Risiko penyakit: Jom buat penilaian sendiri tahap kesihatan anda.


Klik pada imej untuk ke website
Menjaga kesihatan adalah wajib untuk setiap manusia. Nikmat sihat adalah anugerah ALLAH buat hambanya. Manusia yang sihat dapat melaksanakan aktiviti dengan baik dan mungkin dengan lebih cemerlang tanpa masalah. Sedangkan kalau manusia itu sakit, banyak perkara menjadi halangan kepadanya untuk melakukan termasuk beribadat. Namun, sihat atau sakit keduanya adalah ujian ALLAH buat kita sebagai hamba. Sama ada kita bersyukur atau mengadu masalah yang dihadapi kepada-NYA.

Kita mesti prihatin atas perubahan diri sendiri. Kadang-kadang kita menafikan diri berubah dan orang sekeliling kita yang akan memberitahu kita. Setiap perubahan perlu dilihat secara positif. Kalau orang memberitahu diri semakin 'sihat' maka, cerminlah diri kita! 

Menjadi gemuk tidak semestinya mempunyai penyakit dan seorang yang kurus tidak semestinya tidak akan menghidap penyakit. Kurus dan gemuk akan dihinggapi penyakit sekiranya empunya diri tidak mengamalkan amalan cara hidup yang sihat. Tetapi, antara gemuk dan kurus, orang yang gemuk atau obes (mempunyai berat badan berlebihan) mempunyai risiko berkali ganda lebih besar berbanding orang yang kurus.

Nampak tak skrin di atas. Jom terjah web kementerian kesihatan untuk membuat sendiri penilaian risiko penyakit terhadap diri sendiri. Ia hanyalah penialaian secara rambang, yang dibuat berdasarkan input yang kita bagi terhadap soalan-soalan yang disediakan.

Menyedari kegemukan dan diri obes, semestinya kita semua akan berperang dengan emosi dan nafsu untuk kurus dan kepayahan untuk berlapar. Sebenarnya bukan matipun kalau berlapar. Lapar bukanlah maksudnya tidak makan langsung. Tapi diperingkat awal, bila orang yang dah biasa banyak makan tiba-tiba mengurangkan portion makanan mereka iaitu mengambil dalam jumlah yang sedikit sudah pasti akan cepat berasa lapar. Dalam situasi begini, sekiranya nafsu mengatasi keazaman diri sudah pasti azam untuk mengurangkan berat badan hanya tinggal sebagai azam.

Ustaz Hasrizal, empunya blog saifulislam.com berkata: 

Biar pun diet itu lazimnya menjurus kepada subjek fizikal, sama seperti pencapaian-pencapaian kehidupan yang lain, fizikal itu memerlukan kombinasi intelektual, emosional dan spiritual. Malah, kerosakan fizikal dalam bentuk lebihan berat badan dan penyakit, menjadi simptom kepada adanya kerosakan intelektual, emosional dan fizikal  [baca selanjutnya..]

Seterusnya beliau  merangka proses berdiet itu sebagai suatu ibadah:

 

Ustaz Hasrizal jika sesiapa mengenalinya juga seorang yang obes. Disebalik dirinya seorang ustaz, beliau sendiri sebagai manusia tidak lepas diuji dengan fizikal dan penyakit. Akhirnya dengan misi dan keazaman beliau menyempurnakan misi transformasi diri dengan berjaya.
"Misi mengurangkan 40kg berat badan.

Ia seperti mencabut seorang murid tahun 5 yang melekat di badan, dibawa ke hulu hilir sebagai beban yang menyeksa keseimbangan metabolik diri.

Saya menempuh pasang surutnya. Sehingga penghujung 2011, saya sudah berjaya menurunkan berat badan daripada 133kg kepada 96kg. Alhamdulillah, adalah sebaik-baik perkataan untuk menggambarkan apa yang saya rasa, percaya dan terima mengenainya. Saya diisytiharkan bebas diabetis. Rawatan dihentikan sepenuhnya. Seluruh rekod kolestrol menjadi normal. Saya kembali menjadi ‘manusia’".[baca selanjutnya...]
Mungkin kita yang selama ini gagal untuk mentransformasikan diri boleh mencontohi kecekalan beliau. Bukan kerana dia seorang ustaz maka dia berjaya melawan nafsu. Manusia tetap manusia. Korang boleh  baca catatan beliau sebagai motivasi di bank artikel beliau bawah tajuk "Diari Budak Gemuk'.

Selamat berdiet. Insha ALLAH sehat!

 
Doa yang boleh diamalkan ketika berdiet

Nak transformasi kepada hidup lebih sehat??

0 comments: