti menyatakan bahawa dia hanya memukul perangai kami. Lama-kelamaan, saya mengerti apa yang dimaksudkannya."

Kelainan sambutan Hari Bapa pada tahun ini

Selamat Hari Bapa....Happy Father's Day...

Itulah ucapan kita saban tahun buat yang tersayang yang bergelar bapa. paling hampir, sudah pasti ayahanda kita sendiri, suami kita, adik beradik kita, sepupu sepapat kita, dan sahabat handai belaka... Saban tahun, ucapan diberi tak pernah lupa! Saban tahun kita hulurkan hadiah atau berikan sambutan dengan meraikan dengan membawa keluar makan bersama atau sebagainya. Segalanya bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini terhadap keluarga tersayang...

Seandainya tidak mampu memberi hadiah dan membuat sambutan dengan makan-makan, cukuplah sekadar ucapan dan doa semoga panjang umur, sihat sejahtera dan bahagia dunia akhirat. Itu sudah juga mencukupi bagi seorang ayah apabila diri mereka diingati, dihargai dan disayangi.

Projek 'Malaysia My Second Home'

Kalau korang lah kan, kalau berkemampuan, agak-agak negara manakah nak dijadikan sebagai rumah kedua selain Malaysia tercinta ini? Huhu...fikir, fikir...

Tahu tak projek 'Malaysia My Second Home' ? Projek ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan mendapat restu kerajaan. Dalam projek ini, warganegara asing di'jemput' untuk menetap di Malaysia. Oleh itu, mereka boleh membeli dan memiliki sendiri rumah mereka di sini. Mereka yang diterima dalam projek ini juga dibenarkan tinggal di Malaysia seberapa lama yang diinginkan menggunakan pas lawatan sosial (multiple-entry). Dalam hal ini, tempoh 10 tahun bagi pas tersebut boleh sentiasa diperbaharui.

Dalam projek Malaysia sebagai rumah kedua ini juga, para peserta program dibenarkan membawa ahli keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak yang belum berkahwin (usia bawah 21tahun) sebagai tanggungan. Semua warga asing daripada negara yang diiktiraf Malaysia tidak kira bangsa dan agama boleh memohon. Untuk maklumat lanjut sila layari laman http://www.mm2h.gov.my/.

Risiko penyakit: Jom buat penilaian sendiri tahap kesihatan anda.


Klik pada imej untuk ke website
Menjaga kesihatan adalah wajib untuk setiap manusia. Nikmat sihat adalah anugerah ALLAH buat hambanya. Manusia yang sihat dapat melaksanakan aktiviti dengan baik dan mungkin dengan lebih cemerlang tanpa masalah. Sedangkan kalau manusia itu sakit, banyak perkara menjadi halangan kepadanya untuk melakukan termasuk beribadat. Namun, sihat atau sakit keduanya adalah ujian ALLAH buat kita sebagai hamba. Sama ada kita bersyukur atau mengadu masalah yang dihadapi kepada-NYA.

Kita mesti prihatin atas perubahan diri sendiri. Kadang-kadang kita menafikan diri berubah dan orang sekeliling kita yang akan memberitahu kita. Setiap perubahan perlu dilihat secara positif. Kalau orang memberitahu diri semakin 'sihat' maka, cerminlah diri kita! 

Menjadi gemuk tidak semestinya mempunyai penyakit dan seorang yang kurus tidak semestinya tidak akan menghidap penyakit. Kurus dan gemuk akan dihinggapi penyakit sekiranya empunya diri tidak mengamalkan amalan cara hidup yang sihat. Tetapi, antara gemuk dan kurus, orang yang gemuk atau obes (mempunyai berat badan berlebihan) mempunyai risiko berkali ganda lebih besar berbanding orang yang kurus.

Nampak tak skrin di atas. Jom terjah web kementerian kesihatan untuk membuat sendiri penilaian risiko penyakit terhadap diri sendiri. Ia hanyalah penialaian secara rambang, yang dibuat berdasarkan input yang kita bagi terhadap soalan-soalan yang disediakan.

Menyedari kegemukan dan diri obes, semestinya kita semua akan berperang dengan emosi dan nafsu untuk kurus dan kepayahan untuk berlapar. Sebenarnya bukan matipun kalau berlapar. Lapar bukanlah maksudnya tidak makan langsung. Tapi diperingkat awal, bila orang yang dah biasa banyak makan tiba-tiba mengurangkan portion makanan mereka iaitu mengambil dalam jumlah yang sedikit sudah pasti akan cepat berasa lapar. Dalam situasi begini, sekiranya nafsu mengatasi keazaman diri sudah pasti azam untuk mengurangkan berat badan hanya tinggal sebagai azam.

Ustaz Hasrizal, empunya blog saifulislam.com berkata: 

Biar pun diet itu lazimnya menjurus kepada subjek fizikal, sama seperti pencapaian-pencapaian kehidupan yang lain, fizikal itu memerlukan kombinasi intelektual, emosional dan spiritual. Malah, kerosakan fizikal dalam bentuk lebihan berat badan dan penyakit, menjadi simptom kepada adanya kerosakan intelektual, emosional dan fizikal  [baca selanjutnya..]

Haram menyiarkan gambar yang boleh menyebabkan fitnah dan timbul ghairah orang

Ustaz Azhar Idrus di dalam ceramahnya memberitahu:
“Hukumnya haram, menyiarkan gambar senyum sana senyum sini adalah fitnah. Nescaya mengundang dan menaikkan nafsu orang yang melihatnya. Tidak elok bukan, walaupun individu yang bergambar itu mempunyai perhubungan yang sah di sisi Islam"
Walaupun beliau percaya niat individu tersebut hanyalah untuk memaparkan hubungan kasih sayang dan berkongsi kebahagiaan mereka dengan orang lain.

Kenyataan UAI diatas dimuatkan di dalam artikel di Sinar Harian yang bertajuk "Alkisah rumahtangga di FB". Sila baca di sini.

Pada pendapat saya, bukan hanya di fesbuk, malah di media online yang lain termasuk blog di mana gambar-gambar tersebut boleh dilihat oleh khalayak dan turut berpotensi mendatangkan fitnah dan seterusnya merangsang nafsu orang lain. Jadi, bukan yang sudah berumahtangga, malah orang bujang juga harus beringat dengan isu ini supaya niat baik tidak menjadi haram.

Betul tak?

Wordless Wednesday: Topeng muka kulit pisang


Dinasor yang comel

Dinasor sudah lama pupus. Tetapi, pengkisahan tentang dinasor banyak dimuatkan dalam movie dan siri kartun yang dapat ditonton oleh anak-anak. Oleh itu, sikit sebanyak anak-anak kita dapat mengenali dinasor. Kalau nak mengenali dengan lebih 'rapat' boleh baca buku dan melawat pameran dinasor macam dekat Pusat Sains Negara ni...

Dahulu anak-anak dah pernah pergi sekali. Memang diorang enjoy...Jo layan gambar yang diupload di msn.com. oleh Amin Khairuddin. Comel-comel belaka!

Photos: Dinosaurs Alive @Pusat Sains Negara

Kesian Datuk Lee Chong Wei

Temasya Olimpik London dah tak lama. Selepas kecederaan baru-baru ini, agak melegakan bila dia disahkan kecederaannya tidak berapa serius dan boleh bertanding di Olimpik. Namun, datang pula dugaan bila ayahnya dikatakan melakukan percubaan bunuh diri hari ini di Pulau Pinang.

Bukan hanya masalah fizikal, 'serangan' mental sebegini juga boleh menggugat persiapan dirinya ke Olimpik. Sama ada berita tersebut benar atau hanya 'salah faham', sikit sebanyak memang mengganggu gugat hidup beliau. Semoga Datuk Lee Chong Wei tabah. Dalam situasi-situasa beginilah sokongan moral keluarga, rakan-rakan, msn dan peminat amat diperlukan agar beliau tak patah semangat untuk berjuang demi negara.

Berita dilaporkan berikut tidak menyebut nama dan kaitan dengan Lee Chong Wei pun:
Bapa Ahli Sukan Cuba Bunuh Diri Di Jambatan Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM: Polis menggagalkan dua cubaan membunuh diri bapa kepada seorang ahli sukan negara termasuk di atas Jambatan Pulau Pinang.
Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT). ACP Azman Abd Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi Ahad.
"Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.
"Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
"Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya," katanya.
Azman berkata lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya," katanya. BERNAMA [sumber]

Happy hour @Kuala Gandah

Cuti sekolah anak-anak dah balik kampung semuanya...eh ada seorang cicir. Adik.

Alkisahnya, masa on the way balik Maran, uncle diorang yang dipanggil Pak Abang tu bawalah singgah tengok gajah di Kuala Gandah sekejap. Wow, first time dapat bagi gajah makan. Semua teruja walaupun mula-mula tu 'malu-malu' nak dekat dengan gajah. Kalau di zoo, gajah boleh tengok dari jauh aje...





Terima kasih Pak Abang sebab bawak anak-anak jalan. Those picas cilok dari fesbuk Mak CT. Hehe...

Semangat ibu mengandung

Antara atlet negara yang bakal bertarung di Sukan Olimpik London bulan depan ialah penembak emas sukan SEA yang lalu, Nur Suryani Mohd Taibi. Suryani kala ini sedang mengandung sulung 6-7 bulan.

Dengan usia kandungannya yang semakin sarat, Suryani dinasihatkan supaya berfikir panjang jika mahu ke London. Antara misi negara dan keselamatan dirinya dan kandungan kedua-duanya sama penting. Tahap kesihatannya dilaporkan baik, dan dijangka faktor mengandung itu juga boleh menjadi suntikan semangat paling ampuh untuk dia beraksi cemerlang.

Bibik bergaji RM700 dah mai dah


Amah Indonesia Kembali Bertugas Di Malaysia
KUALA LUMPUR: Berikutan keputusan Indonesia menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berkuatkuasa 1 Disember 2011, kumpulan pertama 29 amah Indonesia mula bertugas semula dengan majikan tempatan pada Sabtu. Wanita dari Jawa Timur yang tiba di Malaysia tiga hari lalu itu diserahkan kepada majikan masing-masing pada satu majlis khas di sini. 
Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Jeffrey Foo berkata kemasukan semula pembantu rumah Indonesia itu menjadi realiti melalui memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia yang dimuktamadkan November lepas. Beliau berkata MoU berkenaan lebih menjamin kebajikan amah dari negara jiran itu terutama dalam soal pembayaran gaji dan tugas mereka. 
"Sekarang, majikan wajib membuka akaun khas untuk pembantu rumah Indonesia, dan kemasukan gaji akan dipantau bagi memastikan tidak ada unsur manipulasi," Foo memberitahu pemberita pada majlis itu. 
Foo berkata tugas pembantu rumah dihadkan kepada melakukan kerja-kerja rumah sahaja manakala tugas seperti menjaga anak atau warga tua adalah terpulang kepada budi bicara pembantu rumah berkenaan. 
"Majikan juga tidak boleh memaksa dan membuat aduan sekiranya amah mereka tidak mahir menjaga anak kecil kerana ia bukan kepakaran mereka," katanya.
Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia. 
Ditanya tentang cuti, Foo berkata setiap pembantu rumah berkenaan diberi cuti sehari seminggu, dan ia tidak semestinya jatuh pada hujung minggu sahaja.
"Jika mereka ingin bercuti pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), ia perlu mendapat persetujuan majikan terlebih dahulu," kata presiden PAPA itu. 
Bagaimanapun, jika pembantu rumah itu diminta bekerja pada hari mereka bercuti, majikan perlu membayar RM27 sehari dan bayaran tersebut tidak termasuk gaji RM700 sebulan, jelas Foo. 
Beliau menarik perhatian bahawa kedatangan kumpulan pertama itu, walaupun bilangannya sedikit, merupakan hasil perbincangan kerajaan dengan pihak berkuasa Indonesia dalam usaha mengisi permintaan bagi mendapatkan pembantu rumah di Malaysia.
"PAPA sendiri menerima kira-kira 3,000 permintaan untuk pekerja domestik dan kedatangan 29 pembantu rumah dari Jawa Timur itu ialah hasil persetujuan bersama kedua-dua negara," katanya.
Penarikan balik pembekuan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia diumumkan selepas mesyuarat dua hala melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di luar Sidang Kemuncak Asean di Bali pada November 2011. BERNAMA
Hemmm mai dah....biarpun hanya 29 orang, nampaknya ada juga yang sanggup dan sudah ada juga permintaan untuk masa akan datang. Kalau kita tak suka dan tak setuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan, janganlah ambil. Trylah cari alternatif lain. Jangan mula-mula aja setuju, nanti dah ambil, korang banyak komplen pulak. 

Petang-petang ni jom menjala!

Bukan menjala ikan yer.....

Ni menjala kat dapur. Jom!

Jala-jala Roti Jala.

Pertama kali buat. Tak berapa cun. Hehe..tangan ketar weh....

jangan pandang rupanya, kena rasa baru tau....:)

Resepi check kat dapur ini. Kalau nak kelainan, CMG ada resepinya. Sini.

Hebat ke Hujan sampai jadi Juara Versus?

Versus, program realiti yang melibatkan band-band sudahpun berakhir malam tadi dengan menobatkan Hujan sebagai Juara musim pertama. Sebenarnya dari awal episod saya memang tak follow malah program yang berlansung di TV9 itu memang kurang menarik perhatian. Entah macam mana boleh tertengok 1 episod tu (minggu rock kapak) dan terus follow. Itupun dah nak sampai penghujung.

Dalam Versus, setiap band diberikan assignment untuk mengubah lagu mengikut tema diberikan menjadi lain dari susunan asalnya. Memang kejam bila lagu-lagu rap dan balada dirockkan. Lagi kejam bila lagu irama asli juga di'musnah'kan. Kejam dan rosak secara kreatif! Itulah tugasan berat yang band-band tersebut perlu lakukan. 5 buah band yang bertanding terdiri dari Hujan, Black n Parallax, 6th Sense, Sofarz, dan Go Gerila( Aizat).

Pada hemat saya yang tak berapa padu ini, Hujan memang best. Gimmick di pentas konfrontasi akhir dengan membawa Dato' CT, DJ Fuzz dan Altimet memang berjaya meraih undi sms lebih banyak berbanding band lawan untuk battle (vs) iaitu, Go Gerilla. Tahniah Hujan!


Aktiviti sushi mushi :XD

Starter kit for sushi maker