Bibik bergaji RM700 dah mai dah


Amah Indonesia Kembali Bertugas Di Malaysia
KUALA LUMPUR: Berikutan keputusan Indonesia menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia berkuatkuasa 1 Disember 2011, kumpulan pertama 29 amah Indonesia mula bertugas semula dengan majikan tempatan pada Sabtu. Wanita dari Jawa Timur yang tiba di Malaysia tiga hari lalu itu diserahkan kepada majikan masing-masing pada satu majlis khas di sini. 
Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA), Jeffrey Foo berkata kemasukan semula pembantu rumah Indonesia itu menjadi realiti melalui memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia yang dimuktamadkan November lepas. Beliau berkata MoU berkenaan lebih menjamin kebajikan amah dari negara jiran itu terutama dalam soal pembayaran gaji dan tugas mereka. 
"Sekarang, majikan wajib membuka akaun khas untuk pembantu rumah Indonesia, dan kemasukan gaji akan dipantau bagi memastikan tidak ada unsur manipulasi," Foo memberitahu pemberita pada majlis itu. 
Foo berkata tugas pembantu rumah dihadkan kepada melakukan kerja-kerja rumah sahaja manakala tugas seperti menjaga anak atau warga tua adalah terpulang kepada budi bicara pembantu rumah berkenaan. 
"Majikan juga tidak boleh memaksa dan membuat aduan sekiranya amah mereka tidak mahir menjaga anak kecil kerana ia bukan kepakaran mereka," katanya.
Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia. 
Ditanya tentang cuti, Foo berkata setiap pembantu rumah berkenaan diberi cuti sehari seminggu, dan ia tidak semestinya jatuh pada hujung minggu sahaja.
"Jika mereka ingin bercuti pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), ia perlu mendapat persetujuan majikan terlebih dahulu," kata presiden PAPA itu. 
Bagaimanapun, jika pembantu rumah itu diminta bekerja pada hari mereka bercuti, majikan perlu membayar RM27 sehari dan bayaran tersebut tidak termasuk gaji RM700 sebulan, jelas Foo. 
Beliau menarik perhatian bahawa kedatangan kumpulan pertama itu, walaupun bilangannya sedikit, merupakan hasil perbincangan kerajaan dengan pihak berkuasa Indonesia dalam usaha mengisi permintaan bagi mendapatkan pembantu rumah di Malaysia.
"PAPA sendiri menerima kira-kira 3,000 permintaan untuk pekerja domestik dan kedatangan 29 pembantu rumah dari Jawa Timur itu ialah hasil persetujuan bersama kedua-dua negara," katanya.
Penarikan balik pembekuan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia diumumkan selepas mesyuarat dua hala melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di luar Sidang Kemuncak Asean di Bali pada November 2011. BERNAMA
Hemmm mai dah....biarpun hanya 29 orang, nampaknya ada juga yang sanggup dan sudah ada juga permintaan untuk masa akan datang. Kalau kita tak suka dan tak setuju dengan syarat-syarat yang dikemukakan, janganlah ambil. Trylah cari alternatif lain. Jangan mula-mula aja setuju, nanti dah ambil, korang banyak komplen pulak. 


Ayat-ayat yang dibold merah tu silalah korang faham dan renung-renungkan. Jangan fikri 2 kali sahaja, tapi fikirlah banyak-banyak-banyak kali. Jangan menyesal dan cakap bibik banyak songeh pulak. Syarat baru ini sikit sebanyak 'menaikkan' taraf bibik itu sendiri yang selama ini dipandang 'jelik' oleh kebanyakan dari kitra. Harapnya, betullah mereka itu pandai buat kerja sebagaimana telah dilatih.

Mesti ada yang cakap, lepas ni tak payah bagi tengok sinetron, jangan itu, jangan ini ...dan bla..bla...bla... Maknanya nak sekat segala kelebihan yang sebelum ini bibik dapat sebab sekarang gaji dah tinggi, kerja pun semakin senang dll. Jangan begitu, bibik pun manusia. Majikan-pekerja kalau saling bertoleransi Insha Allah hidup sebumbung takde masalah. Bagi yang awal lagi dah fikir negatif elok elakkan mengambil amah '1st klass' ni sebab akhirnya nanti dua-dua pihak saling tak puas hati dan matlamat mou 2 Malaysia-Indonesia sudah pasti hanya duduk atas kertas juga....

Kalau tak suka jangan ambil. Kalau ambil kerana terpaksa, kelak makan hati akhirnya! Selama beberapa bulan tanpa diorang, hidup korang ok jugak kan....Buat pilihan terbaik - nak ambil untuk jaga anak sahajakah? Nak ambil untuk kemas rumah sahajakah? Untuk jaga orang tuakah? atau.....ambil 4 sekaligus? hehe, kalau mampu silakan:)

p/s
hati-hati dengan bibik yang suka jaja kisah rumahtangga majikan....huih bahye!

0 comments: