Trick penjual

Pada masa kecil saya dahulu, jurujual yang datang sangat mudah dikenali. Sampai aje depan pintu rumah, terus mereka akan bertanya.

"Mak cik nak beli?" Tanpa berselindung di sebalik kemunculan mereka di rumah kami. Kekadang kedatangan mereka dalam kumpulan dan kemudian mereka berbahagi rumah untuk dikunjungi. MO sebegitu sudah sedia diketahui.

"Mak..mak ...ada van putih. Orang nak jual-jual kot sebab ramai yang turun dari van tu" jelas saya dalam lingkungan usia di bangku sekolah rendah.

"Eh, cepat..cepat...cepat masuk! Tutup pintu!" Arah emak kalau malas nak melayan jurujual.

Kami juga ketakutan selepas emak bagitahu kalau tak tutup pintu nanti orang jual tarik masuk van bawa lari. Kalau tak dan nak tutup pintu, dan jurujual lebih pantas menjengah rumah, terpaksa jugalah emak melayan dengan terpaksa... Untung, kalau abah yang ada di rumah sebab dia lebih tegas untuk mengatakan TIDAK atau TAK NAK. Tambahan, mungkin wajah garang abah menyebabkan jurujual mati akal untuk terus memujuk. Syukur sangat sebab jurujual tidak berjaya masuk ke rumah. Hemmm...jangan tak percaya, ada juga setengah dari mereka yang belum sempat cakap tak nak terus menanggalkan kasut dan bersila dalam rumah untuk 'membentangkan' produk jualan langsung.

Emak saya sendiri pernah terlibat dengan jualan langsung ini. Saya tidak pernah pula melihat dia mempromosi produk seperti jurujual tersebut yang berjalan dari rumah ke rumah. Dia sekadar menunjukkan katalog barangan dengan jiran dan saudara mara yang datang bertandang ke rumah. Mak pemalu dan agak pendiam orangnya. Mungkin sebab itu dia tidaklah menjadi agen jualan yang berjaya. 

Bukan maksud saya merendahkan kemampuan emak, tetapi saya rasa dia terpedaya dengan pujuk rayu jurujual untuk menjadi agen. Saya masih ingat, di rumah kami dulu ada satu fail keras yang tertera jenama produk, nama emak sebagai agen. Dalam fail itu terkandung katalog-katalog barangan dan borang tempahan untuk pelanggan. Emak langsung tidak kisah saya dan adik-adik usik. Akhirnya, fail dan segala isi kandungannya menjadi barang mainan kami. Hehe...

Dalam banyak-banyak jurujual, paling best kalau 'orang gendong'  yang datang. Orang gendong ialah orang Pakistan atau Myanmar yang datang menjual pakaian tetapi dengan menggendong jualannya di dalam kain dan dijunjung atas kepala. Ada juga benggali yang menjual karpet menggunakan motor. Kalau kumpulan ini datang, pasti emak atau wan (nenek) akan membeli baju untuk kami juga. Suka sangat masa tu sebab dapat baju baru.

Zaman sekarang, jurujual semakin bijak melaksanakan modus operandi mereka. Tiada juga lagi jurujual yang berani masuk ke rumah kecuali dibenarkan. Kalau ada masuk juga, memang sikap kurang ajarnya itu akan mendapat pembalasan pada masa itu juga. Mungkin mereka sudah belajar dari kesilapan dan kelemahan masa lalu. Tiada juga lagi jurujual yang berniaga secara menggendong barangan berat-berat ke rumah-rumah. Mungkin ada, tapi susah nak jumpa.

Beberapa tahun lalu rumah saya di datangi seorang jurujual.

"Kak, kak tadi ada tak orang datang hantar air? Air bersih boleh diminum, diguna untuk masak..." bla...bla... Saya tidak mensyaki niat sebenarnya pun.

 Bila dengar orang nak bagi air free dan saya pula tak dapat, langsung dalam hati teruja nak tahu. Kalau dapat juga memang best. Rezaki tak baik ditolak.

"Err...tak delah dik, air apa tu?" Tanya saya untuk kepastian.

"Macam ni, akak bagi saya masuk nanti saya tunjukkan." Katanya sambil membawa sebuah kotak.

Dengan segera 'adik' itu masuk ke rumah selepas menanggalkan kasutnya. Maka berjayalah jurujual itu dalam usaha untuk menembusi rumah pelanggan. Selepas mendengar pembentangannya barulah saya tahu dia nak menjual produk penapis air. Ayat 'bagi air' itu hanya muslihat. Ow...menyesal kemudian tak berguna. Masa 5 minit yang diminta sudah menjadi 15 minit. Selepas tolak menolak tawaran masa menjadi 30 minit. 

Saya pernah membaca status difacebook seorang kawan yang menceritakan seorang jurujual penapis air datang ke rumahnya. Ayat yang ditulis dan digunakan oleh jurujual terbabit memang sama dengan ayat yang digunakan oleh 'adik' dalam cerita saya di atas. Kejadian saya di KL, kejadian kawan saya di JB. Nampak tak trick yang digunakan??? Namun kawan saya itu berjaya menepis tawaran dan lelaki tersebut tak berjaya masuk ke rumahnya.

Semalam...

"Kak saya ni dari bahagian keselamatan, datang nak buat pemeriksaan keselamatan di rumah-rumah. Kalau akak tak percaya boleh tengok ic saya. Macam ni, akak boleh tak ambil nombor siri dekat kepala paip gas tu, dan tulis no. siri. Saya nak check sama ada nombor siri tu ada piawaian keselamatan yang betul. Akak ada baca kan berita sorang nenek yang terbakar akibat gas meletup?"

Lebih kuranglah ayat-ayat yang dibahaskan oleh lelaki tersebut. Makanya, kecutlah dalam hati saya untuk memastikan paip gas yang saya guna selamat.

Dengan pantas saya mencatat no.siri pada kepala gas. Sambil menulis, no. piawaian SIRIM yang tertera saya salin juga. Dalam hati terfikir juga, "Ni dah ada logo dan no.siri SIRIM takkan tak selamat lagi kot?"

Kemudian saya menghulurkan kertas yang saya tulis kepada lelaki dari bahagian keselamatan itu di luar rumah.

"Sepatutnya, no. siri yang betul start dengan 'B'. Yang ini salah ni...Akak tau kan kat rumah atas, yang rumah mat salleh tu dan rumah akak yang dekat tepi tu guna paip yang no.siri 'B'." Terangnya dengan yakin.

Hati saya mula cuak. Keselamatan mesti diutamakan.

"Er...macam ni biar saya masuk check sekejap aje." Katanya sambil menanggalkan kasut.

"Eh, sekejap..sekejap. Nanti saya tanya suami saya dulu." 

Nasib baik teringat nak minta izin suami. Aduhai, kalau tidak memang kena marah.

"Abang ada orang dari keselamatan datang nak check paip gas." Beritahu saya lembut.

"Orang mana? Dari mana? Cakap ajelah tak nak!"Tegas suami mengatakan.

"Ala bang, takpelah nak check keselamatan gas, untuk kita jugak," pujuk saya.

"Awak ni, orang entah dari mana-mana awak nak bagi masuk. Cakap ajelah tak payah!" Suami mula berkeras. 

Saya sangat tak puas hati sebab ini melibatkan isu keselamatan. Rumah orang lain sudah diperiksa, rumah kita pun harus dipastikan keselamatan juga!

"Emmm kalau macam itu, abang ajelah yang cakap kat mamat tu!"Ujar saya. 

Lelaki tersebut beredar selepas suami memberitahunya bahawa kami tak nak diperiksa. Dia bertegas untuk tidak membenarkan orang sebarangan masuk ke rumah.

"Itulah awak ni. Kalau saya tak de macam mana? Kalau ada orang nak datang check, mesti ada notis dari management ke atau dari pihak yang berkenaan macam orang yang datang untuk check nyamuk aedes hari tu. Sekarang ni macam-macam kes pecah rumah, senang-senang aje awak nak bagi orang luar masuk rumah"

Amek ko! Sedebik kat muka. Nasib tak lama suami 'mencece'. Dalam hati saya masih tak puas hati...

Pagi tadi semasa menghantar anak ke tempat menunggu van sekolah...

"Semalam, ada tak rumah korang orang datang check gas?" Tanya saya kepada jiran-jiran tetangga. Seorang daripadanya menggelengkan kepala.

"Ala, orang tu nak menjual sebenarnya. Rumah saya apek tua yang datang. Belum sempat buat apa, anak dah buka pintu. Dia masuk check juga, tapi takdelah paksa saya supaya beli. Dia cuma nasihatkan supaya tukar paip gas tu sebab dah lembik" Terang Siti.

Masa mendengar cerita Siti, barulah saya terasa bersyukur sangat sebab semalam suami menghalang lelaki dari bahagian keselamatan itu membuat pemeriksaan paip gas kami.

"Eh, macam mana jurujual boleh lepas masuk ke 'dalam'?(apartment) Kalau saya, saya tak bagi masuk juga." Jelas jiran saya yang bernama Mas pula.

Memang ada kawalan oleh pengawal keselamatan, tetapi mereka juga tak boleh nak trace tujuan orang asing masuk ke apartment. Kalau jurujual menipu kata nak pergi ke rumah saudara, adik beradik dll takkan mereka nak halang. Sedangkang pada masa sekarang, ramai pelawat termasuk saudara mara dan ahli keluarga saya yang datang berasa tidak senang hati bila pengawal terlalu tegas dan cerewet bersoal jawab sebelum dibenarkan  masuk. Malah, sampai nak kena tinggalkan ic atau lesen memandu di pondok pengawal serta meletakkan pass pelawat pada kereta masing-masing.

Banyak kali sudah saya muhasabah diri supaya lebih berhati-hati dan tidak tertipu dengan muslihat penjual yang masuk secara haram ke kawasan apartment kami. Namun, diri ini cepat sangat percaya kepada orang. Harap-harap Allah sentiasa melindungi keselamatan kami sekeluarga dari apa jua bencana dan niat jahat orang...Ameen.

0 comments: