Semangat ibu mengandung

Antara atlet negara yang bakal bertarung di Sukan Olimpik London bulan depan ialah penembak emas sukan SEA yang lalu, Nur Suryani Mohd Taibi. Suryani kala ini sedang mengandung sulung 6-7 bulan.

Dengan usia kandungannya yang semakin sarat, Suryani dinasihatkan supaya berfikir panjang jika mahu ke London. Antara misi negara dan keselamatan dirinya dan kandungan kedua-duanya sama penting. Tahap kesihatannya dilaporkan baik, dan dijangka faktor mengandung itu juga boleh menjadi suntikan semangat paling ampuh untuk dia beraksi cemerlang.
Mengulas mengenai Nur Suryani, Ahmad Shabery berkata penembak wanita itu memberi komitmen yang tinggi untuk terus bersaing di London walaupun kandungannya akan berusia tujuh bulan ketika temasya itu berlangsung.
Pemenang Olimpian 2011 yang meraih tiket dalam acara 10m Air Rifle secara merit ke London akan diberikan segala bantuan yang diperlukan bagi memastikan kandungannya selamat dan mampu menyumbang pingat kepada negara, katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata Nur Suryani dijangka tidak menghadapi sebarang masalah ketika bertanding.
Sebaliknya, bayi yang dikandung penembak itu bakal menjadi motivasi terbesar bagi penembak itu untuk beraksi cemerlang, katanya.
"Ketika bertanding, usia kandungannya tujuh bulan. Usia kandungan yang agak sensitif ialah pada trimester pertama. Lagipun, Nur Suryani beraksi dalam acara Air Rifle dalam keadaan berdiri," katanya. - Bernama [atlet ke Olimpik London]
Sementara itu Suryani sendiri menyedari risiko dihadapinya dan oleh itu beliau menyaran untuk pergi bersama suami kelak ke temasya Olimpik London.
"Jurulatih hanya boleh memberi tunjuk ajar secara praktikal atau teknikal, tetapi semua itu saya boleh perolehinya sepanjang persiapan di sini. Di Olimpik nanti, saya harus membina kekuatan mental dan suami adalah orang yang saya perlukan.
"Suami saya bukanlah seorang penembak tetapi dia adalah ahli psikologi terbaik yang boleh memberi motivasi dan dorongan kepada saya, malah selama ini dialah yang memberi sokongan bagi mengejar impian beraksi di Olimpik.
"Kehadirannya di sisi membuatkan saya berasa lebih selesa apabila bertanding nanti. Lagipun, jika ada apa yang berlaku sepanjang saya berada di London, saya berasa lebih terjamin," katanya yang ditemui di Lapang Sasar Menembak Negara di sini semalam.
Tatkala ada pihak mempersoalkan kegagalan Nur Suryani merancang kehamilan, pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu amat bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan cahaya mata dan pada masa sama berkesempatan merealisasikan impian beraksi di Olimpik.
"Kurniaan anak pertama dan tiket Olimpik adalah pemberian berganda terbaik dari Allah. Mudah-mudahan anak saya ini adalah pembawa tuah pada Olimpik saya nanti.
"Saya disahkan hamil dua hari sebelum turun dalam acara saya di Doha (Kejohanan Asia), dan tanpa memikirkan keadaan saya lapan bulan akan datang, dalam kegembiraan saya berjaya menempah tiket ke Olimpik," ujar pemenang pingat emas berganda Sukan SEA 2011 itu.
Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang bermesyuarat Isnin lalu mengesahkan nama Nur Suryani sebagai anggota kontinjen ke Temasya London.
Penembak berusia 30 tahun itu mendedahkan betapa dia berasa tertekan untuk tempoh beberapa bulan lalu apabila statusnya ke London tiba-tiba menjadi samar.
"Saya meraih slot secara merit, jadi saya memang berhak untuk bertanding. Ia adalah peluang sekali dalam seumur hidup, kenapa saya harus melepaskannya.
" Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, oleh itu tiada alasan kenapa saya tidak ke London sedangkan keadaan masih mengizinkan,'' katanya lagi.
Seperti yang kita sedia maklum, ada larangan bagi wanita mengandung menaiki kapal terbang kerana tekanan bila berada di ruang udara. Silap hari bulan memang boleh beranak di dalam kapal.
"Saya akan ke London pada 22 Julai dan patut pulang pada 29 atau 30 Julai.
"Penerbangan juga bukan masalah. Peraturan melarang mereka yang hamil 35 minggu ke atas daripada menaiki penerbangan.
"Saya pula akan pergi pada minggu ke-33 dan pulang pada minggu ke-34,'' katanya.
Berita penuh di sini.


Wah, tengok memang bersemangat betul ibu mengandung ni kan. Harap semangat juang tinggi tu, jatuh ke anak dalam kandungan. Sentiasa positif dan tak mudah putus asa. Buat Suryani, semoga sihat selalu dan dapat beraksi cemerlang di London. Insha ALLAH.

Untuk makluman, Suryani akan beraksi pada hari pertama Olimpik dalam acara 10 meter air rifle wanita. Sukan Olimpik bermula 27 Julai sehingga 13 Ogos 2012.

All is well.......peace:)

0 comments: