Hebat ke Hujan sampai jadi Juara Versus?

Versus, program realiti yang melibatkan band-band sudahpun berakhir malam tadi dengan menobatkan Hujan sebagai Juara musim pertama. Sebenarnya dari awal episod saya memang tak follow malah program yang berlansung di TV9 itu memang kurang menarik perhatian. Entah macam mana boleh tertengok 1 episod tu (minggu rock kapak) dan terus follow. Itupun dah nak sampai penghujung.

Dalam Versus, setiap band diberikan assignment untuk mengubah lagu mengikut tema diberikan menjadi lain dari susunan asalnya. Memang kejam bila lagu-lagu rap dan balada dirockkan. Lagi kejam bila lagu irama asli juga di'musnah'kan. Kejam dan rosak secara kreatif! Itulah tugasan berat yang band-band tersebut perlu lakukan. 5 buah band yang bertanding terdiri dari Hujan, Black n Parallax, 6th Sense, Sofarz, dan Go Gerila( Aizat).

Pada hemat saya yang tak berapa padu ini, Hujan memang best. Gimmick di pentas konfrontasi akhir dengan membawa Dato' CT, DJ Fuzz dan Altimet memang berjaya meraih undi sms lebih banyak berbanding band lawan untuk battle (vs) iaitu, Go Gerilla. Tahniah Hujan!


Paling suka persembahan ini


Kejam giler...Fiona versi samba :XD


Bak kata loq, padu...:)

p/s
Pertandingan ini berakhir 12 lebih malam tadi. Huih, lewat sangat dah, tapi kemain ramai anak dara yang setia menanti sampai akhir rancangan. Entah cemana lah deme balik dari Space U8, Shah Alam tu ha....haih, berembun jantan semua. Mak Pak tak marah ke dik??? :(
emmm yelah KL pukul 12 tu masih awal yer....


0 comments: